Assalamualaikum..
" Penyesalan ialah taubat. Orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti mereka yang tiada dosa". (Riwayat al-Tabarani)
Oleh itu, kenapa dosa yang kita lakukan sama ada terhadap Allah mahupun manusia selalu sahaja dibiarkan tanpa rasa berdosa dan hendak bertaubat?
Jom kita rebut peluang untuk sentiasa bertaubat..
DOSA DENGAN ALLAH
- Menyekutukan Allah s.w.t
dengan mana-mana makhluk (syirik).
Mereka berharap dengan manusia dan wang. Mereka lupa kepada Allah yang memberi
rezeki.
- Meninggalkan solat fardu. Terdapat remaja malah orang dewasa
yang tidak mengenal sejadah, apatah lagi masjid. Kalau sudah bekerja dan
mendapat pendapatan sendiri, solat ditinggalkan sedikit demi sedikit sehingga
akhirnya terlupa semua bacaannya.
- Tidak membayar zakat. Ahli perniagaan yang mengaut
keuntungan yang berganda-ganda tidak pernah terfikir untuk mengeluarkan zakat
mahupun menderma kepada orang miskin. Bagi mereka, cukuplah zakat fitrah yang
dikeluarkan setiap tahun sebelum Syawal.
- Zina. Ia bukan sahaja berlaku dalam
kalangan remaja malah orang tua juga. Perbuatan ini sudah pastinya daripada
cabang dosa besar.
- Homoseksual yang berlaku dalam masyarakat kita
tanpa kawalan. Mereka tahu perbuatan ini songsang dan salah tetapi tetap
melakukannya.
DOSA DENGAN MANUSIA
- Menggunakan sihir
untuk menjatuhkan orang lain. Kini masih terdapat umat Islam yang mengamalkan
sihir terutama peniaga atau pasangan suami isteri.
- Menderhakai ibu bapa. Sejak remaja lagi sudah tahu melawan
ibu bapa, apatah lagi apabila hendak berkahwin terlupa mengambil pandangan ibu
bapa. Hakikatnya mereka menderhaka ibu bapa tanpa sedar.
- Memutuskan silaturahim. Antara adik-beradik sudah ada yang
tidak bertegur sapa hanya mungkin kerana sedikit salah faham.
- Tidak menunaikan hak suami, isteri dan anak. Suami atau
ayah menyalahgunakan harta yang ada untuk perkara yang haram. Begitu juga
kepada isteri dan ibu yang tidak menunaikan tanggungjawab untuk keluarganya.
- Mengabaikan jiran. Membiarkan jiran kelaparan
sedangkan dirinya kekenyangan. Inilah perkara lazim dalam kehidupan masyarakat
kta.
Artikel ini adalah tulisan Ustaz Ahmad Baei bin Jaafar, Penolong Pendaftar Nikah, Selangor.
ayieabas 63p · 635 weeks ago
rajin nyer cikgu anitt publish entry...hehe :)
ada lagi dosa2 selain kat atas tu kan?
chekgu anitt 55p · 635 weeks ago
klu dh msk keje, bz mmanjang
nk bw pn xsmpt sgt
sbnrnya byk lagi dosa2 kite ni
yg kt atas tu yg slalu sgt kite wat.. ;)
Gangster Pinky · 634 weeks ago
chekgu anitt 55p · 619 weeks ago
blh la kita kongsi2 info..
kn baguz tu..