Sabtu, Mei 11, 2013

INI PANDANGAN ATAU SIKAP KITA?


Ahmad dan Aminah keluar makan bersama bagi kali pertama. Ahmad berazam akan bergembira dengan Aminah. Aminah tertumpah kuah tomyam ke atas ribanya. Kata Ahmad, "Biar saya tolong bersihkan." Aminah hilang kunci rumahnya. Kata Ahmad, "Saya pun selalu begitu."

Tiga tahun berlalu. Aminah dan suaminya, Ahmad keluar makan malam. Aminah tertumpah kuah tomyam ke atas ribanya. Kata Ahmad, "Awak ni tak senonoh." Aminah terlupa kunci rumah. Kata Ahmad, "Awak memang pelupa."

sikap itu magnet
Orangnya sama, situasinya sama, cuma sikap sahaja yang berbeza..dan inilah yang sering berlaku di dalam kehidupan kita.

Kita memilih pandangan kita terhadap seseorang. Apabila kita mahu menyukai seseorang, kita bersabar dengan kelemahannya. Apabila kita mahu meradang dengan seseorang, kita memberi tumpuan kepada cacat celanya.

Seolah-olah kita mempunyai 2 senarai tentang sikap orang2 di sekeliling kita. Semasa mereka ada, kita memilih untuk melihat sikap2 buruk mereka. Tetapi apabila kita kehilangan mereka, kita beralih pula kepada sikap2 baik mereka.

Ya..yang menentukan perasaan kita terhadap seseorang bukanlah perlakuannya tetapi SIKAP kita. 

Bagaimana dengan sikap anda?