Khamis, Januari 31, 2013

WILLIAM YAU: SENYUMANNYA DALAM KENANGAN

0 comments

Assalamualaikum..
Penantian mengenai identiti sebenar mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui di Pelabuhan Klang petang Khamis lalu, akhirnya terjawab sudah. Segala igauan buruk dan kebimbangan bahawa mayat itu berkemungkinan adik William Yau Zhen Zhong menjadi kenyataan. Ini berdasarkan kepada laporan awal DNA yang dijalankan oleh pihak forensik.

Mayat adik William Yau telah pun selamat dibakar petang Isnin sekaligus mengakhiri minggu yang cukup sukar buat kedua ibu bapa dan sanak-saudara William. Namun pada ketika kaum keluarga Yau masih bersedih dan dalam keadaan terkejut dengan kematian William, kita dikejutkan dengan dakwaan sesetengah laporan pihak media kononnya mendiang William Yau didera oleh bapanya semasa hidup.

Jumaat, Januari 25, 2013

LELAKI PENCINTA YANG SEBENARNYA

2 comments

Assalamualaikum..
Muslim men
Gambar hiasan - Tiada kaitan dengan jalan cerita
Inilah barisan lelaki pencinta yang sebenarnya..

Rasulullah SAW telah patah gigi di dalam Perang Uhud dan berita ini sampai kepada Uwais al-Qarni. Uwais yang tidak dapat menyertai perang tersebut kerana menjaga ibunya yang uzur di rumah sanggup mematahkan giginya sendiri kerana hendak merasai apa yg Rasulullah telah rasai.

Khamis, Januari 24, 2013

AIR MATA DI TEPI KUBURAN

6 comments

Assalamualaikum..
Suatu hari, Saiyidina Uthman r.a berjalan melintasi sebuah kawasan kubur. Tiba2 Uthman berhenti melangkah dan terdiam. Kemudian air matanya mengalir setitis demi setitis sehingga membasahi janggutnya.
Melihat Uthman menangis teresak-esak di tepi kuburan, datang seorang sahabat lalu bertanya: "Wahai Amirul Mukminin, engkau selalu menyebut syurga dan neraka serta segala penderitaan di hari akhirat, tetapi aku tidak pernah melihat engkau menangis semasa memperkatakannya. Tapi hari ini apabila engkau berjalan di tepi kuburan, engkau menangis pula. Apa sebabnya wahai Amirul Mukminin?"

Jawab Uthman: "Kerana Nabi Muhammad telah bersabda; "Kubur ini tempat pertama dari tempat2 akhirat dan tempat terakhir dari tempat2 dunia. Barang siapa yang selamat dari kubur itu, maka apa yang sesudahnya adalah lebih ringan. Dan barang siapa yang tidak selamat darinya, maka apa yang berlaku sesudahnya akan lebih berat lagi."

Uthman mengesat air matanya, kemudian menyambung; "Jika aku di neraka, aku akan bersama manusia lain, jika aku di alam akhirat, aku pun bersama manusia lain, tetapi jika aku berada di dalam kubur maka tiada seorang pun manusia bersamaku. Tinggallah aku sendirian sahaja di dalam pusara. Itulah sebabnya aku menangis."

PADA BATU PADA PASIR PADA AIR

0 comments

Assalamualaikum..

ADA 3 KATEGORI MANUSIA DIDUNIA INI

PERTAMA
Yang sifatnya umpama huruf2 dipahat pada batuan keras. Mereka mudah marah, suka menghambur kemarahan dan kemudian menyimpan perasaan marah itu berserta dendam kesumat dalam tempoh waktu yang panjang.

KEDUA
Yang sifatnya seperti huruf2 pada hamparan pasir. Mereka mudah marah, tetapi hanya sebentar sahaja, kemudian melupakannya.

KETIGA
Yang sifatnya seperti huruf2 ditulis pada air yang mengalir. Mereka tidak menyimpan sebarang perasaan buruk dan tidak mengendahkan kata-kata mahupun khabar angin yang negatif. Fikiran manusia kategori ini sentiasa bersih, tulen dan tidak mampu diganggu-gugat oleh sesiapa, dan apa pun jua.

JADI DI KATEGORI MANAKAH KITA INI?

Rabu, Januari 23, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434H

0 comments

Assalamualaikum..
nabi muhammad
Petikan ini CA ambil dari kitab agung karangan ilmuan Islam yang tidak asing lagi di kalangan umat Islam dan dunia Islam  iaitu al-Marhum Ismail bin Kathir al-Quraisyi ad-Damsyiqiy, atau lebih dikenali dengan Ibnu Kathir yang bertajuk Kisah Para Nabi (Qishash al-Anbiya).

