Jumaat, Julai 19, 2013

GA RAMADHAN ABYLLA

0 comments

Assalamualaikum..

Ni 2nd time CA nak join GA. Saje nak suke-suki dan nak bagi sokongan kpd blogger yg comey2 ni..hehe..

Jom lah join ramai-ramai. Lagipun hadiahnya comel-comel belaka. Tak percaya? Boleh klik banner di atas untuk hadiah-hadiah yang ditawarkan. Oh ya, buat tuan tanah, "Selamat Hari Jadi. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki"

Tarikh Tutup : 30 Julai 2013

SUSAHNYA MENJADI WANITA ISLAM..!!

0 comments

Ada kaum wanita berkata; “Susahnya menjadi wanita ISLAM...!!! Banyak sangatlah peraturannya.”. Lihat saja peraturan-peraturan di bawah ini;

muslim woman

Khamis, Julai 18, 2013

ADAKAH "BAK KUT TEH" ITU LEBIH PENTING?

0 comments

Assalamualaikum..

Adalah amat menyedihkan apabila dua pasangan cina yang bukan islam yang tidak matang berjaya mendapat perhatian sesetengah orang dengan hanya satu gambar FB sejak 3 hari yang lalu, tetapi sebaliknya lebih daripada 100,000 gambar umat Islam sunni mati di Syria sejak 3 tahun yang lalu tidak pula mendapat perhatian!

Malangnya, ia hanya menunjukkan bagaimana sebahagian daripada kita ini telah menjadi jauh dari teras dan ajaran agama Islam yang sebenarnya dan bagaimana hilangnya teras keutamaan ummah kita!

Selasa, Julai 16, 2013

DIKECAM KERANA BERSUMPAH GUNA AL-QURAN

5 comments

setiausaha parlimen
Menteri muslim pertama yang menjawat jawatan tinggi di struktur kerajaan Australia, Ed Husic diserang secara rasis di jejaring sosial media hanya disebabkan beliau mengangkat sumpah menggunakan al-Quran dan tidak menggunakan Kitab Injil.

“Saya adalah saya.” kata Ed Husic, yang diangkat sebagai Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri, Kevin Rudd pada hari Isnin kelmarin.

“Jelas..saya tidak akan bersumpah menggunakan kitab Injil. ” ujarnya.

Sabtu, Julai 13, 2013

KENAPA SAUDI MENOLAK MORSI

0 comments
Seluruh dunia Islam terkejut dan bersedih dengan kejatuhan Presiden Morsi. Tetapi ada sebuah negara yang menjadi kiblat umat Islam, bergembira dengan penggulingan tersebut. Beberapa jam selepas Presiden Muhammed Morsi digulingkan, Saudi dengan serta-merta mengucapkan tahniah kepada presiden sementara Mesir, Adly Mansour. Saudi menzahirkan rasa gembira dengan kejatuhan parti Islam itu selepas beberapa dekad menjadi pembangkang.

MAAFKAN SAYA, SAYA SAKIT

0 comments

Assalamualaikum..
pemeriksaan kesihatan
Hari ini untuk pertama kalinya saya pergi ke klinik untuk melakukan medical check up "kerohanian". Ternyata, saya mengidap beberapa jenis penyakit..

Berikut ialah keputusan check up saya;

Jumaat, Julai 12, 2013

YA ALLAH, AKU SANGAT MENCINTAINYA..

0 comments

Assalamualaikum..

allah
Pada suatu hari, ada seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Dia tetiba dikejutkan dengan suatu cahaya cukup bersilau terang terpancar dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Pandangan itu sungguh cantik tapi juga merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Si lelaki terpegun seketika dan bertanya pada diri apakah kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa? Apakah ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah? Jika tidak, mengapa kuburnya bercahaya? Si lelaki memberanikan diri dan mengambil sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu kerana ingin melawat kubur itu keesokan harinya.

