Selasa, Julai 16, 2013

DIKECAM KERANA BERSUMPAH GUNA AL-QURAN


setiausaha parlimen
Menteri muslim pertama yang menjawat jawatan tinggi di struktur kerajaan Australia, Ed Husic diserang secara rasis di jejaring sosial media hanya disebabkan beliau mengangkat sumpah menggunakan al-Quran dan tidak menggunakan Kitab Injil.

“Saya adalah saya.” kata Ed Husic, yang diangkat sebagai Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri, Kevin Rudd pada hari Isnin kelmarin.

“Jelas..saya tidak akan bersumpah menggunakan kitab Injil. ” ujarnya.

“Tapi saya juga berfikir bahwa anda pasti akan memiliki, dari waktu ke waktu, di sekeliling anda akan ada orang-orang yang ekstrim, ada orang-orang ekstrim di dalam agamanya dan ada orang-orang yang ekstrim di luar itu dan mereka akan selalu mencari cara-cara untuk mempengaruhi orang lain.” katanya.

Husic yang berasal dari Bosnia adalah muslim pertama yang diangkat sebagai Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri Australia. Beberapa jam setelah ia mengangkat sumpah di hadapan Gabenor Jeneral Quentin Bryce, beliau telah menerima ratusan komen di halaman Facebooknya dari mereka yang marah dan tidak bersetuju dengan keputusannya yang menggunakan Al-Quran dan bukan Kitab Injil seperti kebiasaan yang digunakan untuk mengangkat sumpah.

“Anda telah melakar sejarah terburuk, bersumpah menggunakan Al-Quran!! Ini adalah Australia dengan Hukum Australia.” kata seorang komentar yang menggunakan nama FB Dinki Di Sheila.

“Bersumpah untuk melayani Australia dengan menggunakan ‘buku teroris’, buku sama yang digunakan oleh Al-Qaeda. Menjijikkan,” antara komen yang lainnya.

“Memalukan..memalukan..memalukan.” tulis Ross.

“Saya sangat kecewa dengan kerajaan seperti mereka tidak memiliki tulang belakang untuk berdiri dengan cara hidup Australia.”

“Anda harus merasa malu sebagai bangsa yang besar. Politik Australia telah mengikut anjing dan melakukan tindakan khianat dengan bersumpah dengan Al-Quran. Anda adalah anjing kampung terbesar di halaman rumah!” kata pengguna lain, Steve Kerr

Husic yang berusia 43 tahun melakar sejarah pada tahun 2010 apabila beliau telah terpilih sebagai anggota parlimen bagi Sydney Barat. Beliau mengangkat sumpah dengan tangan kanannya memegang kitab al-Quran.

CA: Kepada Ed Husic, kami sentiasa menyokong tindakan anda yang jelas memuliakan hak sebagai seorang muslim yang beriman dan bertaqwa. Jangan dihiraukan suara-suara sumbang mereka yang anti Islam. Seandainya mereka tahu ajaran Islam yang sebenarnya, pastinya mereka menyesali apa yang mereka perkatakan. 

6 comments :

  1. Maafkan mereka. Mereka xfhm islam yg sbnrnya.
    Smoga allah mbuka hati mereka utk faham islam dgn lbh dlm.
    Hidayah itu milik allah..

    BalasPadam
  2. selamat berbuka puasa....semoga mereka dapat hidayah Allah..

    BalasPadam
  3. Binance toll-free number is mandatory for the Binance users as every now and then every users faces technical errors like transaction time out etc. due to numerous issues like traffic, server down, high/low fees and much more. In such cases it is fruitful to dial Binance Toll-Free number 1-888-764-0492 and get prompt and accessible remedies from the proficient experts who are present 24/7 round the week to help you with full-dedication.

    BalasPadam