![]() |
Bapa Muhammad Iqbal |
Jumaat, Februari 01, 2013
APA YANG KAMU LAKUKAN ITU, IQBAL?
Assalamualaikum..
Suatu
ketika, cendekiawan dan ulama terkenal, Dr. Muhammad Iqbal (1877-1938) pernah
menceritakan suatu peristiwa yang amat terkesan di hatinya. Cerita cendikiawan yang
berasal dari Pakistan itu berkisar tentang dirinya, ayahnya dan al-Quran. Kata
Iqbal...
"Saya
biasa membaca al-Quran selepas solat Subuh dan ayah selalu mengawasi saya.
Bukan saja mengawasi, malah ayah juga bertanya, "Apa yang kamu lakukan
itu, Iqbal?, padahal sudah jelas ayah tahu saya sedang mengaji. Saya menjawab,
"Saya sedang membaca al-Quran, ayah".
"Pertanyaan
itu ayah ulangi setiap pagi, setiap subuh, selama 3 tahun penuh. Jawapan yang
saya berikan juga sama, setiap pagi, selepas subuh, selama 3 tahun penuh,
bahawa saya sedang mengaji al-Quran."
"Suatu
hari saya memberanikan diri bertanya kepada ayah, "Mengapa ayah selalu
bertanyakan soalan yang sama, padahal jawapan saya juga sama? Jawab ayah,
"Nak, bacalah al-Quran itu seolah-olah ia diturunkan langsung kepadamu."
"Barulah
saya faham mengapa setiap subuh, ayah akan bertanyakan soalan tesebut. Sejak
itu, saya sentiasa membayangkan seolah-olah al-Quran diturunkan untuk diri
saya."
"Saya
tidak saja membaca, tetapi cuba mengerti. Bukan sahaja mengerti, tetapi juga
memahaminya. Tidak setakat memahami, saya juga mengamalkannya. Bukan sahaja
mengamalkannya, malah cuba untuk menyampaikan kembali isi al-Quran itu seperti
yang saya fahami."
Maka hari ini kita
mengenang Muhammad Iqbal sebagai salah seorang tokoh besar Islam, yang bukan
sahaja memahami dan mengamalkan isi al-Quran, malah berusaha menyampaikannya
seluas dan sebaik yang boleh.
Comments (2)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Post a new comment

Connected as (Logout)
Not displayed publicly.
Posting anonymously.
Dengan meninggalkan komen anda di sini, anda telah mendapat backlink percuma. Terima kasih kerana sudi memberi komen dan kritikan..
Comments by IntenseDebate
APA YANG KAMU LAKUKAN ITU, IQBAL?
2013-02-01T09:49:00+08:00
Unknown
informasi
|
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
ayieabas 63p · 635 weeks ago
ayie pernah baca artikel pasal muhammad iqbal lama dulu di akhbar...
klu x salah ayie ada gunting dan simpan artikel tu dulu...
ada kata2 dia yg menarik...tapi syg dah lama x tau ayie letak kat mana...? hehe
chekgu anitt 55p · 635 weeks ago
ant tokoh2 dunia islam yg hebat
blh djadikan cnth olh generasi arini..