Dari Ishaq bin Bisyr, dari Sa'id bin Abi Arubah dan Muqatil, keduanya dari Qatadah, dari Abdur Rahman bin Adam, dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Allah Azza wajalla memberi wahyu kepada Nabi Isa a.s:

Isnin, Januari 21, 2013

ENTRI MINTA TOLONG

0 comments

Assalamualaikum..

 Tolong..tolong.. CA ada masalah ini.
Commentluv CA hilang tiba2 dalam 2 entri yang lepas.
CA tak der tukar apa2 pun tapi tengok2 setting komen tu dah bertukar kepada yang lama.
Sape2 yang ada idea tolong bagitau CA yer.
CA tak sempat nak godek2 benda ni kerana mengharungi minggu yang sibuk.
Weekend ni baru boleh setting apa yang patut.

Terima kasih di atas jasa baik anda semua..

Sabtu, Januari 19, 2013

KERJA SEKALI, PENDAPATAN SAMPAI BILA-BILA!

8 comments
Assalamualaikum..
Terkejut tak baca tajuk entri CA tu? Jangan terkejut, inilah tajuk artikel tulisan Dr Irfan Khairi, seorang penulis buku-buku terlaris di pasaran dan speaker dalam bidang membina kekayaan dan kejayaan. Tadi tengah dok belek-belek buku lama, terjumpalah artikel ni. Jadi CA nak kongsi dengan rakan2 pembaca sekelian.

Jumaat, Januari 18, 2013

SETIA HUJUNG NYAWA

1 comments

Assalamualaikum..
Musim perkahwinan dah sampai! Kompang juga dah mula nak kedengaran .  2, 3 menjak ni banyak betul CA dapat kad jemputan kahwin. Cuti Maulidur Rasul dah ada orang kahwin. Cuti Tahun Baru Cina yang lambat lagi tu pun dah ada jemputan kahwinnya. Jadi tak der peluang lah CA nak masukkan tarikh CA ni. Kena tunggu 2,3 tahun lagi la..huhu
Wedding

Tahniah kepada kawan2 yang akan melangsungkan perkahwinan terutamanya kepada Aliah Amirah yang akan berkahwin pada 25hb ini. Semoga kekal dan setia hingga ke hujung nyawa. Kepada kawan2 yang jauh, walaupun CA tak dapat datang, Insya Allah, CA akan sentiasa doakan kelancaran dan kesempurnaan majlis korang. Hadiah pun CA akan hantarkan sekali (kalau 2,3 kali pokailah CA..hehe)

TIPS PECUTAN UNTUK PELAJAR

0 comments

Assalamualaikum..
student
Apa khabar pelajar semua? Mesti awal2 tahun camni, semua tengah dok bersantai2 dan fikiran pun masih bebas di awangan. Homework masih belum banyak dan ujian2 pun masih belum bermula lagi. Silap2 haribulan, latihan sukan pun masih belum ada lagi. Best kan camni..

Tapi awas semua, jangan berlalu rileks. Ini bukan masa untuk bersantai dan rileks memanjang. Inilah masa untuk mengorak langkah dan memulakan strategi. Inilah masa untuk memecut..

Kita semua harus mengambil iktibar dari cerita kura-kura yang memenangi pertandingan lumba lari dengan arnab. Kura-kura sangat istiqamah untuk menang dan dia mengorak langkah yang lebih awal sedangkan arnab hanyut dibuai angan2.

Apakah persiapan yang mesti dilakukan? Jom lihat tips2 di bawah.
  

TIPS MENYELESAIKAN MASALAH DI TEMPAT KERJA

0 comments

Assalamualaikum..

workplaces stress
Saban hari kita berhadapan dengan pelbagai tugas dan kerja yang diberikan di pejabat. Kadang-kala tugas dan kerja ini sangat memenatkan dan menimbulkan pelbagai masalah. Kadang-kadang rasa nak meraung dan menangis pun ada. Argghhh! belum pergi kerja pun dah berfikir tentang masalah di tempat kerja. Tapi kita tak boleh lari dari kerja..kita dibayar gaji untuk itu.

Jom kita cari tips untuk mengatasi masalah ini. Jangan biarkan ia menganggu hati dan emosi kita. Kita mesti belajar menghadapi semua ini secara tenang dan tersusun.

Khamis, Januari 17, 2013

JOM KENALI KEKASIHMU..PART 1

0 comments
Assalamualaikum..

