Assalamualaikum..
Pasangan suami isteri
yang hampir setahun berkahwin memulakan perbualan. Si isteri berkata kepada
suaminya, "Abang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah bagaimana
cara untuk memperkukuhkan perkahwinan kita" katanya sambil menunjukkan
majalah tersebut.
"Kita akan
mencatatkan hal-hal yang tidak kita sukai tentang pasangan kita. Kemudian, kita
akan berbincang bagaimana untuk mengubah perkara tersebut dan membuatkan
perkahwinan kita lebih bahagia ..."
Keesokan pagi ketika
sarapan, mereka bersedia untuk membincangkannya.
"Saya akan
mulakan dulu ye", kata isteri.
Ia lalu mengeluarkan
senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 halaman. Ketika ia mula
membacakan satu persatu perkara-perkara yang dia tidak sukai tentang suaminya,
ia memerhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir...
"Maaf, adakah
saya harus berhenti?" tanyanya.
"Oh tidak,
teruskan ..." jawab suaminya.
Lalu sang isteri
meneruskan semula pembacaannya sehingga selesai. Dia kembali melipat kertasnya
dan berkata dengan bahagia.
"Sekarang giliran
abang untuk membacakan senarainya".
Dengan suara perlahan
suaminya berkata, "Abang tidak mencatat sesuatupun di atas kertas. Abang
berfikir bahawa awak sudah cukup sempurna dan abang tidak ingin mengubah
apa-apa tentang diri awak. Awak adalah diri awak sendiri. Awak cantik dan baik.
Tidak ada satupun dari peribadimu yang kurang, sayang ..."
Si isteri tersentak
dan tersentuh hatinya dengan ungkapan suaminya itu. Suaminya menerima dia
adanya. Ia menunduk dan menangis...
RENUNGAN:
Dalam hidup ini,
banyak kali kita merasa dikecewakan, tekanan dan sakit hati. Sesungguhnya tidak
perlu untuk kita menghabiskan masa memikirkan hal-hal tersebut. Hidup ini
sebenarnya penuh dengan keindahan, kegembiraan dan pengharapan.
Mengapa harus
menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk, mengecewakan dan menyakitkan
jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah di sekeliling kita?
CA percaya kita akan
menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk
hal-hal yang baik dan cuba melupakan hal-hal yang buruk ...