Isnin, April 01, 2013
TERIMA KASIH IBU..
Ibu, kau permata hatiku
Kaulah yang selalu menemani diriku,
Tatkala gembira dan sedih mahupun suka duka,
Kaulah pengubat jiwa yang lara ini,
Ku selalu mendoakanmu ibu agar diberi rahmat
Tuhan yang Esa.
Bagaikan bulan dan bintang menerangi malam
yang indah,
Kau selalu memberi ketenangan dalam diriku,
Marah engkau membuatkan aku sedar akan salah
silapku,
Agar aku tidak ulangi buat kedua kalinya.
Di rumah kau memasak, membasuh, mengemas juga
mencantikkan suasana,
Terima kasih ibu aku ucapkan,
Lalai dan lupaku kau selalu ingatkan,
Umpama guru mencurahkan ilmunya yang sentiasa
mekar di hati ini,
Nasihatmu akan ku abadikan tak akan kulupa.
Berwawasan semangat yang kugambarkan dalam
dirimu,
Membuatkan aku bangga miliki ibu sepertimu,
Bekerja dan mengajar anak bangsa didikanmu
juga kau berikan padaku,
Aku bersyukur miliki ibu sepertimu,
Mengajar erti dewasa manusia dalam segala
kekurangan.
Tidak mampu kubalas jasamu ibu,
Hanya Allah yang mampu membalas
keringatmu masa lalu, kini dan akan
datang,
Kusimpulkan kata buatmu ibu "Aku sayang
ibu",
"Terima Kasih Ibu".
Harapan diriku ingin gembirakan dirimu,
Berjaya dalam apa yang kumahukan dengan doa
tulus darimu,
Ibu, kaulah jantung hatiku,
Merasa dunia milik Tuhan ini dengan pelbagai
dugaan dan cabaran,
Kau ingatkan, ingatkan dan teruskan ingatkan,
Jasamu ibu akan kusemat dalam lubuk hatiku
yang dalam,
Agar aku menjadi insan yang tabah sepertimu,
"Terima Kasih Ibu."
Artikel dari iluvislam.com
Comment (1)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Post a new comment

Connected as (Logout)
Not displayed publicly.
Posting anonymously.
Dengan meninggalkan komen anda di sini, anda telah mendapat backlink percuma. Terima kasih kerana sudi memberi komen dan kritikan..
Comments by IntenseDebate
TERIMA KASIH IBU..
2013-04-01T07:31:00+08:00
Unknown
santai
|
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
BUNDA · 626 weeks ago