Jumaat, Mei 17, 2013

KETIKA AKU MULA TUA


Assalamualaikum..

old man

Ketika aku sudah tua, aku bukan lagi aku yang mula.
Mengertilah..bersabarlah sedikit terhadap aku.

Ketika pakaianku tertumpah kuah dan ketika aku lupa bagaimana memakai kasut.
Ingatlah..bagaimana dahulu aku pernah mengajarmu tentang itu.

Ketika aku berulang-ulang berkata-kata  tentang sesuatu yang telah bosan kau dengar, bersabarlah mendengarnya, jangan hentikan kata-kataku.
Ingatlah..ketika kau kecil, aku harus mengulang beribu-ribu kali cerita yang telah aku nyatakan supaya kau dapat lena.

Ketika aku memerlukan mu untuk memandikanku, jangan marah padaku.
Ingatlah..sewaktu kau kecil, aku harus mengguna segala cara untuk memujukmu mandi.

Ketika aku tidak memahami sedikitpun tentang teknologi dan hal-hal baru, jangan mengejekku.
Fikirkan.. bagaimana dahulu aku begitu sabar menjawab setiap "mengapa" darimu.

Ketika  aku tidak mampu berjalan, hulurkan tanganmu yang masih kuat untuk memapahku.
Seperti aku memapahmu..saat kau belajar berjalan  di waktu kecil.

Ketika aku seketika melupakan perbualan kita, berilah aku masa untuk mengingat.
Sebenarnya bagiku..apa yang dibicarakan tidaklah penting. Asalkan kau sudi  bersama dan mendengar, aku sudah sangat puas.

lelaki tua

Ketika kau memandang aku yang mula tua, janganlah berduka.
Fahami dan peluklah aku, seperti aku membantumu ketika kau mula belajar dewasa.
Waktu itu..aku tunjukkan mu bagaimana jalan kehidupan. Sekarang, temanilah aku jalani sisa kehidupan.

Berikan aku cintamu dan kesabaran, aku akan berikan senyuman penuh kesyukuran.
Dalam senyuman ini, terdapat cintaku yang berpanjangan..