Khamis, Julai 18, 2013

ADAKAH "BAK KUT TEH" ITU LEBIH PENTING?


Assalamualaikum..

Adalah amat menyedihkan apabila dua pasangan cina yang bukan islam yang tidak matang berjaya mendapat perhatian sesetengah orang dengan hanya satu gambar FB sejak 3 hari yang lalu, tetapi sebaliknya lebih daripada 100,000 gambar umat Islam sunni mati di Syria sejak 3 tahun yang lalu tidak pula mendapat perhatian!

Malangnya, ia hanya menunjukkan bagaimana sebahagian daripada kita ini telah menjadi jauh dari teras dan ajaran agama Islam yang sebenarnya dan bagaimana hilangnya teras keutamaan ummah kita!

Tidakkah Allah swt telah berfirman dalam al-Quran, Surah al-Anaam yang bermaksud, "Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu)" (68)?.

Dan Allah swt juga telah berfirman di dalam Surah al-Baqarah dengan maksud, "Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu)" (15).

Jadi adakah Allah swt menyuruh kita untuk SHARE dan LIKE dalam FB apabila orang bukan Islam mempersendakan agama kita atau Allah swt meminta kita untuk tidak menghiraukan sahaja perkara itu dan berlalu pergi?

Tidakkah Allah swt telah berfirman di dalam Surah al-Hujurat yang bermaksud, "Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil" (9) ?

Dan Allah swt  juga telah berfirman di dalam Surah Al-Anfal dengan maksud, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan" (72)?

Bagaimana gambar pasangan bukan Islam yang menyindir Islam ini menjadi sangat penting kepada umat Islam daripada TUMPAHNYA DARAH umat Islam?

syrian child
Adakah "Bak Kut Teh" itu lebih hebat sindirannya berbanding TUMPAHNYA DARAH dan KEMATIAN seorang pejuang di jalan Allah swt?

Jika cina-cina tersebut tahu bahawa kita adalah sebuah UMMAH ISLAM YANG BERSATU, mereka tidak akan pernah BERANI untuk melakukan semua ini!

Ini bukanlah kali pertama dan terakhir mereka akan menyindir Islam. IA BUKAN KEWAJIPAN KITA untuk membantu mereka menyebarkan dan membuatkan mereka terkenal dengan gambar-gambar tersebut. Kita harus mengutamakan apa yang wajib sebagai keutamaan kita.

CA: Artikel ini adalah perkongsian dari  Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria. Bersama-sama kita mencari keutamaan yang sebenar..