Khamis, Julai 11, 2013

LEKEH DI SISI MANUSIA TAPI..

0 comments

bangladesh
Sebaik sahaja keluar dari kereta setelah meletakkannya di lot parkir universiti, saya disapa dengan ucapan salam serta sekuntum senyuman oleh seorang anak muda. Menerima sapaan ikhlas seumpama ini hampir menjadi rutin sebelum memulakan jadual harian kerja setiap pagi sejak 6 bulan yang lalu dengan kehadiran tukang kebun yang istimewa ini.

Apa tidaknya, beliau sentiasa memulakan tugasnya membersihkan laman universiti setiap awal dan sentiasa ceria dalam bekerjaya. Belum sempat saya memulakan salam, beliau lebih pantas mendahuluinya dengan senyuman manis yang terserlah keikhlasannya.

Selasa, Julai 09, 2013

KADAR ZAKAT FITRAH 2013

0 comments

zakat

Berikut adalah kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah. Untuk tahun ini setiap negeri masih mengekalkan kadar seperti tahun sebelumnya.

Selain itu, umat Islam turut dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang hari raya.

Negeri
Kadar (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.00
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.50
Johor
5.00/8.00*
Pahang
7.00
Terengganu
4.50/7.00/7.60*
Kelantan
7.00
Sarawak
6.50
Sabah
7.00
Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan                 
7.00

 *Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras.

Isnin, Julai 08, 2013

ALLAH ITU MENGETAHUI

0 comments

Assalamualaikum..

Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI,
dari mana kita belajar IKHLAS?
Jika semua yang kita impikan terus TERWUJUD,
dari mana kita belajar SABAR?
Jika semua yang kita doa terus DIKABULKAN,
dari mana kita belajar IKHTIAR?

allah knows
Seseorang yang dekat pada Allah, bukan bererti TIADA LINANGAN,
Seseorang yang taat pada Allah, bukan bererti TIADA KEKURANGAN,
Seseorang yang tekun pada Allah, bukan bererti TIADA KESUSAHAN,
Biarkan Allah berkuasa sepenuhnya  ke atas kita, kerana Dia tahu yang tepat dalam KEHIDUPAN.

Ketikkerjamu tidak dihargai, maka saat itu kamu belajar KETULUSAN.
Ketika usahamu dinilai tidak penting sama sekali, maka saat itu kamu belajar KEIKHLASAN.
Ketika hatimu terluka sangat dalam, maka saat itu kamu belajar KEMAAFAN.
Ketika dirimu lelah dan kecewa, maka saat itu kamu belajar KESUNGGUHAN.
Ketika dirimu terasa sepi dan sendiri, maka saat itu kamu belajar KETEGUHAN.
Dan ketika hartamu diinfakkan, maka saat itu kamu belajar KEMURAHAN.

Tetap semangat..
Tetap sabar..
Tetap senyum..
Kerana kamu sedang menimba ilmu KEHIDUPAN

TUHAN menetapkan di tempatmu yang sekarang, bukan kerana KEBETULAN..
Ada hikmahNya dalam setiap PERANCANGAN..
Orang yang hebat tidak dididik oleh KEMUDAHAN dan KESENANGAN..
MEREKA dibentuk melalui KESUKARAN dan TENTANGAN.

Sabtu, Julai 06, 2013

BABAK AKHIR SEBELUM MURSI DITAHAN

0 comments

mesir
"ASTAGHFIRULLAH,  Astaghfirullah, Astaghfirullah, ALLAHUAKBAR" Mulutnya tidak pernah lekang dari terus berzikir memohon pertolongan Yang Maha Esa.

“Ini adalah ujian ALLAH buatku, DIA maha mengetahui dan DIA tahu aku mampu menanggung dugaan ini,” bisiknya di dalam hati.