Hari ini CA nak ajak semua pembaca untuk mengenali kekasih masing-masing dengan lebih dekat. Mengenali orang yang kita sayang dan suka ini penting untuk kita menambahkan lagi rasa cinta dan sayang kita kepada mereka. Betul tak? Mesti betul lah punyer.. Sebenarnya kekasih CA sama jer dengan kekasih anda semua. Kalau anda dapat mengenali kekasih CA, pasti anda juga akan dapat mengenali kekasih masing2 dengan lebih dekat..hehe

PRU 13 : NASIHAT AL-HASSAN AL BASRI

0 comments

Assalamualaikum..

al-Quran
Kenal tak al-Hasan al-Basri? Mesti ramai pembaca yang kenal kan. Bagi yang tak kenal, nanti CA kenalkan. al-Hassan al-Basri ialah ulama terkenal di Basrah yang dilahirkan di Madinah sekitar tahun 21 Hijrah. Beliau berguru dengan ramai sahabat-sahabat Rasulullah seperti Uthman bin Affan, Abdullah bin Abbas, Ali bin Abi Talib, Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar.

Sabtu, Januari 12, 2013

MESEJ CINTA DARI JURUTERA INGGERIS

0 comments
Assalamualaikum..

Hihi..best tak tajuk entri CA ni? Romantis gitu. Memang CA dapat mesej romantis dari jejaka kacak berbangsa Inggeris hari ni. Kata-katanya membuat CA terasa di awan-awangan dan hidung kembang semacam. CA belum kenal dengan dia tetapi dia tak putus-putus menghantar pesanan romantis kepada CA. Dah lama CA tak dapat mesej camni. Tu yang bila dapat, terus terbang ke awan biru dengan menggunakan hidung yang  dah semacam jer kembangnya ni..hahaha.

Dulu selalu gak CA dapat mesej camni tapi sejak dah tak aktif berFB, mesej pun dah kurang. CA pernah dapat mesej dari lelaki Iran, USA dan Afrika. Mereka ni rajin benar menghantar mesej yang memuji kecantikan CA walaupun sebenarnya tak pernah kenal dan jumpa (hahaha..terperasan lak CA). Skang ni lelaki dari England lak nak cuba nasib. Mamat ni dah la hensem, kerja pun bagus..untung CA kan.. Skang ni dia tengah tunggu CA reply mesej tu..hehehe

Jumaat, Januari 11, 2013

INGINKAH SAYA TUNJUKKAN JALAN KE SYURGA?

0 comments
Assalamualaikum..

jalan ke neraka
Seorang paderi Kristian tiba di sebuah kampung yang agak terpencil. Dia bertemu dengan seorang kanak-kanak yang berkopiah, lalu bertanya: "Wahai anak, boleh kamu tunjukkan kepada saya jalan ke rumah ketua kampung? Saya baru sahaja tiba di sini, maka saya kurang arif dengan kawasan ini."

"MAAF TUAN! TERSASAR LAGI!"

0 comments
Assalamualaikum..

tentera
Sepasukan tentera berlatih menembak di lapang sasar. Malangnya seorang daripada mereka itu teruk betul bidikannya. Sepuluh tembakan dibuat, tapi tiada satu pun yang kena sasaran.
"Argghhh! Apa nak jadi dengan awak ni, hah?" sergah kaptennya.
"Maaf tuan! Tersasar tuan!!!" jawab tentera itu tergigil-gigil.
Si kapten angkat jari telunjuk dan memberi amaran keras; 
"Saya akan dekatkan sikit sasaran ke jarak lima meter tapi kalau tak kena jugak, siap!!!!"

SEGAR IMAN DI PAGI JUMAAT

0 comments
Assalamualaikum..


MATI HIDUP SEMULA KE?

0 comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dah hampir dua minggu bermulanya persekolahan. CA pun masih teruja dengan sessi persekolahan kali ni. Tahun ini memang mencabar bagi CA kerana tahun ni CA kena mengajar kelas tingkatan 1 dengan banyak sekali. Dah lama sangat tak mengajar tingkatan satu ni, kalau mengajar dulu pun hanya 1 kelas jer. Tapi tahun ni..amekkau..hehe.

Awal tahun ini juga sekolah CA menerima pengetua baru. Selama 4 tahun mengajar kat sini, sudah 3 orang pengetua CA bekerja. Dorang asyik datang dan pergi. Cuma CA jer yang belum dapat tukar2 ni. Bila saya dapat tukar ni boss..?

