Isnin, Jun 03, 2013

TIPS CERIA SEPANJANG HARI


Assalamualaikum..
Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian. Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah;

berfikiran positif
1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini untuk melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuk melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.

2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Ini kerana ia akan menerbitkan energi negatif dan menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.
jangan bersedih, bergembiralah
4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan Bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.

6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.
- Artikel iluvislam.com