Jam di dinding rumah Kelab Pengawal Presiden Republikan di Kaherah dipandang beberapa kali sambil bersilang tangan. Langkahnya ke kiri dan ke kanan, dari bangun dia duduk dan berjalan ke jendela. Perkara itu dilakukan sejak awal kedatangannya ke pejabat baru di rumah itu, seolah menanti sesuatu.

Pintu diketuk dan sekumpulan tentera menyerbu masuk ke pejabat gerakan itu. Keadaan sedikit huru-hara kerana lebih daripada sepuluh anggota pergerakan itu cuba menghalang kehadiran tentera daripada berjumpa beliau.

SAHABAT: TERLUKA TANPA SUARA

8 comments

Assalamualaikum..
friend
Sahabat, aku cuba menjadikan sunnah Rasulullah dalam bersahabat dengan mu. Aku membulatkan hati menyayangi mu kerana Allah semata. Aku tidak mengharapkan balasan, cukuplah sekadar aku memberi kasih sayang.

Jumaat, Julai 05, 2013

JOM AMINKAN DOA INI RAMAI-RAMAI!!

0 comments

nik aziz nik mat

Ya Allah! Ya Qahhar! Ya Jabbar! Ya Muntaqim! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah!
Ya Allah! Ya Allah! Bantulah saudara-saudara kami, Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.
Ya Allah! Bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.
Ya Allah! Bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.
Ya Allah! Berilah mereka (cara membuat) makar untuk menghadapi musuh-musuhnya dan janganlah Engkau memberi makar kepada mereka.
Ya Allah! Tepatkanlah bidikan senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.
Ya Allah! Satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.
Ya Allah! Jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.
Ya Allah! Tolonglah kaum muslimin yang terzalimi di Mesir dan semua tempat.
Ya Allah! Tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.
Ya Allah! Binasakanlah para munafiqin yang bersongkol dengan Zionis Israel+Syiah dan mustakbirin Amerika. Goncangkanlah dan hancurkan mereka.
Ya Allah! Cerai-beraikan barisan mereka dan luluh-lantakkan kalimat mereka.
Ya Allah! Janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
Ya Allah! Lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.
Ya Allah! Hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka.
 Ya Allah! Kesihanilah saudara-saudara kami.
 Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami.
Amiin Amiin Amiin. Allahumma Amiin.

CA: Jom kita aminkan doa ini ramai-ramai..untuk saudara kita di Syria, Mesir, Palestine dan di seluruh dunia. Sesungguhnya Jumaat ini penuh keberkatan dan ada suatu saat pada hari ini di mana doa kita tidak akan ditolak Allah SWT.

MESIR: PUAS HATI SEKARANG??!

0 comments

morsi mesir
Seorang lelaki yang berketurunan petani dari Delta Sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Berdekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di universiti dalam dan luar negara, menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. Beliau, Mohamed Morsi merupakan seorang haffiz al-Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al-Quran.

Jun 2012, Morsi dilantik menjadi Presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Morsi yang meringkuk di dalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden Mesir, sebuah negara  yang disebut berkali-kali di dalam Al Quran.

BEREHAT DALAM KUBUR NANTI YER..

0 comments

Assalamualaikum..
Salam Jumaat..

kubur islam
Teringat perbualan saya dengan seorang kakak suatu masa dahulu.

"Kak, saya letihlah kak. Dengan dunia ni. Bila kita boleh rehat?"

"Sabar ya dik. Kita rehat dalam kubur nanti ya."

Dan hari ini kata-kata seorang sahabat membuat saya tersenyum lagi. Katanya, “Saya nak rehat. Dari dunia ni. Saya rindukan alam semulajadi. Rindu bunyi unggas. Bunyi pantai."

"Awak, itulah cita-cita setiap hati yang merindukanNya. Dunia ini bukan tempat kita pun sebenarnya. Ada kampung yang lagi indah. Bercita-citalah untuk balik ke kampung ‘sana’ itu."

Sampai suatu masa, kita memang akan merasa letih dengan dunia ini. Bukan jasad kita yang letih sebenarnya, tetapi hati kitalah yang letih. Letih dengan kerenah-kerenah dunia yang sering memujuk rayu dan menipu.

