Ada kaum wanita berkata; “Susahnya menjadi wanita ISLAM...!!! Banyak sangatlah peraturannya.”. Lihat saja peraturan-peraturan
di bawah ini;
1.
Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Hikmah
sebenar: Aurat
serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga. Oleh itu sesuatu
yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang
teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berselerak,
bukan...??? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dengan perempuan jala*n*n.
2.
Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak
sebaliknya.
Hikmah
sebenar: Seorang wanita itu sebenarnya dipertanggung
jawabkan kepada 4 orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan
saudara lelakinya.
3. Saksi
wanita kurang dibanding lelaki.
Hikmah
sebenar: Seorang wanita boleh memasuki
pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga
kehormatannya.
4.
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
Hikmah
sebenar: Wanita menerima pusaka atau
warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak
perlu diserahkan kepada suami. Manakala lelaki apabila menerima pusaka atau warisan,
ia harus menggunakan hartanya untuk isteri dan anak²nya.
5.
Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Hikmah
sebenar: Wanita perlu bersusah payah
mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia akan didoakan oleh segala
makhluk dan seluruh malaikat Allah SWT di muka bumi ini dan matinya jika saat
melahirkan adalah syahid.
6.
Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat pada isterinya.
Hikmah
sebenar: Wanita perlu taat kepada suami
tetapi lelaki pula wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita...???
7.
Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
Hikmah
sebenar: Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
mempertanggung jawabkan 4 wanita ini; isterinya, ibunya, anak perempuannya dan
saudara perempuannya.
8.
Wanita kurang ibadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami
lelaki.
Hikmah
sebenar: Seorang lelaki perlu pergi
berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggung
jawabnya kepada ALLAH SWT, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang
pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Subhanallah...hebatnya ganjaran untuk wanita
Islam.