Assalamualaikum..
Bulan Ramadhan ialah bulan yang banyak
kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya Malam Lailatul Qadar iaitu malam
kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Allah juga membuka pintu syurga,
menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada
manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan
kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan
yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
Jika Ramadhan tahun lalu kita
lalai dan leka sehingga tanpa disedari Ramadhan telahpun berlalu dan kita
ketinggalan merebut kelebihannya, maka pada tahun ini kita diberi peluang
sekali lagi oleh Allah. Maka janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah
inilah Ramadhan terakhir buat kita.
Pertama: Membuat persiapan memasuki Ramadhan
Usamah bin Zaid r.a. menceritakan;
“Aku bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya
Rasulullah, mengapakah aku tidak melihat kamu banyak berpuasa di bulan-bulan
lain sebagaimana kamu berpuasa di bulan Sya’ban’. Jawab Rasulullah; ‘Bulan
Sya’ban itu adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya
di tengah antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan diangkat
amalan-amalan hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku
diangkat ketika aku berpuasa”. (Riwayat Imam an-Nasai)
Namun demikian, bagi orang yang
tidak berpuasa langsung di awal Sya’ban (yakni dalam masa 15 hari awal
Sya’ban), maka ia dilarang berpuasa selepas nisfu Sya’ban (yakni pertengahan
Sya’ban).
Kedua: Mengulangkaji pengetahuan tentang
puasa
Amalan yang paling utama di bulan
Ramadhan ialah puasa. Puasa difardhukan pada siang hari sepanjang bulan
Ramadhan. Untuk mencapai puasa yang sempurna kita hendaklah memiliki ilmu
tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut
oleh Syara’.
Ketiga: Membaca kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan
Amat banyak hadis Nabi SAW yang
menceritakan kelebihan dan keistimewaan Ramadhan, antaranya;
a) Ramadhan adalah penghapus dosa.
b) Dibuka pintu syurga, ditutup
pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.
c) Lima anugerah khusus Allah
untuk umat Muhammad di bulan Ramadhan;
- Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa Allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya.
- Bau mulut mereka (yang berpuasa) ketika petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.
- Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam.
- Allah menyuruh syurga supaya bersiap-sedia menyambut kedatangan hamba-hambanya.
- Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa semua mereka.
d) Malam al-Qadar.
1) Berpuasa dengan sesungguh hati.
2) Menghidupkan malam-malam
Ramadhan dengan solat sunat (terawikh, tahajjud dan sebagainya).
3) Menggiatkan ibadah di sepuluh
malam terakhir ramadhan.
4) Beriktikaf (menetap di dalam
masjid dengan niat ibadah).
5) Mencari malam al-Qadar
(Lailatul Qadar.)
6) Membanyakkan bacaan al-Quran
termasuklah bertadarus.
7) Membanyakkan sedekah dan
melakukan kebaikan untuk orang lain.
9) Banyak berzikir, beristighfar
dan memohon diberi syurga dan dijauhi neraka.
10) Banyak berdoa (terutamanya
ketika sedang berpuasa, ketika berbuka dan doa Lailatul-Qadar).
11) Bersahur.
12) Segera berbuka sebaik saja
masuk waktu berbuka.
13) Memberi makanan untuk orang
berbuka puasa.
14) Menjaga segala anggota,
tingkah-laku dan tutur-kata sepanjang bulan Ramadhan.
15) Meningkatkan ketakwaan dan
kesabaran.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..