Assalamualaikum..
Pernahkah
kita melihat peristiwa ini di sepanjang perjalanan menaiki kenderaan.
Ehsan Pak Cik Goo.. |
1. Kemalangan jalanraya.
Apa yang kita
lakukan? Adakah kita akan memperlahankan kenderaan, kemudian menjenguk dari
tingkap dan merungut kerana jalan dh jemm..
Tiada kaitan dengan cite ni pon.. |
2. Sepasang suami isteri menaiki motor dalam
keadaan hujan dan di tengah mereka terdapat anak kecil yang menggigil
kesejukan.
Apa yang kita
lakukan? Adakah kita hanya sekadar melahirkan rasa simpati dan berkata "
tu la..dulu sekolah tak nak belajar betul2..kn dh susah..
Kuat nenek ni kan.. |
3. Lelaki tua yang bekerja membuat dan membaiki
jalan.
Apa yang kita
lakukan? Adakah kita sekadar melahirkan rasa kasihan dan berfikir "mane la
anak2 org tua ni..harap2 tua nanti aku
tak la jd camni..
4.Bunyi siren yang kuat samada dari polis,
bomba atau
ambulans.
Apa yang kita
lakukan? Sekadar memberi laluan kepada kenderaan tersebut atau kita ikut sama
follow kenderaan tu..
Sebenarnya banyak
lagi peristiwa yang dapat kita perhatikan di kiri dan kanan kita di sepanjang perjalanan. Peristiwa yang
melahirkan rasa marah, sedih, kasihan dan gembira kepada kita. Tetapi kita
tidak melakukan apa2 selain melihatnya.
Apa kata kita cuba
ubah cara kita melihat peristiwa2 tersebut. Selain melahirkan rasa simpati dan
kasihan, apa kata kita doakan mereka juga. Doakan supaya Allah membantu dan
mempermudahkan urusan mereka.
Mesti ada yang
berkata " Apa hal lak kita nak doakan mereka. Dorang tu bkn sedara mara
kita pn..tak der hubung kait langsung..tak der faedah pn.."
Memang la.. tetapi
mereka tu mungkin saudara seagama dengan kita. Lagi pun perkara yang remeh di
mata kita, yang kita kata tiada faedah, tidak pernah remeh dan kecil di mata
Allah. Hakikatnya kita tidak pernah tahu amalan mana yang akan membolehkan kita
ke syurga..
Pesanan Rasulullah s.a.w..
"Jangan sekali-kali menganggap remeh
perbuatan baik biar sekecil mana pun ia." (Riwayat Muslim)
Ya Allah..pimpin la aku untuk tiba di
Jannah-Mu..
bese la tu chekgu.. human kan? kesian sllu klu dari mulut. tapi bila nk tlg org o doakan org lain.. payah.. sllu pk berbaloikah?
BalasPadamsama2 kite ubah kbiasaan lame kite tu..smoga stiap perbuatn kite ade pahala di situ..
BalasPadam