Isnin, Februari 04, 2013

APA YANG GIGIT NI?

9 comments

Assalamualaikum..

Semalam CA tidur lewat. Lepas tengok tv dalam kul 12.30 malam, baru CA tidur. Sebelum tidur, sempat lagi CA beronline, godek2 blog walaupun mata dah tak leh nak bukak. Dan CA pun tertidurlah tanpa sempat menutup lampu bilik.

CA bangun awal. Jadi kul 5 pagi tu mata automatik jer akan terbukak. Bukak2 mata, CA tengok lengan CA ada kesan darah yang hampir beku. Terkejut beruk CA. Dalam kepala dah  fikir yang bukan2. Kena gigit dengan binatang berbisa ker? Kena gigit dengan ular ke? Tapi CA tak rasa sakit pun. Takder lak CA mimpi kena patuk ular malam td (ehem2..ni mimpi nak kawin ni..hehe). Kalu mimpi kena patuk pun, tak kan leh berdarah lak.

Sabtu, Februari 02, 2013

FARMASI ALLAH

0 comments
Assalamualaikum..

"Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana "... Al-Quran

Grapes
Setangkai anggur kelihatan seperti sebentuk hati  dan setiap biji anggur pula kelihatan seperti sel darah. Hari ini, semua kajian menunjukkan bahawa anggur sangat bagus untuk hati dan menjadi makanan utama untuk membekalkan darah.

Hirisan carrot kelihatan seperti mata manusia. Pupil, iris dan garisan halus pada mata dapat dilihat pada hirisan carrot. Sains kemudian membuktikan bahawa carrot dapat meningkatkan aliran darah ke dalam mata dan meningkatkan fungsi mata manusia.

Tomato mempunyai empat bahagian apabila dibelah dan berwarna merah. Jantung juga berwarna merah dan mempunyai empat bahagian. Penyelidikan sains kemudian membuktikan bahawa tomato sangat baik untuk membekalkan darah kepada jantung.

Jumaat, Februari 01, 2013

DOSA KITA HARI INI

0 comments

Assalamualaikum..
" Penyesalan ialah taubat. Orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti mereka yang tiada dosa". (Riwayat al-Tabarani)
Taubat
Oleh itu, kenapa dosa yang kita lakukan sama ada terhadap Allah mahupun manusia selalu sahaja dibiarkan tanpa rasa berdosa dan hendak bertaubat? 

Jom kita rebut peluang untuk sentiasa bertaubat..

DOSA DENGAN ALLAH
  1. Menyekutukan Allah s.w.t  dengan mana-mana makhluk (syirik). Mereka berharap dengan manusia dan wang. Mereka lupa kepada Allah yang memberi rezeki.
  2. Meninggalkan solat fardu. Terdapat remaja malah orang dewasa yang tidak mengenal sejadah, apatah lagi masjid. Kalau sudah bekerja dan mendapat pendapatan sendiri, solat ditinggalkan sedikit demi sedikit sehingga akhirnya terlupa semua bacaannya.

CENDAWAN AJAIB DUNIA

0 comments

Assalamualaikum..
Cendawan yang cantik dan menarik tapi ia juga sangat merbahaya dan boleh membawa maut.
fly amanita
Fly Amanita (Amanita Muscana) 
gyromitra esculenta
The Brainroom (Gyromitra Esculenta)
hydnellum pecki
The Bleeding Tooth (Hydnellum Pecki)
chorioactis geaster
The Devil's Cigar (Chorioactis Geaster)
calvatia gigantea
The Giant Puffball (Calvatia Gigantea)
entoloma hochtetteri
Sky Blue Mushroom (Entoloma Hochstetteri)
trametes versicolor
Turkey Tail (Trametes Versicolor)

Cantik untuk dilihat tetapi sesetengahnya sangat merbahaya untuk dipegang, apatah lagi untuk dimakan. Begitu juga dengan wanita, memang cantik apabila dilihat, tetapi sangat merbahaya apabila dirapati dan disentuh tanpa akad..hehe. 

Inilah antara keajaiban ciptaan Allah s.w.t

TIMBANG BLOG ANDA

0 comments

Assalamualaikum..
blog
Jom kita timbang berat blog kita.. 
(sebenarnya CA yang tak der keje ni..hehe)


Yang perlu diperhatikan adalah "Size", kerana "Load Time" dan "Average Speed per KB" 
hasilnya akan selalu berubah-ubah. Jika hasil test menunjukkan blog anda melebihi saiz 
daripada 100 KB, mungkin blog anda akan mengambil masa untuk loading.

Sekiranya internet slow, lebih menjadi bebanan pada anda dan pengunjung blog. 
Sebaiknya usahakanlah untuk mengurangi bebanan dengan membuang 
perkara-perkara yang tidak perlu, yang mana boleh mengundang keberatan di blog. 
Contohnya ialah  membuang bloglist yang tidak perlu atau widget2 yg tak penting...

CA: jangan lupa timbang berat badan lak nanti. Takut2 kita yg overweight lak..hehe

APA YANG KAMU LAKUKAN ITU, IQBAL?

0 comments

Assalamualaikum..
Dr. Muhammad Iqbal
Suatu ketika, cendekiawan dan ulama terkenal, Dr. Muhammad Iqbal (1877-1938) pernah menceritakan suatu peristiwa yang amat terkesan di hatinya. Cerita cendikiawan yang berasal dari Pakistan itu berkisar tentang dirinya, ayahnya dan al-Quran. Kata Iqbal...

"Saya biasa membaca al-Quran selepas solat Subuh dan ayah selalu mengawasi saya. Bukan saja mengawasi, malah ayah juga bertanya, "Apa yang kamu lakukan itu, Iqbal?, padahal sudah jelas ayah tahu saya sedang mengaji. Saya menjawab, "Saya sedang membaca al-Quran, ayah".