Assalamualaikum..
Ada sebuah wasiat yang baik di antara wasiat-wasiat
yang diriwayatkan dari wanita-wanita
Arab. Antaranya ialah wasiat dari Umamah binti al-Harith untuk
puterinya, Iyyas binti 'Auf semasa majlis perkahwinan puterinya itu. Dalam
wasiatnya, Umamah berkata;
"Wahai puteriku, sesungguhnya engkau telah memisahkan
dirimu dari lingkungan yang darinya engkau keluar. Engkau telah meninggalkan
kehidupan yang darinya engkau berkembang. Seandainya seorang perempuan tidak
memerlukan seorang suami, kerana kehidupan dari orang tuanya dan keperluan
orang tua terhadap anaknya, maka engkau menjadi seorang yang sangat tidak
memerlukan suami."
"Namun wanita diciptakan untuk lelaki dan baginya
tercipta lelaki. Oleh itu, dengarkan kata-kataku ini wahai puteriku."
"Patuhilah kepada suamimu dengan apa adanya dan
mendengar kata-katanya dengan baik disertai ketaatan."
"Sentiasalah engkau memerhatikan pandangan mata dan
ciuman hidung suamimu. Jangan sampai matanya memandang darimu sesuatu yang
buruk dan jangan sampai dia mencium darimu melainkan wangi yang paling
harum."
"Sentiasalah engkau memerhatikan waktu tidur dan
makannya, kerana kelaparan akan membuatnya garang dan kekurangan tidur akan
membuatnya mudah marah."
"Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan
anak-anaknya. Adapun perkara terpenting berkaitan dengan hartanya adalah
mengaturnya dengan baik dan yang berkaitan dengan anak-anaknya adalah
memelihara dengan baik."
"Jangan sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan
rahsianya, kerana bila engkau melanggar perintahnya, maka engkau menyempitkan
dadanya dan bila engkau menyebarkan rahsianya, maka engkau mengkhianati
amanatnya."
"Jangan sekali-kali engkau bersukacita di hadapanya
bila dia sedang bersedih dan jangan pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah
masam ketika dia sedang gembira."
Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah." (Surah an-Nisa; 34)