Sabtu, Disember 29, 2012

HEBATKAH CINTA PEMUDA INI?

0 comments
Assalamualaikum..
  • Saya suka sangat tengok jari-jemari GF saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!
  • Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila. Takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!

Jumaat, Disember 28, 2012

LIHATLAH MALAYSIA KU YANG HEBAT

0 comments
Assalamualaikum..

tin mengandungi daging babi
Tin pun dah boleh mengandung di Malaysia..

I'M DO FOLLOW BLOG

0 comments
Assalamualaikum..


Dengan meninggalkan komen anda, secara automatik saya adalah follower anda..

Rabu, Disember 26, 2012

JADUAL CUTI SEKOLAH 2013

6 comments

Assalamualaikum..

Hehe..cuti sekolah 2012 belum lagi habis, dah semak cuti tuk tahun depan dah..
Tapi tak salah kan..untuk perancangan 2013..hehe

Jom kita semak sama-sama Jadual Cuti Sekolah 2013..

KUMPULAN A
Cuti sekolah di negeri Kedah,  Kelantan dan Terengganu
Penggal 1
Pertengahan Tahun
Penggal 2
Akhir Tahun
22 Mac hingga 30 Mac (9 hari)
24 Mei hingga 8 Jun (16 hari)
6 Ogos hingga 17 Ogos (12 hari)
15 Nov hingga 31 Dis (47 hari)
Jadual cuti sekolah kumpulan A

KUMPULAN B
Cuti sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri  Sembilan, Melaka Johor,  Pahang,  Sabah,  Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.
Penggal 1
Pertengahan Tahun
Penggal 2
Akhir Tahun
23 Mac hingga 31 Mac
(9 hari)
25 Mei hingga 9 June
(16 hari)
7 Ogos hingga 18 Ogos
(12 hari)
16 Nov hingga 1 Jan 2014 
(47 hari)
Jadual cuti sekolah kumpulan B

DARAH KITA DI BUMI SYRIA

3 comments
Assalamualaikum..
"Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar, kekal selamanya.” (Kata-kata dari Saiyidina Ali r.a)
Ucapan selamat datang ke Syria
Syria..bumi yang sedang bergolak. Apakah yang sebenarnya berlaku di sini? Umat Islam dibunuh dengan kejam oleh saudara yang seagama dengan mereka dan dunia seperti berpeluk tubuh..kaku tanpa tindakan. Dan apakah pula tindakan kita, selaku saudara seagama dengan mereka?

Selasa, Disember 25, 2012

KITA YANG DIGIGIT NYAMUK NI..

0 comments
Assalamualaikum..
"Dari Abdullah bin Amir Ibn Ass r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya iman akan menjadi lusuh dan buruk di dalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman dalam hati kamu. (HR Hakim)
kaligrafi nama Muhammad s.a.w
Setelah menang dalam Peperangan Dzat Al-Riqa', tentera Islam pulang menuju ke Madinah. Akan tetapi ada tentera Ghafatan (pihak lawan yang kalah) telah bersumpah untuk membunuh tentera Islam dan mengejar tentera Islam bercara bersembunyi. Tentera Islam terus berjalan pulang sehingga mereka berhenti berkhemah di suatu tempat.

Isnin, Disember 24, 2012

TIPS KECANTIKAN YANG SIMPLE

4 comments
Assalamualaikum..

gadis yang manis berhijab
Hehe..sebenarnya CA malu sendiri bila baca tajuk kat atas tu. Tengah nak menulis ini pun malu tersengih2. Pandai2 pulak CA buat entri pasal kecantikan. Macamlah CA cantik sangat sampai boleh bagi tips cantik kepada orang lain. Kalau Rozita Che Wan atau Erra Fazirra yang bagi tips, boleh lah caya.. Ni Chekgu Anitt (CA)..haha..sape lah Chekgu Anitt tu kan..

