Pada
malam Jumaat itu, saya tidur lewat kerana menonton filem komedi di tv bersama
ibu dan abang saya. Kami ketawa sehingga sakit2 badan. Seronok rasanya dapat
pulang ke rumah untuk menghabiskan cuti 10 hari universiti.
Ketika
bangun tidur keesokan harinya, mata kanan saya tidak dapat melihat. "Ibu, ada yang tidak kena dengan mata
saya!" ujar saya.
Ibu
membawa saya berjumpa doktor. Selepas membuat pemeriksaan, doktor mengarahkan
kami berjumpa dengan doktor pakar tanpa memberitahu kami apa yang sebenarnya
berlaku. Beberapa jam selepas 5 orang doktor membuat pemeriksaan,
mereka memberitahu kami berita buruk.
"Kamu dijangkiti
histoplasmosis. Ia sejenis kulat yang memakan salur darah di belakang retina.
Penyakit ini tiada ubatnya. Kamu mungkin akan buta ataupun meninggal dalam masa
seminggu."
Saya
terkejut dan menggigil. Ibu memeluk saya dengan erat. Ibu juga menggigil
seperti saya.
"Anak perempuan
saya baru 22 tahun. Dia seorang pelukis. Dia tidak boleh buta atau mati! Saya
akan mendermakan kedua-dua mata saya kepadanya." beritahu ibu.
"Pemindahan mata
tidak dapat dilakukan. Kami akan lakukan rawatan laser bagi menghentikan
pendarahan dalam retina matanya." jawab doktor.
Saya
dikejarkan ke bilik pembedahan bagi menjalani prosedur yang lama dan
menyakitkan. Prosedur itu akan saya jalani sebanyak 15 kali lagi. Saya menjadi
sangat lemah, dalam kesakitan dan perlu tinggal dalam bilik gelap selama 7
hari.
Takdirnya seperti saya
akan buta ataupun mati..
Saya
menelefon abang sulung saya. Kami memberitahunya berita buruk itu. Reaksi
pertamanya ialah "Bolehkah saya
dermakan sebelah mata saya kepada kamu?"
Selepas
itu, ibu menelefon abang saya yang kedua pula. Abang saya membuat tawaran. "Bolehkah saya dermakan sebelah mata
saya kepada kamu?"
Reaksi
yang sama juga saya terima daripada adik lelaki saya. "Bolehkan saya dermakan sebelah mata saya bagi menyelamatkan
penglihatan kamu?"
Tatkala
mendengar berita saya mungkin menjadi buta, ibu dan adik-beradik saya tanpa
ragu sanggup hilang sebelah penglihatan mereka demi saya. Selama ini saya sedar
keluarga menyayangi saya tetapi pada hari itu saya amat terharu.
Ibu berkata kepada saya. "Penglihatan
mata kiri kamu masih baik dan kamu masih bernafas. Jangan berputus asa.
Berjuanglah! Ia pasti sukar bagi kamu. Tetapi, kamu perlu mencari kekuatan dan
mencuba dengan lebih kuat lagi. Kamu seorang pelukis. Meskipun masa hadapan
bukan dalam tangan kita, tetapi kamu perlu hidup setiap minit dan setiap hari.
Kamu tidak boleh berputus asa, rebah dan beralah pada cabaran yang pertama
ini!"
7
tahun telah selepas peristiwa itu, penglihatan saya rosak selama-lamanya.
Namun, saya berjaya menamatkan pengajian saya di universiti dan saya masih lagi
seorang pelukis. Saya berjaya melukis beratus-ratus lukisan dan hasil lukisan saya mendapat pengiktirafan dalam pelbagai pertunjukan dan pameran seni. Ia
memberikan hasil yang cukup lumayan.
Tetapi
apa yang lebih penting dari itu ialah, saya ditemukan dengan ketabahan yang
selama ini saya fikir tiada. Cinta dan kasih-sayang keluarga kepada saya
rupa-rupanya tidak pernah bertepi. Saya dapat mengenalpasti impian yang wajar saya
diperjuangkan.
CA: Ini ialah kisah benar Spring Stafford yang kehilangan kedua belah penglihatannya kerana penyakit Histoplasmosis. Walau hilang penglihatan, beliau tidak pernah hilang semangat perjuangan.