Ahad, September 16, 2012

BERMULA SEORANG GURU

Assalamualaikum..

Pejam celik-pejam celik..dh 9 tahun CA jadi cikgu. Bagi ssetengah orang 9 tahun dah lame tapi bagi sesetengah yang lain pula 9 tahun  tu baru jer...baru nak tumbuh kate dorang. Nampaknye..lame atau baru kite dalam satu2 bidang dinilai dari pengalaman orang lain.

Sebelum jadi guru CA ialah admin exec di sebuah syarikat swasta. Keje bermula kul 8.30pg dan balik kul 5ptg. Walau waktu kejenye dh abis tp kejenye lak yang tak pernah abis2. Tension dgn keje dan lbh2 lagi tak sebulu dgn ketua, CA berhenti. Pada mase tu CA nampak keje sebagai guru akan menyelamatkan CA yang tgh stress. CA mtk KPLI dan alhamdullillah..CA berjaya. Setahun selepas tu, bermula la hidup CA sebagai seorang pendidik.

Percaya la..sesiapa yang mengatakan keje seorang guru adalah keje yang rileks, itu tanggapan yang salah (CA termasuk salah seorang daripadanye). Menjadi guru adalah keje yang tak pernah abis. Walau waktu mengaja hanye separuh hari, tp pada sebelah ptg CA kena hadir tuk sesi kokurikulum, kelas tambahan dan pelbagai jenis mesyuarat. Kadang2 ari mggu pn terpaksa hdr ke sekolah tuk pelbagai jenis kursus. Ia belum ditambah dengan pelbagai program yang diadakan oleh pihak PPD dan keje2 perkeranian.

Tapi CA bukan la manusia yang paling sibuk. Masih ade mase tuk diri sendiri dan keluarga. CA juga percaya bahawa tak akan pernah ade ape2 pn keje yang paling sibuk di dunia ini..yang penting bagaimana kite menguruskan masa dan tenage. Walau ape sekali pn pekerjaan kite, yang penting ialah kebijaksanaan kite dan merasa bahagia dengan ape yang kite buat.

CA: Tidak dilahirkan sebagai seorang guru tapi bangga menjadi guru..

2 comments :