Semasa rompakan di Bank Negara, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank, "Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda."
Semua
orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.
*Ini dipanggil
"Berfikir di Luar Kotak"- Berfikir lain daripada yang lain!
Apabila
seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak
menjerit kepadanya: "Tolong
bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"
*Ini dipanggil sebagai
"Profesional"- Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk
melakukan!
Apabila
perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu
kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."
Perompak
tua menyangkal dan berkata: "Kau ni
bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita
tengok berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita
tersebut."
*Ini dipanggil
"Pengalaman" - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil
kertas!
Selepas
perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk
memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu!! Mari kita ambil $10 juta
daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $70 juta yang kita sudah
gelapkan dari bank!".
*Ini dipanggil "Inovatif"
- Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!
Penyelia
berkata: "Alangkah baiknya jika
rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"
*Ini dipanggil "Berpandangan
Jauh" - Merancang masa depan selangkah lebih awal!
Keesokan
harinya, berita TV melaporkan bahawa $100 juta telah dirompak dari bank.
Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya
mendapat $20 juta.
Perompak
sangat marah dan mengadu: "Cilaka!
Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $20 juta tapi pengurus bank
pula mengambil $80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik
menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."
*Ini dipanggil "Pengetahuan"
- Pengetahuan kunci kejayaan hidup!
Pengurus
bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham
kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.
*Ini dipanggil
"Sambil Menyelam, Minum Air" - Mempergunakan peluang yang ada untuk
mencipta peluang yang lain!