Namun, sebelum berhasil untuk keluar daripada dunia itu, kita perlulah ‘bekerja’ terlebih dahulu.

Seperti seorang yang bekerja makan gaji. Berpuluh-puluh tahun dia bekerja. Bukan dia tidak mahu bersara, bahkan itulah cita-citanya yang paling utama. Iaitu mahu berehat, kerana dia sebenarnya sudah malas, jemu dan penat sekali dengan bekerja. Tetapi kenapa walaupun begitu, dia tetap juga bekerja? Kerana dia mahu mengumpul harta untuk memastikan hidupnya senang selepas dia bersara nanti.

Begitulah tamsilannya dengan kehidupan kita di dunia ini. Kita perlu bekerja keras untuk mengumpul harta demi masa depan kita selepas kita ‘bersara’ dari kehidupan ini nanti. Jadi walau letih dan penat bagaimana sekalipun kita rasa, kita tetap harus ‘bekerja’.

Bekerja untuk siapa? Bekerja untuk Allah. Bekerja demi memastikan cita-cita kita yang paling utama itu akan tercapai jua suatu hari nanti. Cita-cita untuk berehat. Bersara. Dan bertemu dengan Majikan kita itu. :’)

CA: Artikel ini adalah perkongsian dengan seorang teman. Semoga kubur kita adalah tempat rehat selesa sebelum dibangkitkan kelak oleh Allah SWT untuk dihisab.

Khamis, Julai 04, 2013

MESIR: BILA SEKULAR TERGUGAT

0 comments

Mesir dicemburui oleh musuh-musuhnya bukan kerana Ahram atau Sungai Nil, tidak juga kerana kehebatan binaan Piramid atau keindahan Puncak Tursina. Mesir dicemburui kerana al-Azhar. Di sinilah terasasnya tamadun ilmu yang terkenal ke seluruh dunia. Lahirnya di situ bukan seorang dua ulama bahkan ribuan kalaupun bukan jutaan murabbi ummah yang bertebaran ke seluruh dunia. Bangunnya al-Azhar kerana sumber wakaf tanpa bantuan dari dana kerajaan dan ia cukup menggelisahkan musuh-musuh Islam. Justeru, kehebatan ini wajib dihancurkan.

UCAPAN TERBARU DARI DR MOHAMMAD MORSI

0 comments

dr mursi
Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negara,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah Islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan Islam biasa-biasa. 

Isnin, Julai 01, 2013

DIA MATI BERKALI-KALI

0 comments

chuck lamb
GAMBAR Chuck Lamb, 55, yang ditemui mati dalam keadaan tragis selepas kepalanya diketuk dengan tukul telah tersebar di dalam Internet beberapa tahun lalu. Kemudian, semakin banyak gambar kematian pengaturcara komputer dari Ohio ini menular dengan pelbagai punca kematian yang berlainan.

Ahad, Jun 30, 2013

SARAPAN DI POKLOH MILO TUNGGENG

0 comments

Assalamualaikum..
Anda mahu bersarapan di mana pagi ini?  Jom ikut CA ke satu tempat makan popular di Kelantan. Warung ini memang popular di Kota Bharu kerana menyediakan menu2 sarapan yang istimewa seperti nasi berlauk ayam goreng, roti bakar dan telur masak separuh. Apa yang lebih istimewa lagi ialah di sini terdapatnya air milo yang dipanggil dengan nama Milo Tunggeng.

Mendengarkan nama warung ini, semestinya ia mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikannya popular di kalangan penduduk setempat dan orang lama di Kelantan. Pokloh Milo Tunggeng ini adalah warung kopi lama yang menuangkan milo dengan cara tersendiri iaitu tanpa menggunakan sudu dengan menunggeng tin milo tanpa membuka penutup.

