Jumaat, April 05, 2013

KUMPUL PAHALA SELEPAS MATI


Assalamualaikum..

knowledge
Jom kita kumpul pahala di dunia ini walaupun sebenarnya kita sudah tiada.. 

1) Mendermakan kipas di surau atau masjid walaupun satu. Setiap kali ada orang guna, anda mendapat pahala walaupun selepas mati.

2) Mendermakan kerusi roda di hospital. Setiap kali pesakit guna, anda akan dapat pahala.

3) Memberi baju kepada orang. Setiap kali orang pakai, anda akan mendapat pahala.

4) Memberi makanan kepada orang yang memerlukan. Anda akan dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.

5) Menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Selagi mereka mengamalkannya, pahala anda tetap ada.

6) Membiasakan diri dengan 7 kalimat ini;
 Bismillahirrahmannirrahim setiap kali hendak melakukan sesuatu.
Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu.
Astaghafirullahaladzim jika mahu atau telah melakukan sesuatu yang buruk.
 InsyaAllah jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan datang.
Laa hawla walaaquwwata illaah billaah bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat hal yang buruk.
Innalillahi wainna ilaihi rojiun jika melihat atau menghadapi musibah. 
Lailaha illallah dibaca sebanyak-banyaknya siang dan malam.

7) Berkongsi pesanan ini kepada orang ramai. Walaupun hanya seorang, anda akan dapat pahala kerana anda telah berdakwah menyampaikan ilmu.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang menyampaikan satu ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan telah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala"

Semoga bermanfaat..