Ahad, September 16, 2012

KIAMAT SEMAKIN DEKAT

Assalamualaikum..itu la ucapan yang CA ucapkan bila berjumpa dengan sesiapa sahaja yang CA kenal. Kadang2 bila CA nak mula bercakap atau bertanya soalan kepada orang yang CA tak kenal, ucapan itu jugalah yang akan CA ucapkan tapi ia liat sikit nak keluar dari mulut CA. Ucapan ini hanya dikeluarkan bila CA teringat sahaja.

Dan apabila CA memberi salam, kerap juga CA menerima reaksi negatif daripada mereka terutamanya dari orang yang CA tak kenal. Mereka menunjukkan rasa sangsi dan pelik terhadap CA walaupun ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w
CA terbaca dalam satu hadis bahawa ini adalah tanda-tanda hari kiamat.

"Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah seseorang yang mengucapkan salam kepada orang lain, namun salam tersebut tidak diucapkan melainkan kepada orang yang dikenalinya sahaja." (Riwayat Ahmad)

"Sesungguhnya menjelangnya hari kiamat nanti, salam hanya diucapkan kepada orang tertentu sahaja." (Riwayat Ahmad)

Jelaslah bahawa apabila kiamat semakin dekat, salam hanya diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja. Sedangkan ini lah perkara yang apabila dilakukan, kita akan merasai perasaan saling kasih sayang antara muslim.

Jom..mari kita sebarkan kasih sayang sesama muslim dengan ucapan salam..

Assalamualaikum..