Isnin, Februari 04, 2013

APA YANG GIGIT NI?


Assalamualaikum..

Semalam CA tidur lewat. Lepas tengok tv dalam kul 12.30 malam, baru CA tidur. Sebelum tidur, sempat lagi CA beronline, godek2 blog walaupun mata dah tak leh nak bukak. Dan CA pun tertidurlah tanpa sempat menutup lampu bilik.

CA bangun awal. Jadi kul 5 pagi tu mata automatik jer akan terbukak. Bukak2 mata, CA tengok lengan CA ada kesan darah yang hampir beku. Terkejut beruk CA. Dalam kepala dah  fikir yang bukan2. Kena gigit dengan binatang berbisa ker? Kena gigit dengan ular ke? Tapi CA tak rasa sakit pun. Takder lak CA mimpi kena patuk ular malam td (ehem2..ni mimpi nak kawin ni..hehe). Kalu mimpi kena patuk pun, tak kan leh berdarah lak.

Malas nak fikir, CA terus pergi bilik air dan basuh lengan tapi darah tetap jugak mengalir walaupun tak banyak. Sambil basuh tu, CA terfikirkan seekor binatang (kalau boleh dipanggil binatang). Mesti binatang ini yang gigit CA. Kesan gigitannya memang sama dengan kesan gigitan binatang ni (CA sempat jadi CSI officer jap ni)..

Tiba2..CA jadi takut. Binatang ni kecik jer. Kalau betul dia, mana dia pergi selepas gigit CA? Dan binatang ini akan menjadi sangat besar apabila dia menghisap darah yang banyak. Ahhh..tidak. Cepat2 CA tekap lengan CA yang berdarah dengan tisu dan bergegas masuk bilik untuk memburu binatang ini.

Puas mata CA melilau mencarinya dan ternampaklah dia sedang merangkak perlahan2 di atas tilam. Badannya yang gemuk dan besar panjang membuatkan pergerakannya menjadi lambat (penuh dengan darah CA la tu). Terlihat jer binatang tu, CA mula jadi cam kera kena belacan.. rasa geli yang teramat sangat dan meremang bulu tengkuk. Aahhh.. tidak! Camna CA nak tangkap dia ni. Nak tengok pun dah geli, usahkan nak pegang.

CA tekad nak bunuh binatang ni. Tiba2 CA dapat idea. Idea ni selalu diguna oleh emak CA kalau dia masuk kebun. CA masuk ke dapur dan mengambil secubit garam (sebenarnya hampir segenggam). Garam tu kemudian CA taburkan atas binatang yang sedang merangkak tu.

Apa yang berlaku? Apabila terkena jer garam, binatang itu terus mengerengkot dan mengeluarkan darah (nasib baik CA dah alas dengan paper). Setelah lama bergelumang dengan garam, binatang itu pun matilah. Puas hati CA.. Walau mulut tak berhenti menjerit kerana geli, tetapi akhirnya binatang itu tewas juga di tangan CA.. Amik kau..hisap lagi darah aku..
Inilah binatangnye..
Ya..itulah binatang yang gigit CA semalam. Allah itu Maha Penolong. Selepas dia gigit CA, nasib baik dia tak merayap masuk mana2 bahagian lagi. Kalau tak, tak tahu nak citelah.. Selepas kenyang hisap darah, dia terkedek2 melarikan diri tetapi kalah jugak ditangan CA. Pacat tu mungkin dibawa masuk ke bilik CA oleh kucing peliharaan kami. Kucing CA memang suka keluar malam. Bila nak tido, baru dia balik. Kebetulan malam tu hujan, apalagi pacat pun tumpang balik umah sekali dengan dia.

9 comments :

  1. Ya allah..gelinya. aduss!!
    Saya takut and geli dgn sume binatang kecuali kucing jek..

    BalasPadam
  2. eeeeeee , gelinyaaa !!!! Chekgu x geli ke ???

    BalasPadam
  3. Hai.. done singgah n follow d sini.. sudi2 lea follow mine back yea.. =) tQ.. senyum selalu.. =)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    (follow mana2 pun bole.. nk follow dua2 pun ok.. heee.. tQ dear..

    BalasPadam
  4. Ngeri kalau tiba-tiba bangun nampak darah kat tangan..

    BalasPadam
  5. Apa makanan kegemaran awk? Jom sertai segmen ini http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.html :D

    BalasPadam
  6. warghh,,,sy sgt geli haiwan tuuu :'(

    BalasPadam
  7. serem ngebayanginnya kalo digigit lintah >_<

    BalasPadam