Mesir
dicemburui oleh musuh-musuhnya bukan kerana Ahram atau Sungai Nil, tidak juga
kerana kehebatan binaan Piramid atau keindahan Puncak Tursina. Mesir dicemburui
kerana al-Azhar. Di sinilah terasasnya tamadun ilmu yang terkenal ke seluruh
dunia. Lahirnya di situ bukan seorang dua ulama bahkan ribuan kalaupun bukan
jutaan murabbi ummah yang bertebaran ke seluruh dunia. Bangunnya al-Azhar
kerana sumber wakaf tanpa bantuan dari dana kerajaan dan ia cukup
menggelisahkan musuh-musuh Islam. Justeru, kehebatan ini wajib dihancurkan.
Hari
ini, Mesir berdepan dengan satu lagi krisis ciptaan golongan sekular yang
enggan mengaku kalah di gelanggang demokrasi. Demokrasi ialah ciptaan Barat, ia
bukan ciptaan Islam, tetapi nilai-nilai demokrasi diterima dan diiktiraf
sebahagiannya oleh Islam. Sayangnya, apabila tiba saat rakyat membuat pilihan
menolak pemimpin yang pro-Barat, pada masa itulah demokrasi dinafikan dan
sekular akan mengeluarkan pedangnya yang sebenar untuk memancung demokrasi.
Di
Mesir, Morsi menang melalui pilihanraya yang bersih dan ditabalkan
menjadi Presiden sekalipun disambut sinis oleh Israel yang bimbang pengaruhnya
terhakis. Namun, kerana sekular menjarah begitu lama di bumi ambiya’ ini, bukan
satu kerja yang senang untuk membebaskan Mesir dan belenggu sekular. Inilah
masalah sebenar Morsi, iaitu membebaskan Mesir dari perhambaan sekular yang
sudah berdekad-dekad memenjara rakyat Mesir.
Ini
bukan sejarah baru di Mesir, bahkan ia telah berlaku ribuan tahun yang lampau
pada saat Nabi Musa alaihissalam mahu
membebaskan Bani Israel dari kezaliman Firaun. Mereka dibantu oleh mukjizat
yang tidak kecil daripada Allah SWT. Baca sahaja di dalam al-Quran, kita akan
dapati peristiwa laut terbelah, tongkat yang menjadi ular, batu mengeluarkan
air, turunnya makanan dan minuman dari langit dan banyak lagi peristiwa besar
yang berlaku sepanjang dakwah Nabi Musa
alaihissalam. Namun, al-Quran merakamkan perangai Bani Israel yang seringkali
enggan untuk berubah. Degil dan keras kepala ialah lambang Bani Israel yang
digambarkan di dalam al-Quran.
Warisan
sikap Bani Israel wujud di Mesir sekarang. Sekalipun sebahagian besar rakyat
Mesir kelihatan menyokong Morsi, namun anak cucu Bani Israel yang mewarisi
perangai datuk nenek mereka tetap melakukan kekacauan di bumi Ambiya. Inilah
natijahnya apabila sekular dijadikan kiblat, bila demokrasi yang bersih
menghadiahkan trofi kemenangan kepada musuh politik mereka, mereka tidak akan
berdiam diri. Ini juga yang berlaku di Turki dan Gaza.
Untuk
Mesir ini, kita sama-sama menadah tangan supaya pemimpin yang bersendikan Islam
sebagai akidah perjuangan diberikan kekuatan oleh Allah SWT. Gunakanlah peluang
di bulan Ramadhan untuk merayu dan merintih kepada Allah SWT. Dialah Pemilik
kepada segala kerajaan.