Sabtu, Julai 13, 2013

MAAFKAN SAYA, SAYA SAKIT


Assalamualaikum..
pemeriksaan kesihatan
Hari ini untuk pertama kalinya saya pergi ke klinik untuk melakukan medical check up "kerohanian". Ternyata, saya mengidap beberapa jenis penyakit..

Berikut ialah keputusan check up saya;

[-] Ketika tekanan darah diukur, ternyata saya memiliki kelembutan hati yang rendah.
[-] Ketika suhu tubuh diukur, termometernya menunjukkan darjah kegelisahan saya hampir mencapai 40 celsius.
[-] Ketika jantung saya diperiksa, ternyata saluran arterinya tersumbat oleh berbagai kekecewaan, kesedihan, kesepian, kemarahan dan dendam.
[-] Saya juga diberitahu bahawa tulang-tulang saya banyak yang retak kerana tersandung oleh rasa cemburu dan iri. Ini menyebabkan saya tidak dapat berjalan di sisi saudara² saya dengan rasa selesa dan juga tidak dapat memeluk mereka.
[-] Ketika saya memeriksa mata saya yang semakin terganggu, diketahui penyebabnya ialah kerana saya hanya melihat kekurangan² orang di sekitar saya sehingga kemampuan mata untuk melihat hal² yang lebih indah dan baik mulai tertutup.
[-] Ketika saya mengeluh mengenai pendengaran yang semakin berkurangan, doktor menyarankan agar saya berlatih mendengar suara Allah SWT dan sesama manusia setiap hari, agar pendengaran saya kembali menjadi sensitif.

Setelah menjalani semua pemeriksaan itu, saya mendapatkan konsultasi untuk mengubati semua penyakit tersebut. Doktor meminta saya untuk mengambil;
[-] Segelas penuh rasa SYUKUR.
[-] Sesenduk rasa KEDAMAIAN.
[-] Satu pil KESABARAN.
[-] Satu cangkir rasa PERSAUDARAAN.
[-] Satu piring KERENDAHAN HATI.  
[-] Satu dos rasa CINTA.
[-] Setiap malam sebelum tidur, saya harus meminum satu tablet SUARA HATI yang jernih, satu pil ANTI KEPUTUSASAAN kerana peristiwa² yang saya alami sepanjang hari dan tidur berselimutkan DOA serta HARAPAN.
doktor
Rakan-rakan tolong doakan saya cepat sembuh yer.. Kalau ada kesempatan, rakan-rakan boleh melakukan pemeriksaan yang sama di "klinik kerohanian", lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Semoga kita semua akan menjadi lebih sihat selepas ini.