Sabtu, Disember 29, 2012

HEBATKAH CINTA PEMUDA INI?

0 comments
Assalamualaikum..
  • Saya suka sangat tengok jari-jemari GF saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!
  • Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila. Takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!

Jumaat, Disember 28, 2012

LIHATLAH MALAYSIA KU YANG HEBAT

0 comments
Assalamualaikum..

tin mengandungi daging babi
Tin pun dah boleh mengandung di Malaysia..

I'M DO FOLLOW BLOG

0 comments
Assalamualaikum..


Dengan meninggalkan komen anda, secara automatik saya adalah follower anda..

Rabu, Disember 26, 2012

JADUAL CUTI SEKOLAH 2013

6 comments

Assalamualaikum..

Hehe..cuti sekolah 2012 belum lagi habis, dah semak cuti tuk tahun depan dah..
Tapi tak salah kan..untuk perancangan 2013..hehe

Jom kita semak sama-sama Jadual Cuti Sekolah 2013..

KUMPULAN A
Cuti sekolah di negeri Kedah,  Kelantan dan Terengganu
Penggal 1
Pertengahan Tahun
Penggal 2
Akhir Tahun
22 Mac hingga 30 Mac (9 hari)
24 Mei hingga 8 Jun (16 hari)
6 Ogos hingga 17 Ogos (12 hari)
15 Nov hingga 31 Dis (47 hari)
Jadual cuti sekolah kumpulan A

KUMPULAN B
Cuti sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri  Sembilan, Melaka Johor,  Pahang,  Sabah,  Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.
Penggal 1
Pertengahan Tahun
Penggal 2
Akhir Tahun
23 Mac hingga 31 Mac
(9 hari)
25 Mei hingga 9 June
(16 hari)
7 Ogos hingga 18 Ogos
(12 hari)
16 Nov hingga 1 Jan 2014 
(47 hari)
Jadual cuti sekolah kumpulan B

DARAH KITA DI BUMI SYRIA

3 comments
Assalamualaikum..
"Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar, kekal selamanya.” (Kata-kata dari Saiyidina Ali r.a)
Ucapan selamat datang ke Syria
Syria..bumi yang sedang bergolak. Apakah yang sebenarnya berlaku di sini? Umat Islam dibunuh dengan kejam oleh saudara yang seagama dengan mereka dan dunia seperti berpeluk tubuh..kaku tanpa tindakan. Dan apakah pula tindakan kita, selaku saudara seagama dengan mereka?

Selasa, Disember 25, 2012

KITA YANG DIGIGIT NYAMUK NI..

0 comments
Assalamualaikum..
"Dari Abdullah bin Amir Ibn Ass r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya iman akan menjadi lusuh dan buruk di dalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman dalam hati kamu. (HR Hakim)
kaligrafi nama Muhammad s.a.w
Setelah menang dalam Peperangan Dzat Al-Riqa', tentera Islam pulang menuju ke Madinah. Akan tetapi ada tentera Ghafatan (pihak lawan yang kalah) telah bersumpah untuk membunuh tentera Islam dan mengejar tentera Islam bercara bersembunyi. Tentera Islam terus berjalan pulang sehingga mereka berhenti berkhemah di suatu tempat.

Isnin, Disember 24, 2012

TIPS KECANTIKAN YANG SIMPLE

4 comments
Assalamualaikum..

gadis yang manis berhijab
Hehe..sebenarnya CA malu sendiri bila baca tajuk kat atas tu. Tengah nak menulis ini pun malu tersengih2. Pandai2 pulak CA buat entri pasal kecantikan. Macamlah CA cantik sangat sampai boleh bagi tips cantik kepada orang lain. Kalau Rozita Che Wan atau Erra Fazirra yang bagi tips, boleh lah caya.. Ni Chekgu Anitt (CA)..haha..sape lah Chekgu Anitt tu kan..

