Jumaat, September 21, 2012

FORMULA SOLAT SEMPURNA

Assalamualaikum..

zaharuddin abd rahman
Hari ni CA nak kongsi buku tulisan Dr Zaharudin Abd Rahman yang bertajuk Formula Solat Sempurna. Buku ini mengajak kita untuk menghayati hadis Nabi s.a.w "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat" (Riwayat Bukhari).

Bagi CA buku ini sesuai untuk bacaan orang dewasa bagi menyemak tatacara solat yang dilakukan setiap hari. Ia juga boleh membawa kita ke arah menghayati solat dengan memuhasabah kefahaman bacaan dan setiap pergerakan yang kita lakukan di dalam solat.

Buku yang mengandungi ilustrasi ini sesuai untuk dimiliki setiap keluarga. Semoga kita semua dapat memperbaiki solat kita setiap masa dan bukan bergantung kepada ilmu yang kita perolehi semasa zaman sekolah rendah dahulu.

"Aku diberi lima perkara yang tidak diberi kepada mana-mana Nabi sebelumku..(salah satu antara lima itu).. dan dijadikan bumi dan seluruh tanahnya masjid dan suci. Maka di mana sahaja aku berada, aku akan menunaikan solat padanya." (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

CA: Buku ini sentiasa dijadikan rujukan bila ada kemusykilan tentang solat.