Sabtu, Mei 11, 2013

LIMA PERKARA PELIK


Seorang lelaki baik telah bermimpi pada suatu malam. Beliau diperintahkan dengan suatu perjalanan, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi dan berjalan menghala ke barat. Engkau dikehendaki melakukan perkara-perkara berikut;
                a) Perkara pertama yang engkau hadapi, maka makanlah
                b) Perkara ke dua yang engkau hadapi, maka sembunyikanlah
                c) Perkara ke tiga yang engkau hadapi, maka terimalah
                d) Perkara ke empat yang engkau hadapi, maka tunaikanlah
                e) Perkara ke lima yang engkau hadapi, maka larilah

Pada keesokan harinya, lelaki itu pun keluar dari rumahnya dan menuju ke barat.

Perkara pertama yang dihadapi oeh lelaki itu ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Beliau berasa kebingungan dan berkata, "Aku diperintahkan memakan benda pertama yang aku lihat. Tetapi adalah mustahil untuk memakan bukit besar ini." Walaubagai manapun, lelaki itu terus berjalan ke arah bukit tersebut untuk memakannya. Ketika dia menghampiri, bukit itu tiba2 mengecilkan diri menjadi sebesar buku roti. Beliau terus mengambil bukit tersebut dan memakannya. Anehnya, rasa bukit itu sungguh manis, bagaikan madu.

Lelaki itu kemudiannya meneruskan perjalanan dan bertemu pula dengan sebiji mangkuk emas. Teringat pada mimpinya, beliau terus menanam mangkuk tersebut. Selesai sahaja mangkuk itu ditanam, tiba2 ia terkeluar semula dari tanah. Lelaki itu menanam mangkuk tersebut kali ke dua dan perkara yang sama berlaku lagi. Setelah menanam buat kali yang ke tiga, mangkuk itu tetap juga terkeluar dari tanah. Maka, lelaki itu meneruskan perjalanannya kerana merasakan dia telah melaksanakan perkara ke dua mimpinya.

bird
Semasa sedang berjalan, lelaki itu ternampak seekor burung  helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian, terdengarlah burung kecil itu berkata, " Wahai lelaki budiman, tolonglah saya." Kerana merasa simpati dengan burung kecil itu, beliau telah mengambil burung itu dan menyembunyikan di dalam pakaiannya. Melihat keadaan itu, burung helang itu datang menghampiri lelaki tersebut dan perkata, "Wahai lelaki budiman, saya sangat lapar. Saya telah mengejar burung itu semenjak dari pagi lagi. Jangan hampakan harapan saya."

Lelaki tu teringat pada pesanan ke empat mimpinya iaitu supaya menunaikan harapan. Dia akhirnya membuat keputusan untuk memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada burung helang tadi. Setelah mendapat daging, burung helang pun terbang pergi dan lelaki itu kemudian melepaskan semula burung kecil yang disembunyikannya. Dia meneruskan semula perjalanannya.

Dalam perjalanan, lelaki itu tercium satu bau yang amat busuk dan beliau melihat ada bangkai yang mengeluarkan bau busuk itu. Melihat keadaan tersebut, beliau bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidup bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah mengalami ke lima-lima perkara tersebut, maka kembalilah lelaki itu ke rumahnya. Beliau berdoa kepada Allah semoga dijelaskan kepadanya maksud perkara-perkara yang dilakukannya itu. Pada malamnya, lelaki itu bermimpi. Beliau telah diberitahu bahawa;
anger
a) Perkara yang engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya ia nampak besar seperti   bukit tetapi jika engkau bersabar dan dapat menahannya, maka marah itu akan menjadi lebih manis dari madu.
b) Semua amal kebaikan yang dilakukan oleh seseorang walaupun disembunyikan, maka  ia tetap akan diketahui juga.
c) Jika menerima amanah dari seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
d) Jika ada orang yang meminta padamu, maka usahakanlah untuk membantunya meskipun kamu sendiri yang berhajatkannya.
e) Bau yang busuk itu ialah ghibah (mengumpat). Maka larilah dari orang-orang yang  sedang duduk membuat ghibah.

 CA: Dalam sebuah hadis ada mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Engkau berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka Allah berkata, "Ini adalah pahala orang yang mengumpat tentang dirimu."