Kulit muka licin
Sebenarnya CA dapat idea ni dah lama bila kawan-kawan asyik tanya tentang kulit muka aku yang licin ni (hahahah..nak terperasan jap..) Dorang juga selalu bertanya tentang produk apa yang CA pakai bila dorang tengok kulit muka CA ni (hehe..lame2 boleh pengsan aku ditimpa perasaan ni). Jadi, CA nak kongsilah sedikit ilmu yang CA ada. Bukan niat untuk menunjuk pandai atau perasan cantik, hanya perkongsian ilmu sahaja yer..
Scrub St ives

Sebenarnya CA seorang yang pemalas bab menjaga kecantikkan dan paling malas nak cuci muka. CA memang jarang cuci muka kecuali masa mandi. Produk pembersih muka CA yang paling simple jer iaitu Olay. Tetapi semasa nak mencuci muka, CA akan campurkan sedikit scrub (aku guna St Ives) ke dalam pembersih muka. Ini yang CA amalkan selama 15 tahun dan Alhamdulillah, kulit muka CA tak der masalah. Tips ni CA dapat dalam majalah perempuan masa zaman mude dulu..hehe

kuku putih dan cantik
Untuk memutihkan kuku pulak (kalau masak kat dapur, confirm kuku jadi kuning), CA akan berus kuku menggunakan ubat gigi yang diperah dengan jus lemon. Tetapi kalu yang ada fungus (kuku kaki rosak) tak leh lah wat camni. Kalu ada  kuku yang rosak lak, korang cuba ambil mouthwash (cth; Lesterine) dan tekap dengan kapas kat kawasan yang sakit. Memang berkesan tetapi kena selalu buat ye..
pembersih mulut listerine

Opps..satu lagi, kepada yang selalu kena selsema atau resdung (yang tak serius lah), korang boleh cuba memasukkan air ke dalam hidung pada setiap pagi dan hembus. Buat sebanyak 3 kali setiap hari dan Insya Allah, selsema akan semakin berkurangan. Yang ini memang aku selalu amalkan kecuali semasa berpuasa.

Selamat mencuba yer..

CA: nanti CA update yang terbaru pulak yer.. Cuba baca tips yang ni lak 

Ahad, Disember 23, 2012

KENANGAN DI BUKIT GOLAN, PALESTINE

3 comments
Assalamualaikum..

Selepas sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w berjaya membuka Syam dan Baitulmaqdis pada zaman Umar Al-Khatab, Umar telah datang sendiri ke Palestin untuk menerima kunci Baitulmaqdis setelah berjaya membebaskannya dari tangan Rom. Umar kemudian memanggil semua sahabat dan pasukan tentera berkumpul di Bukit Golan.

Sabtu, Disember 22, 2012

BENDA BERCAKAP DI RUMAH

3 comments
Assalamualaikum..

old television
Anda semua tahu tak apa yang ada dalam gambar di atas tu? Pernah tengok? Kalu yang muda2 remaja mesti tak pernah tengok benda ni. Inilah television@tv zaman 70an. Korang pun mesti tak lahir lagi kan masa tu..hehe. Inilah bende kegemaran CA masa kecik2 dulu. Walau masa tu CA kecik lagi dan belum kenal huruf pun, tapi benda ni CA dah kenal..(nampak sangat minat hiburan..hehe) 

Jumaat, Disember 21, 2012

HAK BERMAIN HAK KAMI

6 comments
Assalamualaikum..

gembira
Lama tul tak mengupdate blog ni. Tiba2 rasa tak cukup masa lak. Dengan line internet yang slow dan cuaca yang sentiasa hujan dan lembab, menyebabkan CA jadi lembab gak..hehe. Tambah lagi time cuti sekolah ni. Dengan serangan yang bertalu2 dari abang2 dan adik2 yang balik kampung, rasa tak cukup kakitangan lak..

Isnin, Disember 10, 2012

MUSUH YANG KITA CINTAI

8 comments
Assalamualaikum.. 

"Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan."(Surah Yusuf: 53)

Ya, nafsu..musuh yang paling berbahaya, juga yang paling dicintai. Ia bukan sahaja berada dalam diri kita bahkan ia adalah "DIRI" kita sendiri. Ia dicintai oleh kita walaupun ia sebenarnya sentiasa ingin merosakkan kita. Hiburan yang melalaikan, makanan yang berlebihan, bercakap yang merugikan dan tidur yang berpanjangan adalah perkara yang dibawa oleh nafsu yang sangat  kita dicintai.