Kulit muka licin
Sebenarnya CA dapat idea ni dah lama bila kawan-kawan asyik tanya tentang kulit muka aku yang licin ni (hahahah..nak terperasan jap..) Dorang juga selalu bertanya tentang produk apa yang CA pakai bila dorang tengok kulit muka CA ni (hehe..lame2 boleh pengsan aku ditimpa perasaan ni). Jadi, CA nak kongsilah sedikit ilmu yang CA ada. Bukan niat untuk menunjuk pandai atau perasan cantik, hanya perkongsian ilmu sahaja yer..
Scrub St ives

Sebenarnya CA seorang yang pemalas bab menjaga kecantikkan dan paling malas nak cuci muka. CA memang jarang cuci muka kecuali masa mandi. Produk pembersih muka CA yang paling simple jer iaitu Olay. Tetapi semasa nak mencuci muka, CA akan campurkan sedikit scrub (aku guna St Ives) ke dalam pembersih muka. Ini yang CA amalkan selama 15 tahun dan Alhamdulillah, kulit muka CA tak der masalah. Tips ni CA dapat dalam majalah perempuan masa zaman mude dulu..hehe

kuku putih dan cantik
Untuk memutihkan kuku pulak (kalau masak kat dapur, confirm kuku jadi kuning), CA akan berus kuku menggunakan ubat gigi yang diperah dengan jus lemon. Tetapi kalu yang ada fungus (kuku kaki rosak) tak leh lah wat camni. Kalu ada  kuku yang rosak lak, korang cuba ambil mouthwash (cth; Lesterine) dan tekap dengan kapas kat kawasan yang sakit. Memang berkesan tetapi kena selalu buat ye..
pembersih mulut listerine

Opps..satu lagi, kepada yang selalu kena selsema atau resdung (yang tak serius lah), korang boleh cuba memasukkan air ke dalam hidung pada setiap pagi dan hembus. Buat sebanyak 3 kali setiap hari dan Insya Allah, selsema akan semakin berkurangan. Yang ini memang aku selalu amalkan kecuali semasa berpuasa.

Selamat mencuba yer..

CA: nanti CA update yang terbaru pulak yer.. Cuba baca tips yang ni lak 

Ahad, Disember 23, 2012

KENANGAN DI BUKIT GOLAN, PALESTINE

3 comments
Assalamualaikum..

Selepas sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w berjaya membuka Syam dan Baitulmaqdis pada zaman Umar Al-Khatab, Umar telah datang sendiri ke Palestin untuk menerima kunci Baitulmaqdis setelah berjaya membebaskannya dari tangan Rom. Umar kemudian memanggil semua sahabat dan pasukan tentera berkumpul di Bukit Golan.

Sabtu, Disember 22, 2012

BENDA BERCAKAP DI RUMAH

3 comments
Assalamualaikum..

old television
Anda semua tahu tak apa yang ada dalam gambar di atas tu? Pernah tengok? Kalu yang muda2 remaja mesti tak pernah tengok benda ni. Inilah television@tv zaman 70an. Korang pun mesti tak lahir lagi kan masa tu..hehe. Inilah bende kegemaran CA masa kecik2 dulu. Walau masa tu CA kecik lagi dan belum kenal huruf pun, tapi benda ni CA dah kenal..(nampak sangat minat hiburan..hehe) 

Jumaat, Disember 21, 2012

HAK BERMAIN HAK KAMI

6 comments
Assalamualaikum..

gembira
Lama tul tak mengupdate blog ni. Tiba2 rasa tak cukup masa lak. Dengan line internet yang slow dan cuaca yang sentiasa hujan dan lembab, menyebabkan CA jadi lembab gak..hehe. Tambah lagi time cuti sekolah ni. Dengan serangan yang bertalu2 dari abang2 dan adik2 yang balik kampung, rasa tak cukup kakitangan lak..

Isnin, Disember 10, 2012

MUSUH YANG KITA CINTAI

8 comments
Assalamualaikum.. 

"Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan."(Surah Yusuf: 53)

Ya, nafsu..musuh yang paling berbahaya, juga yang paling dicintai. Ia bukan sahaja berada dalam diri kita bahkan ia adalah "DIRI" kita sendiri. Ia dicintai oleh kita walaupun ia sebenarnya sentiasa ingin merosakkan kita. Hiburan yang melalaikan, makanan yang berlebihan, bercakap yang merugikan dan tidur yang berpanjangan adalah perkara yang dibawa oleh nafsu yang sangat  kita dicintai.

Sabtu, Disember 08, 2012

SI PEMBURU SYAHID

9 comments
Assalamualaikum..

palestine
Semalam CA membaca berita tentang Palestine. Berita tentang pejuang Palestine yang bergelar Komando Qassam. Barisan pejuang itu kini menjadi pasukan paling digeruni oleh Israel kerana tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama. CA percaya ramai yang telah membaca dan mengetahui tentang kisah ini.

TERLANJUR ATAU BERZINA

6 comments
Assalamualaikum..

anak luar nikah
Hari ini CA baca paper dan beritanya tak habis2 tentang cerita remaja kita yang terlanjur. CA sebenarnya dah naik muak dengan perkataan terlanjur ni.."Terlanjur melakukan hubungan seks"

TERBONGKARNYA AGENDA KRISTIAN DI MALAYSIA

1 comments
Assalamualaikum..
ustaz amin

Seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam progam keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya'. Beliau adalah Ustaz Muhammad Al-Amin juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com/.


CA: Mereka itu tidak akan berhenti selagi kita tidak mengikut mereka..semoga Allah sentiasa melindungi iman kita..

Rabu, Disember 05, 2012

LEBIH TERUK DARI AYAM

12 comments
Assalamulaikum..
hen

Ni CA nak cerita tentang pengetua sekolah lama CA dulu (kes teringat kat dia lah ni..hahaha). Orangnya pendiam tetapi sangat tegas. 

Salah satu pantang besar pengetua sekolah CA dulu ialah apabila guru menyerah kalah dan melabel pelajar bodoh. Beliau sentiasa menekankan pelajar mesti dididik dan diasuh sehinggalah ke saat akhir.

hen

Selasa, Disember 04, 2012

KEBIJAKSANAAN SAIYIDINA ALI

6 comments
Assalamualaikum..

Suatu hari semasa Saidina Ali memberi syarahan dalam suatu majlis ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.
love knowledge
"Wahai Ali, benarkah Rasulullah s.a.w berkata, saya (Rasulullah) adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?" tanya salah seorang daripada lelaki itu.
"Memang benar." Jawab Saidina Ali.
Lelaki pertama bertanya, "Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?"
"Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta." Jawab Saidina Ali.

ADA SIAPA BERANI?

1 comments
Assalamualaikum..

Siapa berani berkhemah di atas awan seperti ini?
Kalau berani..jomlah.



khemah atas awan
Jom camping sini..
Kita pakat pegi ramai-ramai nak?

Isnin, Disember 03, 2012

NASIB BAIK ATAU NASIB MALANG

4 comments
Assalamualaikum..


kanak-kanak berkuda
Pada suatu masa dahulu ada seorang petani. Dia mempunyai seorang anak lelaki dan seekor kuda. Pada suatu hari, kuda petani itu lari dan semua jirannya datang untuk bersimpati. Mereka berkata, "Alangkah malangnya nasib, kuda awak lari". Orang tua itu menjawab, "Siapa tahu nasib baik atau nasib malang."
"Tentu sekali nasib malang!" kata jiran-jirannya.

Ahad, Disember 02, 2012

RUMAH INI AKAN TENGGELAM

8 comments

Assalamualaikum..

ilusi mata

Rumah ini sedang tenggelam? 
Adakah ini benar-benar berlaku?

Nampak mustahil tetapi inilah yang sedang berlaku..

Sabtu, Disember 01, 2012

SEKOLAH INI ADA HANTU?