Orang Kelantan ada juga menggelarkan ia Milo Ketuk iaitu mengetuk tin milo supaya milo keluar ke dalam cawan. Kuantiti milo yang dibancuh adalah 2-3 kali ganda lebih banyak dari kedai lain. Suasana warung ini masih mengekalkan ciri-ciri warung desa.

Jika ingin merasai suasana klasik sarapan di Kelantan, berkunjunglah ke Warung Pokloh Milo Tunggeng di belakang KTC/Hospital Pakar Perdana (Jalan Gereja).

Jom kita minum Milo Tunggeng..

Sabtu, Jun 29, 2013

PAKATAN JAHAT UNTUK MENGGULINGKAN MORSI

0 comments

Assalamualaikum..

egypt president

Pakatan jahat untuk menggulingkan Morsi pada 30 Jun 2013

Dari kejauhan di bumi Malaysia, saya mendoakan agar rancangan jahat yang dirancang bersama oleh pelbagai pihak termasuk Kedutaan AS untuk menjatuhkan Ir Dr Mohamad Morsi, Presiden Mesir menemui kegagalan. Pihak kuffar dan para musuh Islam sentiasa tidak senang dan tidak boleh berduduk diam sehingga mereka sanggup berbuat apa sahaja demi cita-cita jahat mereka.

Ingatlah firman Allah swt,

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

“Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya),
dan ALLAH adalah sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”. (Surah al-Imran ayat 54)

Semoga Allah membukakan hati-hati mereka dan ditunjukkan jalan kebenaran untuk menuju kepadaNya, lalu dimenangkan Islam dan umatnya. Bersama-sama kita mendoakannya.

Artikel terbaru yang berkaitan;
BABAK AKHIR SEBELUM MURSI DITAHAN
MESIR: PUAS HATI SEKARANG??!
UCAPAN MORSI SELEPAS DIGULINGKAN SECARA TIDAK ADIL
MESIR: BILA SEKULAR TERGUGAT

Jumaat, Jun 28, 2013

SURAT BERDARAH DARI PENJARA SYRIA

0 comments

Surat ini telah berjaya diseludup keluar dari Baad Assad, Syria. Ia menceritakan tentang rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.

syrian women

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis atau membaca. Kertas dan pen diharamkan. Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurung kami. Tetapi kami yakin bahawa Insya Allah surat ini akan sampai kepada umat Islam seluruh dunia.

IBUKU SEORANG PEMBOHONG

3 comments

Assalamualaikum..

Ibuku seorang pembohong? Ya..memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan kepada kita sekalian.

Kisah benar ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga sederhana. Makan minum serba kekurangan.

mother

Sabtu, Jun 22, 2013

CARA MEMIKUL BERAT BEBAN

0 comments

Assalamualaikum..

Bukan berat beban yang membuatkan kita stress, tetapi lamanya kita memikul beban tersebut.
workplaces stress
Semasa memberi kuliah tentang pengurusan stress, Stephen Covey mengangkat segelas air dan bertanya kepada para pelajarnya; " Menurut anda, berapakah berat segelas air ini?"

Para pelajar menjawab dengan beratan yang bermula dari 200ml sehingga 500ml. "Sebenarnya, ini bukanlah masalah berat tapi bergantung berapa lama anda memegang berat." kata Covey.

Sabtu, Jun 15, 2013

APAKAH TUHAN ITU BENAR-BENAR ADA?

0 comments

WAJIB BACA: APAKAH TUHAN ITU BENAR-BENAR ADA?
(3 Pertanyaan, 1 Jawaban)

Ada seorang pemuda bijak yang telah lama belajar dan menetap di luar negara kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah, dia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama atau sesiapa sahaja yang mampu menjawab 3 pertanyaan darinya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan seorang ustaz.

Pemuda (dengan nada sombong): "Anda siapa? Bolehkah anda menjawab pertanyaan saya?"

Ustaz: "Saya hanya hamba ALLAH  dan dengan izinnya saya akan menjawab soalan anda."

