Jumaat, Julai 05, 2013

BEREHAT DALAM KUBUR NANTI YER..


Assalamualaikum..
Salam Jumaat..

kubur islam
Teringat perbualan saya dengan seorang kakak suatu masa dahulu.

"Kak, saya letihlah kak. Dengan dunia ni. Bila kita boleh rehat?"

"Sabar ya dik. Kita rehat dalam kubur nanti ya."

Dan hari ini kata-kata seorang sahabat membuat saya tersenyum lagi. Katanya, “Saya nak rehat. Dari dunia ni. Saya rindukan alam semulajadi. Rindu bunyi unggas. Bunyi pantai."

"Awak, itulah cita-cita setiap hati yang merindukanNya. Dunia ini bukan tempat kita pun sebenarnya. Ada kampung yang lagi indah. Bercita-citalah untuk balik ke kampung ‘sana’ itu."

Sampai suatu masa, kita memang akan merasa letih dengan dunia ini. Bukan jasad kita yang letih sebenarnya, tetapi hati kitalah yang letih. Letih dengan kerenah-kerenah dunia yang sering memujuk rayu dan menipu.

Namun, sebelum berhasil untuk keluar daripada dunia itu, kita perlulah ‘bekerja’ terlebih dahulu.

Seperti seorang yang bekerja makan gaji. Berpuluh-puluh tahun dia bekerja. Bukan dia tidak mahu bersara, bahkan itulah cita-citanya yang paling utama. Iaitu mahu berehat, kerana dia sebenarnya sudah malas, jemu dan penat sekali dengan bekerja. Tetapi kenapa walaupun begitu, dia tetap juga bekerja? Kerana dia mahu mengumpul harta untuk memastikan hidupnya senang selepas dia bersara nanti.

Begitulah tamsilannya dengan kehidupan kita di dunia ini. Kita perlu bekerja keras untuk mengumpul harta demi masa depan kita selepas kita ‘bersara’ dari kehidupan ini nanti. Jadi walau letih dan penat bagaimana sekalipun kita rasa, kita tetap harus ‘bekerja’.

Bekerja untuk siapa? Bekerja untuk Allah. Bekerja demi memastikan cita-cita kita yang paling utama itu akan tercapai jua suatu hari nanti. Cita-cita untuk berehat. Bersara. Dan bertemu dengan Majikan kita itu. :’)

CA: Artikel ini adalah perkongsian dengan seorang teman. Semoga kubur kita adalah tempat rehat selesa sebelum dibangkitkan kelak oleh Allah SWT untuk dihisab.