Ahad, Mei 26, 2013
MERTUA VS MENANTU
Assalamualaikum..
Seorang
bapa mentua mendapat idea untuk mengajar menantunya yang bernama Samad. Si
Samad berbadan gempal, kuat makan tetapi malas bekerja.
"Samad, jom kita
main dam aji."
ajak bapa mentua.
"Boleh jugak tu." balas Samad yang baru selesai makan tengahari.
Bila
sahaja bermain, bapa mentuanya sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh
Samad. Si bapa hulur, si Samad makan. Hulur, makan lagi. Sebiji, dua biji,
tiga, empat.
"Eh..kau ni
Samad, kuat betul makan. Agak-agak la sikit. Kerja malas." kata bapa mentua sambil tersenyum
sinis.
"Alamak. Bapak
perli aku ni.. Mentang-mentanglah aku kuat makan." fikir Samad. Telinganya merah.
Kemudian,
mereka bermain set ke dua pula. Bapa mentuanya hulur lagi tapi Samad tak makan.
Hulur lagi, tak makan juga. Buah dam Samad kena tangkap sebab tak makan.
"Hihi..mesti
Samad ni dah terasa. Padan muka."
getus hati bapa mentua. Gembira.
Akibat
banyak sangat buah dam Samad ditangkap, bapa mentuanya berjaya melangkah hingga
ke haji.
"Yahoo.. aku naik
haji." jerit
bapa mentuanya seronok.
Apa
lagi, Samad terus ambil peluang untuk kenakan bapa mentuanya tu.
"Aaa..dah naik
haji ni, ubah-ubah la perangai tu sikit..solat lima waktu nak kena jaga
jugak." kata
Samad.
CA : Apa pengajarannya? Tentu kita
semua dapat memikirkannya.
Credit to Siri Lawak Terbaik Mastika
Comments (7)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Post a new comment

Connected as (Logout)
Not displayed publicly.
Posting anonymously.
Dengan meninggalkan komen anda di sini, anda telah mendapat backlink percuma. Terima kasih kerana sudi memberi komen dan kritikan..
Comments by IntenseDebate
MERTUA VS MENANTU
2013-05-26T05:05:00+08:00
Unknown
santai
|
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
lawakpecahpanggung · 618 weeks ago
chekgu anitt 55p · 618 weeks ago
mentua dgn menantu satu kpala..
farihah · 618 weeks ago
farihah · 618 weeks ago
chekgu anitt 55p · 618 weeks ago
mngajar dgn cara bselindung..
same2 kna btg hidung..
lee aziz · 618 weeks ago
chekgu anitt 55p · 618 weeks ago