Sabtu, Mei 11, 2013

INI PANDANGAN ATAU SIKAP KITA?


Ahmad dan Aminah keluar makan bersama bagi kali pertama. Ahmad berazam akan bergembira dengan Aminah. Aminah tertumpah kuah tomyam ke atas ribanya. Kata Ahmad, "Biar saya tolong bersihkan." Aminah hilang kunci rumahnya. Kata Ahmad, "Saya pun selalu begitu."

Tiga tahun berlalu. Aminah dan suaminya, Ahmad keluar makan malam. Aminah tertumpah kuah tomyam ke atas ribanya. Kata Ahmad, "Awak ni tak senonoh." Aminah terlupa kunci rumah. Kata Ahmad, "Awak memang pelupa."

sikap itu magnet
Orangnya sama, situasinya sama, cuma sikap sahaja yang berbeza..dan inilah yang sering berlaku di dalam kehidupan kita.

Kita memilih pandangan kita terhadap seseorang. Apabila kita mahu menyukai seseorang, kita bersabar dengan kelemahannya. Apabila kita mahu meradang dengan seseorang, kita memberi tumpuan kepada cacat celanya.

Seolah-olah kita mempunyai 2 senarai tentang sikap orang2 di sekeliling kita. Semasa mereka ada, kita memilih untuk melihat sikap2 buruk mereka. Tetapi apabila kita kehilangan mereka, kita beralih pula kepada sikap2 baik mereka.

Ya..yang menentukan perasaan kita terhadap seseorang bukanlah perlakuannya tetapi SIKAP kita. 

Bagaimana dengan sikap anda? 

Comments (8)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
memang sikap segelintir manusia begitu.. bila ada, tidak dihargai.. bila tiada, tercari-cari ke mana hilangnya..
sikap saya?? biarlah orang ramai yang menilainya.. pandangan mata dan otak yang menilai pun lebih banyak daripada pandangan mata dan otak saya sendiri.. sudut pandangan seseorang itu punyai maksud yang berbeza-beza.. biarlah hanya mereka yang menaksirnya... baik atau buruk.. itu terpulang..
1 reply · active 620 weeks ago
yer..kita wat la yg terbaik
dan penilaian tu tserah pd Allah SWT..
ssungguhnya penilaian Allah lbh ptg dr penilaian manusia..
puncanya sebab kita ni mudah lupa...
selalu lupa benda yg baik2 tu...
yg buruk2 tu juga yg kita ingat..
walaupun yg buruk2 tu hanya benda kecik...
1 reply · active 620 weeks ago
manusia ni mmg mudah lupe.
tp yg buruk2 ttg org lain kita xleh lupe..hehe
Insyaallah..kita pkt ramai2 berubah..
sikap saya? saya berfikir sebelum melakukan sesuatu. andai terlepas laku, saya menilai dan mengambil iktibar
1 reply · active 620 weeks ago
Alhamdulillah..mmg yg baik camnilah..
Insyaallah..kite baiki kpd yg lbh baik..
biasa la tuh. awal2 perkenalan, sumer nyer indah.
1 reply · active 619 weeks ago
bila dh lame..semuanya punah..
xbest kn cmtu aswadz..

Post a new comment

Comments by