Khamis, Januari 10, 2013

INI ENTRI MINTA MAAF..

0 comments
Assalamualaikum..

Mesti ramai yang terkejut bila baca tajuk entri CA kali ni. Ya..memang CA nak minta maaf kepada semua pembaca dan rakan2 CA yang membaca blog CA ni. CA dah buat salah yang sebesar2nya.

Sebenarnya CA hendak minta maaf kepada sesiapa yang pernah membaca entri KEBIJAKSANAAN SAIYIDINA ALI. Dalam entri tersebut CA telah memasukkan satu dialog antara seorang lelaki dengan Saiyidina Ali bertanyakan tentang kebaikan ilmu berbanding harta. Dialognya berbunyi seperti berikut;
"Wahai Ali, benarkah Rasulullah s.a.w berkata, saya (Rasulullah) adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?" tanya salah seorang daripada lelaki itu.
"Memang benar." Jawab Saidina Ali.


Sabtu, Januari 05, 2013

SYAITAN MENGEJUTNYA UNTUK SOLAT?

0 comments
Assalamualaikum..

lelaki sedang bersolat
Satu hari, akibat keletihan yang amat sangat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir.

Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu Subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya, Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing.

"Mengapa kau kejutkan aku untuk solat Subuh padahal kau amat benci kepada orang yang bersolat?" Tanya Sheikh
"Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh." Jawab syaitan.

TIPS UNTUK SENTIASA CANTIK

0 comments
Assalamualaikum..
"I never think of myself as an icon. What is in other people's minds is not in my mind. I just do my thing" (Audrey Hepburn)

beautiful audrey hepburn
Anda semua kenal tak dengan pelakon Audrey Hepburn? Kalau tak kenal biar CA kenalkan. Audrey Hepburn ialah pelakon wanita Amerika Syarikat pada zaman 50-70an dulu (lebih kurang zaman P.Ramlee dulu la). Beliau bukan sahaja popular tetapi memiliki kecantikan yang sangat menawan. Kerana begitu jelita, beliau sering ditanya tentang rahsia kecantikkannya.

Pelakon jelita ini meninggal dunia tahun 1992 pada usia 62 tahun dan beliau sempat mencipta sebuah puisi untuk berkongsi rahsia kecantikannya. Pada hari pengebumiannya, puisi tersebut dibaca semula. Antara bait-bait puisi tersebut ialah..

Jumaat, Januari 04, 2013

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MAKANAN YER..

0 comments
Assalamualaikum..

brokoli yang dibina rumah
Jom lepak kat sini ramai-ramai..
roti bersama pisau
Kau ingat aku penakut ker!?!
biri-biri bunga kobis
Kita nak gi meragut kat ner ni?
capcicum berbentuk katak
Sape lagi yang tak datang ni?
telur berbentuk troli bayi
Jom mama bawak gi jalan-jalan yer..
Terung berbentuk penguin
Perhatian! Tolong dengar sini semua..
oren berbentuk orang
Ahh..berat betul limau ni..

"HMMM..SEDAPNYA DARAH MANUSIA NI"

0 comments
Assalamualaikum..


Nyamuk tiruk
Fakta hebat tentang seekor nyamuk, serangga yang kita benci.
  1. Nyamuk wujud sejak 100 juta tahun dahulu dan sehingga kini terdapat lebih 3000 spesies nyamuk di dunia. Serangga ini kebanyakkan hidup di kawasan tropika dan ada yang hidup di kawasan Artik.
  2. Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hidup 10 hingga 20 hari sahaja. Nyamuk betina boleh bertelur sehingga 300 biji dalam satu-satu masa dan mampu mencapai 3000 biji telur sepanjang hayatnya.
  3. Nyamuk boleh berkembang dari telur ke nyamuk dewasa dalam masa 4 hingga 7 hari.

Khamis, Januari 03, 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH, SAYANG

0 comments
Assalamualaikum..
suasana hari pertama persekolahan
Ya..selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar2 yang CA sayang walau di mana sahaja anda berada. Semoga tahun ini lebih menambahkan kebijaksanaan dan kematangan kita dalam menuntut ilmu..
"When the student is ready, the teacher shall appear"
Ingat..anda semua sedang berada di taman-taman syurga, jadi gunakan lah masa yang ada di sekolah dengan sebaik mungkin dan hormatilah mereka2 yang sedang membimbing anda.
Sebab-sebab mengapa kita harus menghormati guru
Semoga kejayaan sentiasa bersama dengan anda, dunia dan akhirat..
Jangan berputus asa walaupun gagal