Assalamualaikum..
"Akak heran la dengan kau ni. Boleh jer kau rileks macam tak der ape2.Kau tak rase ape2 ke?". Tanya seorang kakak semasa kami sedang makan di kantin.
"Rase ape kak?". Tanya CA sambil mulut menyumbat makanan.
"Tak kan kau tak tau cite kt bilik guru tu. Dorang dok bercerita pasal kau". Sambung kakak tu lagi.
CA tau apa yang dimaksudkan oleh kakak itu. Kat bilik guru sekarang dah tersebar gossip tentang CA. Tentang CA yang nak berkahwin dengan suami orang, juga guru kat sekolah tu. Macam2 spekulasi yang dorang buat tentang CA dan semuanya yang buruk2 belaka.
"Kau tak rase ape2 ke?". Tanya kakak tu lagi bila melihat CA tidak memberikan apa2 respon.
Dengan muka yang serious, CA menjawab; "Rase juga kak..rase kenyang bila abis makan nasi ni".
Apa lagi..tergelak sakan kakak tu kat kantin. Nasib baik hanya ada kami berdua jer.
Sebenarnya sudah banyak fitnah tentang CA yang tersebar. Semuanya berpunca bila ada seorang guru lelaki yang suka bertenggek kat meja CA. Mulanya CA ingat biasa saja, tetapi lama-kelamaan dia dah semakin teruk. Banyak tindakan giler yang dia buat untuk menarik perhatian CA walau dah banyak kali CA menolaknya. Sejak dari itu, macam2 gossip yang tersebar tentang CA. Kadang-kadang rasa macam artis pulak. Asyik dilanda kontroversi. Kalah Rita Rudaini ni..
CA tekad dalam hati. Biar la dorang nak bercerita tentang apa pun, yang penting Allah tahu perkara sebenar. Walau ada yang percaya tentang gossip itu, tapi ramai lagi yang lebih percayakan CA dan mereka itu lah yang lebih penting dalam hidup CA.
Kepada mereka yang suka bergossip, ini pesanan CA. Bercerita dan mengata memang seronok tetapi keseronokan tak akan kekal dan dosa yang menjadi bekal.
Terlalu dirahmati untuk merasa kecewa dan sedih..
tq atas sharing,,,....sy suka style blog cg...
BalasPadamto nur rahifah; sharing is caring..hehe
Padam