Assalamualaikum..
Jom kita kumpul pahala di dunia ini walaupun sebenarnya kita sudah tiada..
1) Mendermakan
kipas di surau atau masjid walaupun satu. Setiap kali ada orang guna, anda mendapat
pahala walaupun selepas mati.
2) Mendermakan
kerusi roda di hospital. Setiap kali pesakit guna, anda akan dapat pahala.
3) Memberi
baju kepada orang. Setiap kali orang pakai, anda akan mendapat pahala.
4) Memberi
makanan kepada orang yang memerlukan. Anda akan dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah
dagingnya.
5) Menyampaikan
ilmu yang bermanfaat. Selagi mereka mengamalkannya, pahala anda tetap ada.
6) Membiasakan
diri dengan 7 kalimat ini;
Bismillahirrahmannirrahim setiap kali
hendak melakukan sesuatu.
Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan
sesuatu.
Astaghafirullahaladzim jika mahu
atau telah melakukan sesuatu yang buruk.
InsyaAllah jika ingin melakukan sesuatu
pada masa yg akan datang.
Laa hawla walaaquwwata illaah billaah bila tidak
dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat hal yang buruk.
Innalillahi wainna ilaihi rojiun jika
melihat atau menghadapi musibah.
Lailaha illallah dibaca
sebanyak-banyaknya siang dan malam.
7) Berkongsi pesanan ini kepada orang ramai. Walaupun hanya seorang, anda akan dapat pahala kerana anda telah berdakwah menyampaikan ilmu.
Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang menyampaikan satu ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan telah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala"
Semoga
bermanfaat..