12 comments
Assalamualaikum..

cute ghost
Semalam CA borak dengan kawan di telefon. Dia warden asrama dan kena jaga budak2 SPM yang tinggal di asrama. Banyak cerita yang kami kongsikan dan salah satunya ialah cerita hantu..hihihih.. CA memang suka dengar bab2 hantu ni tetapi, selagi hantu tu tak ada depan CA lah. Teringatlah CA kat sekolah yang dah sebulan  ditinggalkan.

Jumaat, November 30, 2012

RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT?

4 comments
Assalamualaikum..

"Sesungguhnya, untuk kamu, pada diri Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang baik..." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

khat muhammad s.a.w
Rasulullah s.a.w ditakdirkan berusia 63 tahun tetapi keistimewaan baginda yang mungkin jarang dibahaskan ialah keadaan fizikal baginda yang sangat baik. Daripada penulisan biografi kehidupannya, disebutkan betapa sepanjang hidupnya, Rasulullah hanya pernah jatuh sakit sebanyak dua kali sahaja. 

IKUT PRINSIP KATAK

2 comments
Assalamualaikum..
katak dalam baldi
Pernah dengar cerita pasal katak tak? Sebenarnya ada banyak cerita katak yang kita dengar terutama semasa kita kecil dahulu. Tetapi hari  ini aku ada cerita katak yang terbaru (cerita lama sebenarnya cuma baru nak cerita jer..hehe). Cerita tentang seekor katak dengan sebaldi air. 

Rabu, November 28, 2012

BOLEH KE BOIKOT YAHUDI?

1 comments
Assalamualaikum..

bendera palestine
"Jahanam tul Israel..bila la dorang semua ni nak kena bala"
"Apa boikot..boikot. Bukan dorang yang susah.. kite ni yang susah nak cari makan nanti"
"Israel ni nak hancurkan Palestin. Rakyat Palestin kena kuat"
"Berpekik camtu tu pun bukan dorang dengar pun. Buat abis air liur jer"
"Ala.. kalu kita tak makan bende tu pun, kalu Israel nak serang, dorang serang gak nanti"

TIPS MENJAGA HATI

6 comments
Assalamualaikum..

" Carilah hatimu sewaktu membaca al Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui, cari hatimu ketika duduk bertafakur "(Iman al-Ghazali)

Di mana tahap hati kita semua?
tingkat dosa

Rabu, November 14, 2012

MESTI DRIVER PEREMPUAN JER KE!?!

22 comments
Assalamualaikum..


kemalangan kereta

Pernah tak bila kita tengah dok elok memandu tiba2 ada kereta kat depan yang slow giler dan nak potong pun susah sebab dia duk tengah2? Apa persepsi kita masa tu? Rasanya mesti ramai yang akan kata "ni mesti driver perempuan ni". Bila kita memotong kereta tu, kita akan tengok siapa drivernya dan tak semestinya persepsi kita tadi betul.

Isnin, November 12, 2012

SALAH PAKAIAN ADIK TU..

27 comments
Assalamualaikum..
Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim]..
"Dik, nasi ayam 2 dik. Bungkus." beritahu CA kepada adik yang tengah sibuk mengangkat pinggan2 kotor yang diguna oleh pelanggan sebelum ini.
"Ok. Tapi lambat sikit ye kak. Pelanggan ramai." balas adik tersebut.
"Tak per. Akak boleh tunggu." beritahu CA kemudian.

SAHABAT YANG PERGI

1 comments
sahabat baik berpelukkan
Assalamualaikum..

Satu ketika..
Kita berdua bersama
Berhari bertahun lama
Menempuh cerita luka
Mengharung gelak ketawa
Berkongsi setiap empunya
Sepanjang jalan bersama
Ibarat satu jiwa


Khamis, November 08, 2012

SAMAN SAYA, ENCIK

12 comments
Assalamualaikum..

saman polis
Alhamdulillah..baru balik dari bayar saman kat ibu pejabat polis. Tahun ni CA kena 2 saman. Nasib baik ada diskaun 50% , kalau tidak rabak juga poket. Memang tiap-tiap tahun CA akan dapat saman dan tahun ni kira baik lah tu..hehe..(tapi tahun lepas CA bebas saman). Nak kata CA bawak kereta laju, tidak lah jugak. Ada yang lagi laju dari CA. Nak kata slow, tak lah sangat, ada yang lagi slow dari CA. Ada yang slow tahap gaban sampai CA rasa nak turun dari kereta dan tolak kereta dia tu ke tepi..