Pemuda (tetap dengan nada sombong): "Anda yakin? Sedangkan ramai profesor dan para cerdikiawan tidak mampu menjawab pertanyaan saya."

Ustaz: "Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya."

IBADAH EKPRESS DALAM 1 MINIT

0 comments

Assalamualaikum..

1 minute
Apa yang boleh anda lakukan dalam masa 1 MINIT?
Dalam 1 minit, anda mampu melakukan salah satu daripada perkara-perkara menakjubkan di bawah.

Anda boleh mengkhatamkan al-Quran sebanyak 5 kali dengan membaca Surah al-Ikhlas sebanyak 15 kali.
"Demi Dzat yang menguasai diriku, sesungguhnya nilai surah al-Ikhlas sama dengan sepertiga al-Qur'an." (HR. al-Bukhari)

Jumaat, Jun 14, 2013

GA BY CIK CEMPAKA

0 comments

Assalamualaikum..
Ni 1st time CA nak join GA. Saje nak rasa camne dan nak bagi sokongan kpd blogger2 yg comey2 ni..hehe. Jom join..
cik cempaka
Penyertaan dibuka sehingga
20 Jun 2013

Hadiahnya
HANDMADE EPOXY KEY CHAIN
yang ada doodle animal kiut2 macam banner di atas

Pemenang pertama : 3 key chain
Pemenang kedua : 2 key chain
Pemenang ketiga : 1 Key chain
dan terdapat beberapa hadiah saguhati
EPOXY doodle

Nak join klik sini

SURAT UNTUK JODOHKU..

0 comments

Assalamualaikum..
her
Entah mengapa, hari ini tiba-tiba aku merindukan dirimu, sejak pertama kali aku membuka mataku. Sungguh aku sangat merindukan dirimu. Berharap pada saat aku terbangun, aku sudah mampu melihat dirimu. Sudah menjadi yang halal untukmu.

Khamis, Jun 13, 2013

KENAPA PEMAIN REAL MADRID INI MEMELUK ISLAM?

0 comments

Assalamualaikum..

faubert

Pemain bola sepak berasal dari Perancis, Julien Faubert yang juga merupakan bekas pemain tengah Real Madrid mendedahkan alasan di sebalik keputusannya memeluk Islam. Dia berkata bahawa hubungannya dengan rakan yang beragama Islam semasa remaja telah membawanya untuk mendalami dan mencari tentang agama ini, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam setelah dia berasa dirinya selesa dengan Islam.

ROMPAKAN BANK!!! SALAH CIKGU KE?

0 comments

bank robbery

Semasa rompakan di Bank Negara, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank, "Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.
*Ini dipanggil "Berfikir di Luar Kotak"- Berfikir lain daripada yang lain!

Sabtu, Jun 08, 2013

HIDUP INI SIMPLE

0 comments

Assalamualaikum..

Jika ada seseorang berkata mengenai kita di belakang..
itu tanda kita sudah berada di depan.
hidup ini mudah

Jika ada seseorang berkata untuk  merendahkankan kita..
itu tanda kita sudah berada di tempat yang lebih tinggi dari mereka.

Jika ada seseorang berkata dengan nada iri mengenai kita..
itu tanda kita telah membuat kebaikan berbanding mereka.

Jika ada seseorang  berkata buruk mengenai kita..
itu tanda kehidupan kita lebih indah dari mereka.

Jadi, tetaplah berfikir positif dan jangan pernah merasa tersinggung dengan kata-kata mereka.

Khamis, Jun 06, 2013

BERIMANKAH KITA HARI INI?

0 comments

Assalamualaikum..

Nabi Muhammad SAW telah bersabda;

" Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri" (Riwayat Anas Ibnu Malik)

Jadi, berimankah kita jika kita terus membiarkan perkara-perkara seperti ini berlaku di sekeliling kita?

Penggunaan buruh kanak-kanak di Afghanistan