Ahad, Mei 26, 2013

TOLONG HORMAT ORANG LAIN


Assalamualaikum..

Hari ni CA nak mengomel sikit. Tak tau lah kenapa rasa sentap semacam jer minggu ini. Tetapi CA memang tidak puas hati dengan perangai sesetengah manusia ni. Mereka selalu sahaja bertindak mengikut perasaan mereka, langsung tak fikirkan tentang orang lain. Tak ada rasa hormat langsung.

Hari Isnin lepas, kereta CA kena "cium" dengan kereta kawan CA semasa parking kat rumah. Hari itu, kawasan parking kereta rumah CA padat sedikit sebab ramai cikgu2 yang bawak kereta. CA parking kereta CA memang dekat sedikit dengan kereta kawan CA ni tetapi betul2 di depan rumah CA. Cadangnya kalau dia tak berani nak keluarkan kereta dia, CA akan keluarkan kereta CA dulu.

Hendak dijadikan cerita, dia yang keluarkan kereta dia dulu. Kalau driver lain, memang boleh lepas walaupun agak susah sikit, tetapi sayang, kawan CA ni rupanya belum pakar lagi. Diciumnya bontot kereta CA. Kejadian ini, CA nampak dengan mata kepala sendiri dan dia mungkin tak sedar yang CA tengah memerhatikannya.  Ingatkan lepas kejadian itu, dia akan beritahu CA yang dia langar kereta CA tetapi tidak pun (calarnya sedikit tetapi dalam). Boleh dia senyap camtu jer. CA bukannya nak minta ganti rugi, tetapi sekurang-kurangnya beritahulah CA. Biar ada rasa tanggungjawab sedikit.

respect

Pada hari yang lain pula semasa CA tengah membawa banyak barang  ke kaunter di pasaraya untuk dibayar, CA telah dilanggar oleh seorang lelaki. Sebaik sahaja dia melanggar CA, barang2 yang CA bawa jatuh ke lantai. Lelaki itu meminta maaf dan terus berlalu pergi meninggalkan CA yang masih terkejut dengan kejadian itu. Terpaksalah CA terbongkok-bongkok mengutip barang2 tu. Kan elok kalau dia tunggu sekejap untuk pastikan CA ok ke tak. Atau sekurang-kurangnya tunggu dapatkan respon CA (dan lagi elok kalau dia tolong kutipkan barang tu..hehe). Ini tak, dengan rasa tak bersalah, dia blah camtu jer..

Dan hari ini pula ada kejadian lain. Tengah CA tunggu kereta depan yang hendak keluar parking (CA nak masuk kat situ), tetiba ada kereta lain pulak yang masuk secara mengejut kat tempat tu. CA dah 10 minit menunggu parking itu dan tiba2 ada driver yang kurang ajar merampas parking CA. Kalau CA tak bagi signal, tak ape lah. Ni dari kelmarin lagi CA bagi signal nak masuk parking. Memang tak ada perasaan langsung driver tu. Dan CA ni hanya mampu pandang jer..huhuhu. Kejam betul la dia ni..

Kepada insan2 di luar sana, tolonglah hormat kepada orang lain juga. Mereka juga seperti anda. Ada perasaan marah dan tersinggung dengan perbuatan yang salah dan tidak berperasaan. Jangan kerana mereka nampak lemah, anda membuli dan mempermainkan mereka. Bukankah hidup bertoleransi itu lebih mulia dan bahagia?

"Respect for ourselves guides our morals, 
respect for others guides our manners"

8 comments :

  1. Mmg de je org xde adab kt malaysia ni... Mmg ramai je.. Kalau pmpuan lagi la.. Dipermainkn cmtu... Berani diorg wat cmtu klu lelaki... Hmmm.. Sabar je lh... ALLAH tu Maha Adil...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg kna byk saba dgn org2 camni..
      kalu x blh bgaduh kite dgn mereka ni..
      yg ptg.. wht u give, u get back..

      Padam
  2. bab kita nak cri parking pastu org msuk mmg kami dh terkena mas atu kt RNR sg buluh..sakit hati dikkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. kes ni mmg slalu blaku suri..
      acapkali kita akn jupe dgn org yg suke rmps parking ni..
      lps tu leh lak drg buat muke innocent..cam xbsalah jer

      Padam
  3. Biasalah manusia...memang beragam kerenahnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ragam kerenah yg menyusahkan org ni..huhuhu..

      Padam
  4. assalamualaikum..cikgu anitt :)

    isu tiada kesedaran sivik ni memang dari dulu lagi...mcm x ada penghujungnya.

    apapun segala2nya harus bermula dari dlm diri dan dari rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pakat2 la didik hati dn diri supaya respect org lain..
      baru lah hidup ni lbh hppy..
      senang kite nk together2..hihi

      Padam