Sabtu, Jun 01, 2013
YUSUF QARDHAWI:"HIZBULLAH IALAH HIZBU SYAITAN"
Assalamualaikum..
SYEIKH
QARDHAWI TELAH SECARA RASMI MENGGELARKAN HIZBULLAH DENGAN "HIZBU SYAITAN" DAN
KETUA MEREKA, HASAN NASRALLAH SEBAGAI "NASRA SYAITAN"
Presiden
Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Prof. Dr.Yusuf Qardhawi mengulangi seruan jihad
bagi menentang rejim toghut Basyar Al-Assad dan militia Hizbullah yang membunuh
pengikut Sunni.
Dalam
khutbah Jumaat yang disampaikan beliau semalam di Masjid Umar bin Al-Khattab di
Doha, beliau turut menggesa umat Islam dan kerajaan umat Islam untuk membantu
rakyat Syria sambil berkata, jika beliau berkemampuan untuk berperang nescaya
beliau akan turun untuk memerangi Hizbullah di Syria.
Beliau
turut melabelkan secara jelas gerakan Hizbullah (yang bermaksud Kumpulan Allah)
sebagai "Hizbu Syaitan" (iaitu Kumpulan Syaitan).
Syeikh
Qardhawi kemudian mengutuk Hizbullah dan Iran yang melakukan operasi
ketenteraan membunuh umat Islam Sunni. Tidak terkecuali menurut beliau ialah
Perdana Menteri Iraq, Nuri Maliki (seorang Syiah dan sekular) yang turut
membunuh pengikut Sunni di negara tersebut.
Beliau
turut menempelak sesetengah pihak yang mempercayai "niat Syria bagi
membebaskan Palestin" akan tetapi tidak pernah berlaku walaupun puluhan
tahun lamanya.
"Syria tidak pernah melepaskan walau sebutir peluru ke atas Israel, sedang mereka
mendakwa bahawa melakukan penentangan ke atas Zionis. Lantas mereka
mentertawakan Arab dan orang Islam (akibat berita palsu ini)", ujar
beliau.
Dr.Qardhawi
turut mendedahkan bagaimana Basyar Asad meminta beliau untuk menyokongnya dan
memperli Basyar.
"Apa itu Basyar dan apa itu Assad? Tidaklah dia melainkan seorang lelaki yang jahat,
memusuhi rakyatnya sendiri semenjak hari pertama revolusi. Dia pernah meminta
saya untuk menyokong pendirian rejimnya. Dia menyatakannya melalui Ketua Biro
Politik HAMAS saudara Khalid Mash'al akan tetapi Mash'al menolak, maka
tersungkur Mash'al di pandangan Asad yang zalim ini."
Beliau
juga melabelkan Iran, Hizbullah dan Russia sebagai "musuh umat Islam"
selain Parti Lubnan yang turut mengumumkan penyertaan mereka dalam peperangan
di Syria.
Beliau
menutup khutbah dengan berkata, "Saya menyeru seluruh umat Islam di semua
tempat untuk membantu saudara mereka. Tidak masuk akal jika kita membiarkan
mereka sedang ribuan sedang berusaha untuk membunuh mereka. Jika saya mempunyai
kemampuan nescaya saya akan pergi memerangi bagi mempertahankan mereka (orang
awam Syria). Sesiapa yang mempunyai kepakaran dan kebolehan dalam berperang
maka hendaklah menggunakannya untuk berperang di sana."
Post a new comment

Connected as (Logout)
Not displayed publicly.
Posting anonymously.
Dengan meninggalkan komen anda di sini, anda telah mendapat backlink percuma. Terima kasih kerana sudi memberi komen dan kritikan..
Comments by IntenseDebate
YUSUF QARDHAWI:"HIZBULLAH IALAH HIZBU SYAITAN"
2013-06-01T20:21:00+08:00
Unknown
informasi
|
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)