Sabtu, November 03, 2012

100 SENARAI KESYUKURAN

2 comments
Assalamualaikum..

Tiada siapa yang malang dan rugi di dunia ini kerana rahmat tuhan sebenarnya memberi kita kekayaan pada setiap masa - Robert Quillen

Kehidupan ini sangat mencabar dan menduga. Ia umpama roda yang sering berputar-putar. Kadang-kala kita akan berada di atas dan selalunya kita berada di bawah. Semua orang akan mengalami pusingan tersebut termasuk CA. CA pernah mengalami kesukaran dalam hidup yang menyebabkan CA hampir berputus asa dan menyerah kalah.

Jumaat, November 02, 2012

TUNTUN KU KEPADA-MU

2 comments
Assalamualaikum..

Ku sedari Engkau sanggup
Mengambil kembali kurnia-Mu
Dan ku cuba selalu mengingat
Takkan sia-siakan segalanya
Kerana suatu hari
Semua akan tiada lagi
Dan di akhir hayat ku mohon
Kau redha padaku

KESATRIA ISLAM YANG GAGAH BERANI

2 comments
Assalamualaikum..

Hari ini CA nak kongsi satu buku menarik yang CA beli semasa melawat Indonesia dulu. Buku ini berbahasa Indonesia tapi dapat difahami dengan mudah oleh kita. Buku yang bertajuk '10 Pendekar Rasulullah : Kesatria Islam yang Gagah Berani' ini ditulis oleh Asyraf Muhammad al-Wahsy. 
asyraf muhammad al-wahsy


SERENDAH SEKEBUN BUNGA

0 comments
Assalamualaikum..

Lama betul CA tak mengupdatedkan blog CA ni. Kesibukkan 2, 3 menjak ni memang mencuri masa. Malam ni CA cuba juga datang menjengok. Mata dah ngantuk dah ni tapi rasa cam nak mencurah perasaan jer..hehe..Tapi idea lak tak der. PMR dah lepas, demam bola dah lepas, raya pun dah lepas. Nak cite pasal ape yer..?

Sabtu, Oktober 06, 2012

TIPS CARI KEBAHAGIAN

0 comments

Assalamualaikum..

ilmu allah



10 TIPS 
MERAIH 
KEBAHAGIAN
v     Bangun menjelang fajar menyinsing untuk beristighfar

v     Menyendiri untuk bertafakur

v     Menjalin hubungan dengan orang yang soleh

Jumaat, Oktober 05, 2012

IBNU QAYYUM

4 comments
Assalamualaikum..

Nasihat Ibnu Qayyum..

kasih sayang allah
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai..
Kecuali menerima kehendak Allah s.w.t

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang..
Kecuali berjinak dengan Allah s.w.t

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang..
Kecuali seronok mengenali Allah s.w.t

SAYA RASA KENYANG, KAK

2 comments
Assalamualaikum..

"Akak heran la dengan kau ni. Boleh jer kau rileks macam tak der ape2.Kau tak rase ape2 ke?". Tanya seorang kakak semasa kami sedang makan di kantin.
"Rase ape kak?". Tanya CA sambil mulut menyumbat makanan.
"Tak kan kau tak tau cite kt bilik guru tu. Dorang dok bercerita pasal kau". Sambung kakak tu lagi.

Jumaat, September 21, 2012

FORMULA SOLAT SEMPURNA

0 comments
Assalamualaikum..

zaharuddin abd rahman
Hari ni CA nak kongsi buku tulisan Dr Zaharudin Abd Rahman yang bertajuk Formula Solat Sempurna. Buku ini mengajak kita untuk menghayati hadis Nabi s.a.w "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat" (Riwayat Bukhari).

