Jumaat, Mei 24, 2013

SAHABAT NABI MUHAMMAD MASIH HIDUP?


Assalamualaikum..

Percayakah anda dengan tajuk entri CA pada kali ini? Ini memang kisah benar dan CA tidak berbohong mengenainya. Memang masih terdapat 'seorang' sahabat Nabi Muhammmad SAW yang masih hidup dan beliau sekarang menetap di Jordan. Sahabat ini sangat mencintai Nabi Muhammad SAW dan beliau dapat bertahan sehingga ke hari ini kerana keberkatan dari Muhammad Yang Agung itu. Beliau telah digelar  sebagai  'The Only Living Sahabi'.

the blessed tree

Ya..inilah sahabat nabi yang masih hidup itu..

the blessed tree

Setelah beribu tahun, pohon ini masih hidup dan terus subur. Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria.

Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W semasa berumur 12 tahun telah tiba di Bosra bersama bapa saudaranya, Abi Talib. Semasa dalam perjalanan, setiap awan di langit akan berperanan untuk melindungi nabi dari kepanasan dan tiba di Bosra, nabi telah berhenti berteduh di bawah sebatang pohon. Pohon inilah yang kemudiannya mengambil tugas untuk melindungi nabi. Semasa baginda berteduh di bawahnya, dahan2 dan ranting2 pohon ini bergerak menaungi baginda daripada cahaya matahari.

Kejadian ini telah diperhatikan oleh seorang ahli ibadat yang bernama Buhaira dan beliau menjadi bukti di atas kerasulan Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman. Ini semua telah diberitahu oleh Allah SWT di dalam kitab Injil.

Kali kedua Rasulullah SAW ke Bosra ialah semasa baginda membawa barang dagangan Saiyidatina Khadijah ke Syria. Baginda kemudian berhenti berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

the blessed tree

Apa yg menarik, jarak dari tanah Tabuk ke Bosra ialah lebih dari 500km, tetapi kita tidak akan berjumpa dengan sebatang pohon lain kecuali pohon ini. Dan yang paling menakjubkan, pohon ini masih boleh hidup walaupun selepas 1,400 tahun.

the blessed tree

Lihatlah, sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah2 padang pasir yang kering dan kontang. Tiada tumbuhan lain yang dapat hidup sepertinya. ALLAH telah menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua..

 Anda boleh mendapatkan lebih maklumat dengan menonton video ini..