Assalamualaikum..
Pemain bola sepak berasal dari Perancis, Julien Faubert yang juga merupakan bekas
pemain tengah Real Madrid mendedahkan alasan di sebalik keputusannya memeluk
Islam. Dia berkata bahawa hubungannya dengan rakan yang beragama Islam semasa
remaja telah membawanya untuk mendalami dan mencari tentang agama ini, dan
akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam setelah dia berasa dirinya selesa
dengan Islam.
Dia
berkata, pada awalnya dia berasa kagum dengan keperibadian dan moral sebahagian
besar rakan-rakannya yang beragama Islam yang tinggal di bandar Le Havre.
Jelasnya lagi, moral rakan-rakannya itu membuatkannya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang kehidupan peribadi mereka.
Pemain
yang berkahwin dengan wanita Islam yang berasal dari Algeria itu dalam
wawancara dengan surat khabar Perancis “L’Equipe” berkata, “Saya akhirnya
mendapati bahawa sumber keperibadian dan moral kawan-kawan saya itu yang
menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan, dan inilah yang mendorong saya untuk
mendalami agama ini dan mencari nilai-nilai etika yang sangat tinggi dan juga
nilai-nilai toleransi. ”
Faubert
menekankan bahawa kepelbagaian budaya telah memberikan sumbangan yang sangat
penting dalam pemahaman agamanya, termasuk isterinya yang berbangsa Algeria
yang telah memberikan sumbangan yang penting terhadap pengayaan maklumat
mengenai agama Islam.
CA: Marilah sama-sama kita pertingkatkan
amal soleh kita dan memperbaiki akhlak yang baik yang akan menghiasi perbuatan
dan percakapan kita. Tidak keluar sesuatu daripada mulut kita melainkan yang
baik dan bermanfaat untuk orang lain dan tidak ada perbuatan dan amalan kita
melainkan amal soleh, amal kebaikan dan amal yang mendekatkan diri kita kepada
Allah SWT.