Khamis, September 20, 2012

KEBERKATAN DOA

1 comments
Assalamualaikum..

"Hati2 bawak kete..jangan laju sangat". Kata mama sambil melepaskan pelukkannya.
"Hati2. Tengok takut2 ade bende melintas". Kata abah pula semasa CA memeluknya.

Rabu, September 19, 2012

BETULKAN YANG BIASA

2 comments

Assalamualaikum..

Pernahkah kita melihat peristiwa ini di sepanjang perjalanan menaiki kenderaan.
kereta masuk gaung
Ehsan Pak Cik Goo..
1.  Kemalangan jalanraya.
Apa yang kita lakukan? Adakah kita akan memperlahankan kenderaan, kemudian menjenguk dari tingkap dan merungut kerana jalan dh jemm..

Isnin, September 17, 2012

JOM PECAH OTAK (1)

5 comments
Assalamualaikum..

Jom kita pecah otak ramai-ramai..

harimau
Seorang pengembara sedang memasuki hutan amazon. Pada suatu pagi, apabila dia terjaga dari tidur dia mendapati ada benda di dalam beg tidurnya. Benda itu mempunyai kepala dan  ekor serta bergerak-gerak apabila dipusingkan. Sebentar kemudian pengembara itu kembali tenang dan tidak merasa takut. Kenapa?

Anda semua ada jawapannya tak?


CA: Jawapannya sangat dekat dengan anda.

BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH

2 comments

Assalamualaikum..

perjalanan hidup seorang nabi

Ini buku yang paling CA suka. Buku ini CA beli tahun lepas lagi dan sangat berbaloi untuk membacanya. Ia dapat dibaca dan dihayati oleh semua peringkat usia terutamanya kepada mereka yang ingin mengenali Nabi Muhammad dengan lebih dekat.

DIA YANG MENGUJI KESABARAN

2 comments
Assalamualaikum..

pelajar sekolah menengah

"Cikgu, nak wat ape dengan kertas ni?" tanya seorang pelajar sebaik sahaja CA selesai mengedarkan kertas.
" Awak pegang kertas tu dan kemudian tenung kertas tu sampai tembus." jawab CA selamba.

Ahad, September 16, 2012

KIAMAT SEMAKIN DEKAT

0 comments
Assalamualaikum..itu la ucapan yang CA ucapkan bila berjumpa dengan sesiapa sahaja yang CA kenal. Kadang2 bila CA nak mula bercakap atau bertanya soalan kepada orang yang CA tak kenal, ucapan itu jugalah yang akan CA ucapkan tapi ia liat sikit nak keluar dari mulut CA. Ucapan ini hanya dikeluarkan bila CA teringat sahaja.

DAH DICHOP KAT DAHI KE?

2 comments
Assalamualaikum..


cikgu sekolah
"Cikgu nak beli ape cikgu" tanya seorang pekedai bila CA singgah di kedainya.
"Aik..aku baru 1st time datang sini. Camne dia boleh tau aku ni cikgu lak" cetus CA dalam hati.

PERJALANAN KE DABONG

3 comments
keretapi dabong
Assalamualaikum..

Setelah 6 tahun di Johor, akhirnye CA dapat bertukar balik ke Kelantan. Mase dapat tukar tu, macam2 persepsi orang lain kepada CA.
"Camne dia boleh dapat tukar tu? Dia bukan ikut suami pn."
"Susah nak masuk Kelantan tu. Mesti pakai kabel."
"Baru 6 tahun dh dapat, akak yang dh 8 tahun ni pn xdpt. Mmg rezeki kau la"

BERMULA SEORANG GURU

2 comments
Assalamualaikum..

Pejam celik-pejam celik..dh 9 tahun CA jadi cikgu. Bagi ssetengah orang 9 tahun dah lame tapi bagi sesetengah yang lain pula 9 tahun  tu baru jer...baru nak tumbuh kate dorang. Nampaknye..lame atau baru kite dalam satu2 bidang dinilai dari pengalaman orang lain.