Jumaat, Januari 18, 2013

TIPS MENYELESAIKAN MASALAH DI TEMPAT KERJA


Assalamualaikum..

workplaces stress
Saban hari kita berhadapan dengan pelbagai tugas dan kerja yang diberikan di pejabat. Kadang-kala tugas dan kerja ini sangat memenatkan dan menimbulkan pelbagai masalah. Kadang-kadang rasa nak meraung dan menangis pun ada. Argghhh! belum pergi kerja pun dah berfikir tentang masalah di tempat kerja. Tapi kita tak boleh lari dari kerja..kita dibayar gaji untuk itu.

Jom kita cari tips untuk mengatasi masalah ini. Jangan biarkan ia menganggu hati dan emosi kita. Kita mesti belajar menghadapi semua ini secara tenang dan tersusun.

Terima kenyataan bahawa anda mempunyai masalah.
Ya..anda mesti menerima kenyataan yang anda mempunyai masalah dan berhenti menyalahkan orang lain. Jangan hanya duduk termenung tetapi anggaplah ini sebagai peluang anda menambah potensi diri.

Kenalpasti masalah anda.
Kenalpasti bagaimana masalah ini boleh berlaku tetapi jangan menyalahkan orang lain walaupun ada faktor luaran yang terlibat.

Milik siapa masalah ini.
Bila anda dapat menerima masalah, renung sebentar untuk menilai adakah ini masalah anda atau sebenarnya ia milik orang lain.

Berbincang dengan orang lain.
Jika ada memerlukan perbincangan, pilihlah orang yang anda percaya untuk berbincang. Jangan menjaja masalah anda.

Kenapa masalah tersebut timbul.
Jika banjir kilat, longkang yang tersumbat puncanya. Jadi anda mesti mengenalpasti punca masalah kerana mungkin ada penyelesaian di situ.

 Apa yang boleh memburukkan lagi keadaan.
Jika anda dapat mengenalpasti perkara yang boleh memburukkan keadaan, anda akan dapat mengelak dari memburukkan keadaan. Jika penghidap asma menjadi lebih teruk apabila memelihara kucing, maka serah sahaja kucing itu kepada rakan.

Fikirkan tiga cara untuk memperbaiki keadaan.
  • Tindakan kecemasan masa sekarang
  • Tindakan pemulihan sebentar lagi
  • Tindakan untuk jangka panjang
Jika perlu minta bantuan orang lain.
Belajarlah bagaimana untuk berinteraksi secara persuasif dan mempengaruhi orang lain.

Rekodkan usaha-usaha anda.
Rekodkan kerja  anda secara perlahan-lahan untuk memberitahu diri anda bahawa anda sedang mempertingkatkan diri.

Masalah adalah cabaran dan peluang.
Beritahu diri anda bahawa tanpa masalah, hidup anda tidak akan berkembang. Setiap kali anda menyelesaikan masalah, anda sebenarnya sedang meningkatkan potensi diri.

Tiada silapnya mempunyai masalah. Malahan orang yang tidak bermasalah sebenarnya yang mempunyai masalah. Masalahnya, dia tidak mempunyai masalah. Berjuta orang ditimpa masalah hari ini dan anda salah satu daripadanya. Jadi apa masalahnya?

 Credit to Majalah Solusi