Assalamualaikum..
Anda
mahu bersarapan di mana pagi ini? Jom ikut CA ke
satu tempat makan popular di Kelantan. Warung ini memang popular di Kota Bharu
kerana menyediakan menu2 sarapan yang istimewa seperti nasi berlauk ayam
goreng, roti bakar dan telur masak separuh. Apa yang lebih istimewa lagi ialah di
sini terdapatnya air milo yang dipanggil dengan nama Milo Tunggeng.
Mendengarkan
nama warung ini, semestinya ia mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikannya popular di kalangan penduduk setempat dan orang lama di Kelantan. Pokloh Milo
Tunggeng ini adalah warung kopi lama yang menuangkan milo dengan cara tersendiri
iaitu tanpa menggunakan sudu dengan menunggeng tin milo tanpa membuka penutup.
Orang
Kelantan ada juga menggelarkan ia Milo Ketuk iaitu mengetuk tin milo supaya
milo keluar ke dalam cawan. Kuantiti milo yang dibancuh adalah 2-3 kali ganda
lebih banyak dari kedai lain. Suasana warung ini masih mengekalkan ciri-ciri
warung desa.
Jika ingin merasai suasana klasik sarapan di Kelantan, berkunjunglah ke Warung Pokloh Milo Tunggeng di belakang KTC/Hospital Pakar Perdana (Jalan Gereja).
Jika ingin merasai suasana klasik sarapan di Kelantan, berkunjunglah ke Warung Pokloh Milo Tunggeng di belakang KTC/Hospital Pakar Perdana (Jalan Gereja).
Jom kita minum Milo Tunggeng..