Sabtu, Disember 08, 2012

SI PEMBURU SYAHID

9 comments
Assalamualaikum..

palestine
Semalam CA membaca berita tentang Palestine. Berita tentang pejuang Palestine yang bergelar Komando Qassam. Barisan pejuang itu kini menjadi pasukan paling digeruni oleh Israel kerana tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama. CA percaya ramai yang telah membaca dan mengetahui tentang kisah ini.

TERLANJUR ATAU BERZINA

6 comments
Assalamualaikum..

anak luar nikah
Hari ini CA baca paper dan beritanya tak habis2 tentang cerita remaja kita yang terlanjur. CA sebenarnya dah naik muak dengan perkataan terlanjur ni.."Terlanjur melakukan hubungan seks"

TERBONGKARNYA AGENDA KRISTIAN DI MALAYSIA

1 comments
Assalamualaikum..
ustaz amin

Seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam progam keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya'. Beliau adalah Ustaz Muhammad Al-Amin juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com/.


CA: Mereka itu tidak akan berhenti selagi kita tidak mengikut mereka..semoga Allah sentiasa melindungi iman kita..

Rabu, Disember 05, 2012

LEBIH TERUK DARI AYAM

12 comments
Assalamulaikum..
hen

Ni CA nak cerita tentang pengetua sekolah lama CA dulu (kes teringat kat dia lah ni..hahaha). Orangnya pendiam tetapi sangat tegas. 

Salah satu pantang besar pengetua sekolah CA dulu ialah apabila guru menyerah kalah dan melabel pelajar bodoh. Beliau sentiasa menekankan pelajar mesti dididik dan diasuh sehinggalah ke saat akhir.

hen

Selasa, Disember 04, 2012

KEBIJAKSANAAN SAIYIDINA ALI

6 comments
Assalamualaikum..

Suatu hari semasa Saidina Ali memberi syarahan dalam suatu majlis ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.
love knowledge
"Wahai Ali, benarkah Rasulullah s.a.w berkata, saya (Rasulullah) adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?" tanya salah seorang daripada lelaki itu.
"Memang benar." Jawab Saidina Ali.
Lelaki pertama bertanya, "Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?"
"Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta." Jawab Saidina Ali.

ADA SIAPA BERANI?

1 comments
Assalamualaikum..

Siapa berani berkhemah di atas awan seperti ini?
Kalau berani..jomlah.



khemah atas awan
Jom camping sini..
Kita pakat pegi ramai-ramai nak?

Isnin, Disember 03, 2012

NASIB BAIK ATAU NASIB MALANG

4 comments
Assalamualaikum..


kanak-kanak berkuda
Pada suatu masa dahulu ada seorang petani. Dia mempunyai seorang anak lelaki dan seekor kuda. Pada suatu hari, kuda petani itu lari dan semua jirannya datang untuk bersimpati. Mereka berkata, "Alangkah malangnya nasib, kuda awak lari". Orang tua itu menjawab, "Siapa tahu nasib baik atau nasib malang."
"Tentu sekali nasib malang!" kata jiran-jirannya.

Ahad, Disember 02, 2012

RUMAH INI AKAN TENGGELAM

8 comments

Assalamualaikum..

ilusi mata

Rumah ini sedang tenggelam? 
Adakah ini benar-benar berlaku?

Nampak mustahil tetapi inilah yang sedang berlaku..

Sabtu, Disember 01, 2012

SEKOLAH INI ADA HANTU?

12 comments
Assalamualaikum..

cute ghost
Semalam CA borak dengan kawan di telefon. Dia warden asrama dan kena jaga budak2 SPM yang tinggal di asrama. Banyak cerita yang kami kongsikan dan salah satunya ialah cerita hantu..hihihih.. CA memang suka dengar bab2 hantu ni tetapi, selagi hantu tu tak ada depan CA lah. Teringatlah CA kat sekolah yang dah sebulan  ditinggalkan.