Jumaat, Mei 17, 2013

IS TOO GOOD TO BE TRUE


Assalamualaikum..

wedding
Pasangan suami isteri yang hampir setahun berkahwin memulakan perbualan. Si isteri berkata kepada suaminya, "Abang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah bagaimana cara untuk memperkukuhkan perkahwinan kita" katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Kita akan mencatatkan hal-hal yang tidak kita sukai tentang pasangan kita. Kemudian, kita akan berbincang bagaimana untuk mengubah perkara tersebut dan membuatkan perkahwinan kita lebih bahagia ..."

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan perbuatan pasangan yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung jika pasangannya mencatat hal-hal yang tersebut. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tempat tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak masing-masing.

Keesokan pagi  ketika sarapan, mereka bersedia untuk membincangkannya.

"Saya akan mulakan dulu ye", kata isteri.

Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 halaman. Ketika ia mula membacakan satu persatu perkara-perkara yang dia tidak sukai tentang suaminya, ia memerhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir...

"Maaf, adakah saya harus berhenti?" tanyanya.

"Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya.

Lalu sang isteri meneruskan semula pembacaannya sehingga selesai. Dia kembali melipat kertasnya dan berkata dengan bahagia.

"Sekarang giliran abang untuk membacakan senarainya".

Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Abang tidak mencatat sesuatupun di atas kertas. Abang berfikir bahawa awak sudah cukup sempurna dan abang tidak ingin mengubah apa-apa tentang diri awak. Awak adalah diri awak sendiri. Awak cantik dan baik. Tidak ada satupun dari peribadimu yang kurang, sayang ..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya dengan ungkapan suaminya itu. Suaminya menerima dia adanya. Ia menunduk dan menangis...


RENUNGAN:
Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa dikecewakan, tekanan dan sakit hati. Sesungguhnya tidak perlu untuk kita menghabiskan masa memikirkan hal-hal tersebut. Hidup ini sebenarnya penuh dengan keindahan, kegembiraan dan pengharapan.

Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk, mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah di sekeliling kita?

CA percaya kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan cuba melupakan hal-hal yang buruk ...

Comments (8)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Hidup saling lengkap melengkapi..baik buruk harus kita terima..baru indahnya hidup ini jika kita memahami pasangan kita..
1 reply · active 620 weeks ago
betul munir..baik n buruk itu xleh lari dr hidup manusia..
apa yg ptg..kerjasama..hehe
sekali sekala kita harus berterus terang...supaya kita tak makan hati..
1 reply · active 619 weeks ago
tul tu bunda..
dn semuanya kna bpandu pd ajaran islam yg benar..
terimalah seadanya..
1 reply · active 619 weeks ago
terima sgala yg buruk.. itu la kbaikkn..
Salam.

Urmm..saya pernah baca kisah sama dalam buku motivasi HM Tuah Iskandar..

Terkesan sangat.. sebab kita sbg manusia lebih suka complaint macam2 berbanding terima sesuatu dengan penuh rasa syukur..
1 reply · active 619 weeks ago
kisah ni ada di mna2 lana..
terima dgn redha semua pkara
dn kita akn lbh bhagia..

Post a new comment

Comments by