Assalamualaikum..
Hari
ni CA nak mengomel sikit. Tak tau lah kenapa rasa sentap semacam jer minggu ini.
Tetapi CA memang tidak puas hati dengan perangai sesetengah manusia ni. Mereka
selalu sahaja bertindak mengikut perasaan mereka, langsung tak fikirkan tentang
orang lain. Tak ada rasa hormat langsung.
Hari
Isnin lepas, kereta CA kena "cium" dengan kereta kawan CA semasa parking kat rumah.
Hari itu, kawasan parking kereta rumah CA padat sedikit sebab ramai cikgu2 yang
bawak kereta. CA parking kereta CA memang dekat sedikit dengan kereta kawan CA
ni tetapi betul2 di depan rumah CA. Cadangnya kalau dia tak berani nak
keluarkan kereta dia, CA akan keluarkan kereta CA dulu.
Hendak
dijadikan cerita, dia yang keluarkan kereta dia dulu. Kalau driver lain, memang
boleh lepas walaupun agak susah sikit, tetapi sayang, kawan CA ni rupanya belum
pakar lagi. Diciumnya bontot kereta CA. Kejadian ini, CA nampak dengan mata kepala
sendiri dan dia mungkin tak sedar yang CA tengah memerhatikannya. Ingatkan lepas kejadian itu, dia akan beritahu
CA yang dia langar kereta CA tetapi tidak pun (calarnya sedikit tetapi dalam).
Boleh dia senyap camtu jer. CA bukannya nak minta ganti rugi, tetapi
sekurang-kurangnya beritahulah CA. Biar ada rasa tanggungjawab sedikit.
Pada
hari yang lain pula semasa CA tengah membawa banyak barang ke kaunter di pasaraya untuk dibayar, CA
telah dilanggar oleh seorang lelaki. Sebaik sahaja dia melanggar CA, barang2
yang CA bawa jatuh ke lantai. Lelaki itu meminta maaf dan terus berlalu pergi
meninggalkan CA yang masih terkejut dengan kejadian itu. Terpaksalah CA
terbongkok-bongkok mengutip barang2 tu. Kan elok kalau dia tunggu sekejap untuk
pastikan CA ok ke tak. Atau sekurang-kurangnya tunggu dapatkan respon CA (dan
lagi elok kalau dia tolong kutipkan barang tu..hehe). Ini tak, dengan rasa tak
bersalah, dia blah camtu jer..
Dan
hari ini pula ada kejadian lain. Tengah CA tunggu kereta depan yang hendak
keluar parking (CA nak masuk kat situ), tetiba ada kereta lain pulak yang masuk
secara mengejut kat tempat tu. CA dah 10 minit menunggu parking itu dan tiba2
ada driver yang kurang ajar merampas parking CA. Kalau CA tak bagi signal, tak
ape lah. Ni dari kelmarin lagi CA bagi signal nak masuk parking. Memang tak ada
perasaan langsung driver tu. Dan CA ni hanya mampu pandang jer..huhuhu. Kejam
betul la dia ni..
Kepada
insan2 di luar sana, tolonglah hormat kepada orang lain juga. Mereka juga
seperti anda. Ada perasaan marah dan tersinggung dengan perbuatan yang salah
dan tidak berperasaan. Jangan kerana mereka nampak lemah, anda membuli dan
mempermainkan mereka. Bukankah hidup bertoleransi itu lebih mulia dan bahagia?
"Respect for ourselves guides our
morals,
respect for others guides our manners"
Mmg de je org xde adab kt malaysia ni... Mmg ramai je.. Kalau pmpuan lagi la.. Dipermainkn cmtu... Berani diorg wat cmtu klu lelaki... Hmmm.. Sabar je lh... ALLAH tu Maha Adil...
BalasPadammmg kna byk saba dgn org2 camni..
Padamkalu x blh bgaduh kite dgn mereka ni..
yg ptg.. wht u give, u get back..
bab kita nak cri parking pastu org msuk mmg kami dh terkena mas atu kt RNR sg buluh..sakit hati dikkk
BalasPadamkes ni mmg slalu blaku suri..
Padamacapkali kita akn jupe dgn org yg suke rmps parking ni..
lps tu leh lak drg buat muke innocent..cam xbsalah jer
Biasalah manusia...memang beragam kerenahnya...
BalasPadamragam kerenah yg menyusahkan org ni..huhuhu..
Padampakat2 la didik hati dn diri supaya respect org lain..
BalasPadambaru lah hidup ni lbh hppy..
senang kite nk together2..hihi