Jumaat, Mei 24, 2013
SAHABAT NABI MUHAMMAD MASIH HIDUP?
Assalamualaikum..
Percayakah
anda dengan tajuk entri CA pada kali ini? Ini memang kisah benar dan CA tidak
berbohong mengenainya. Memang masih terdapat 'seorang' sahabat Nabi Muhammmad
SAW yang masih hidup dan beliau sekarang menetap di Jordan. Sahabat ini sangat
mencintai Nabi Muhammad SAW dan beliau
dapat bertahan sehingga ke hari ini kerana keberkatan dari Muhammad Yang Agung
itu. Beliau telah digelar sebagai 'The Only Living Sahabi'.
Ya..inilah
sahabat nabi yang masih hidup itu..
Setelah
beribu tahun, pohon ini masih hidup dan terus subur. Pohon ini terletak di
tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi,
ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria.
Sebagaimana
kita tahu, Rasulullah S.A.W semasa berumur 12 tahun telah tiba di Bosra bersama bapa
saudaranya, Abi Talib. Semasa dalam perjalanan, setiap awan di langit akan
berperanan untuk melindungi nabi dari kepanasan dan tiba di Bosra, nabi telah berhenti
berteduh di bawah sebatang pohon. Pohon inilah yang kemudiannya mengambil tugas untuk
melindungi nabi. Semasa
baginda berteduh di bawahnya, dahan2 dan ranting2 pohon ini bergerak menaungi
baginda daripada cahaya matahari.
Kejadian
ini telah diperhatikan oleh seorang ahli ibadat yang bernama Buhaira dan beliau
menjadi bukti di atas kerasulan Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman. Ini
semua telah diberitahu oleh Allah SWT di dalam kitab Injil.
Kali
kedua Rasulullah SAW ke Bosra ialah semasa baginda membawa barang dagangan
Saiyidatina Khadijah ke Syria. Baginda kemudian berhenti berteduh di bawah pohon
ini sebelum sampai ke sana.
Apa
yg menarik, jarak dari tanah Tabuk ke Bosra ialah lebih dari 500km, tetapi kita
tidak akan berjumpa dengan sebatang pohon lain kecuali pohon ini. Dan yang paling menakjubkan, pohon ini masih boleh hidup
walaupun selepas 1,400 tahun.
Lihatlah, sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah2 padang pasir yang
kering dan kontang. Tiada tumbuhan lain yang dapat hidup sepertinya. ALLAH telah menghidupkannya dengan
kehendak-NYA jua..
Anda boleh mendapatkan lebih maklumat dengan menonton video ini..
Comments (6)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Post a new comment

Connected as (Logout)
Not displayed publicly.
Posting anonymously.
Dengan meninggalkan komen anda di sini, anda telah mendapat backlink percuma. Terima kasih kerana sudi memberi komen dan kritikan..
Comments by IntenseDebate
SAHABAT NABI MUHAMMAD MASIH HIDUP?
2013-05-24T14:20:00+08:00
Unknown
informasi
|
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Lana · 618 weeks ago
KuasaNYA kan cikgu.. kdg2 terlintas juga.. kawasan pdang pasir, sudahla panas, struktur tanahnya pun jenis berpasir.. macamna pohon2 bleh hidup bertahan..
Dari situ kita boleh belajar, stiap ciptaanNya ada keistimewaan.
chekgu anitt 55p · 618 weeks ago
Allah berkuasa atas sesuatu itu..
atas hikmah yg tertentu, dibiarkan pohon itu tumbuh subur..
pengajaraan untuk kita yg akhir zaman ni..
munirah · 618 weeks ago
chekgu anitt 55p · 618 weeks ago
Hanya Dia yg berkuasa munirah..
ELFarahin · 618 weeks ago
chekgu anitt 55p · 618 weeks ago
di tgh pdg pasir yg tandus, Allah tumbuhkn pohon yg menghijau..
Subhanallah..