Assalamualaikum..
"Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Bijaksana "... Al-Quran
Setangkai anggur kelihatan seperti sebentuk hati dan setiap biji anggur pula kelihatan seperti sel darah. Hari ini, semua kajian menunjukkan bahawa anggur sangat bagus untuk hati dan menjadi makanan utama untuk membekalkan darah.
Hirisan carrot kelihatan seperti mata manusia. Pupil,
iris dan garisan halus pada mata dapat dilihat pada hirisan carrot. Sains kemudian
membuktikan bahawa carrot dapat meningkatkan aliran darah ke dalam mata dan meningkatkan
fungsi mata manusia.
Tomato mempunyai empat bahagian apabila
dibelah dan berwarna merah. Jantung juga berwarna merah dan mempunyai empat
bahagian. Penyelidikan sains kemudian membuktikan bahawa tomato sangat baik untuk
membekalkan darah kepada jantung.
Kacang walnut kelihatan seperti otak yang kecil, mempunyai
hemisfera kiri dan kanan, cerebrums atas dan cerebellums. Malahan kedutan pada
lapisan kulit walnut kelihatan seperti neo-corteks di dalam otak. Sains kemudian
menyatakan bahawa walnut dapat membantu membangunkan lebih 3 dozen
neuron-pemancar untuk membolehkan sel otak berfungsi dengan baik.
Kacang merah (kidney
bean) sebenarnya ialah
penyembuh dan membantu mengekalkan fungsi buah pinggang. Ia kelihatan
betul-betul seperti buah pinggang manusia.
Terung, Avocado dan pir adalah makanan kesihatan untuk
rahim dan serviks wanita. Dan makanan ini kelihatan sama seperti organ-organ itu. Penyelidikan menunjukkan bahawa apabila kita memakan sebiji avokado seminggu,
ia mengimbangkan hormon, mencegah kanser serviks dan baik untuk mencegah kelahiran
bayi yang tidak cukup berat badan. Apa yang lebih hebat, avokado mengambil masa
tepat 9 bulan untuk berbunga dan masak. Terdapat lebih 14,000 kimia fotolitik
pada sebiji avokado dan sains moden hanya mampu mengkaji 141 daripada ini.
Buah tin kelihatan penuh dengan biji benih dan ia sebenarnya berbuah secara berpasangan. Buah tin ini dapat meningkatkan motiliti sperma lelaki dan meningkatkan bilangan sel-sel sperma untuk mengatasi kemandulan lelaki.
Saderi, bok choy, rhubarb kelihatan seperti tulang manusia dan makanan ini sebenarnya adalah khusus untuk tulang. Tulang mengandungi 23% sodium, sama seperti kandungan sodium di dalam saderi. Jika anda tidak mempunyai cukup sodium dalam diet, badan akan mengambil sodium daripada tulang dan membuatkannya menjadi lemah. Saderi akan dapat menambahkan keperluan sodium dalam tulang.

Grapefruits, oren dan
buah-buahan sitrus yang
lain kelihatan seperti kelenjar mamari (mammary
glands) wanita dan membantu kesihatan payudara dengan melancarkan pergerakan
limfa di dalam payudara.
Bawang pula kelihatan seperti sel-sel di
dalam badan. Penyelidikan menunjukkan bahawa bawang membantu membuang toksin dari semua sel badan dan menghasilkan air mata
yang dapat membasuh lapisan epitelial mata.
Keledek kelihatan seperti pankreas dan ia sebenarnya
dapat menyeimbangkan indeks glisemik pesakit kencing manis.
Buah zaitun pula membantu menyihat dan
melancarkan fungsi ovari.
"Maka yang mana antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? "
[Surah ar-Rahman 55:13]