Sabtu, April 06, 2013

KEBAHAGIAAN BILA MEMPERCAYAI QADA


Assalamualaikum..

Wind in The Sahara
Hari ini CA hendak bercerita tentang kisah berkaitan dengan qada, iaitu tentang kebahagian orang yang percaya kepada qada. Kisah ini diceritakan oleh R.V.C Bodley, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat, di dalam bukunya 'Wind in The Sahara, The Messenger'. Kisah ini berlaku pada tahun 1918 semasa beliau hidup bersama orang-orang Islam di Afrika Barat Laut.

Ini cerita beliau..


"Pada suatu hari, badai ganas mengamuk. Mencampakkan batu2 ke padang pasir, membawanya melalui Laut Mediterranian dan jatuh di Sungai Rhone di Perancis. Angin itu panas sekali sehingga rambut saya seakan-akan hangus dibuatnya. Tekak saya menjadi kering dan sangat haus. Mata terasa pedih. Gigi kotor penuh pasir. Saya hampir gila kerana tidak kuat menahan ganasnya alam. Tetapi orang-orang Islam itu tidak mengeluh. Mereka hanya mengangkat kedua-dua bahu sambil berkata 'Ini adalah takdir'."

R.V.C Bodley
"Sejurus selepas badai berhenti, mereka kembali meneruskan aktiviti mereka. Semua anak kambing yang ada disembelih kerana pasti akan mati kerana badai itu. Selepas itu mereka segera membawa kambing2 yang sihat ke selatan untuk diberi minum. Semua ini mereka lakukan dengan biasa2 sahaja, tidak merasa sedih, mengeluh atau menyesali kerugian yang mereka tanggung. Ketua suku berkata 'Kita kehilangan harta akan tetapi bersyukurlah kepada Allah, 40% kambing2 kita masih hidup. Dari jumlah itu, kita boleh menternak lagi."

"Pada suatu hari yang lain, kami menaiki kereta mengharungi padang pasir. Satu dari tayar kereta kami pecah. Pemandu lupa menampal tayar simpanan. Jadi kami berada di tengah lautan pasir dengan tiga tayar sahaja. Saya marah dan bingung. Saya bertanya kepada mereka apa yang akan mereka buat. Mereka mengingatkan saya bahawa bingung atau marah itu tidak akan menolong, tetapi akan menambah suasana hati menjadi semakin panas dan berfikiran keruh. Mereka mengatakan tayar tersebut pecah kerana kehendak Allah. Tiada apa yang boleh diperbuat. Terpaksa kami meneruskan perjalanan dengan satu tayar pancit."

"Tidak lama selepas kami berjalan, tiba-tiba kereta itu berhenti dengan sendirinya kerana kehabisan minyak. Dengan kejadian ini tidak ada seorang pun yang marah. Sekali lagi mereka tetap tenang. Mereka pun meneruskan perjalanan ke destinasi dengan berjalan kaki sambil bernyanyi."

"Selepas 7 tahun hidup bersama mereka, saya menjadi lebih yakin bahawa orang2 Amerika dan Eropah yang tertekan mentalnya, sakit jiwa dan mabuk adalah korban hidup yang selalu ingin cepat. Selama hidup di sana, saya tidak pernah merasa bingung berpanjangan. Saya menemukan kedamaian, kepuasan hati dan ketenangan batin."

"Ramai yang mencemuh kehidupan orang2 Islam ini tetapi hakikatnya kehidupan mereka ini lebih berkesan untuk menenangkan saraf2 saya berbanding ubat penenang yang lain."

CA: Kalau mereka yang bukan Islam boleh merasa gembira dan bahagia, mengapa tidak kita? Berhentilah mengeluh dengan apa yang berlaku dengan hidup kita. Terimalah setiap perkara dengan berlapang dada dan penuh redha. Dengan itu, hidup akan lebih bermakna.