Ahad, September 16, 2012

DAH DICHOP KAT DAHI KE?

Assalamualaikum..


cikgu sekolah
"Cikgu nak beli ape cikgu" tanya seorang pekedai bila CA singgah di kedainya.
"Aik..aku baru 1st time datang sini. Camne dia boleh tau aku ni cikgu lak" cetus CA dalam hati.

Itu la situasi yang sering CA hadapi semasa CA mengajar di Johor dulu. Walau CA berseluar track dan bert-shirt serta berselipar jepun, dorang kt sana macam dah tau CA ni seorang guru. Kadang-kadang bila ada yang tanya CA kerja apa, CA akan cakap CA ni kerja kerani. Saja nak tau camne persepsi dorang. Ada yang percaya tapi ramai gak yang tidak percaya.

Oleh sebab itu, CA cuba sebaik mungkin untuk menjaga tingkah laku CA bila berhadapan dengan orang ramai..mengelak dari bertingkah laku buruk yang akan memalukan profesion perguruan dan untuk menjaga nama baik sekolah. Takut2 jugak kalau perangai kita di luar diperhatikan oleh anak murid kita. Takut kalu cikgu kencing berdiri, anak murid akan kencing berlari..hehe

Kadang-kadang bila bercermin, CA selalu perhatikan dahi CA.

"Ade chop GURU ke kt sini?" Mungkin mereka kt luar boleh nampak ape yang CA tak nampak.

Bagi sesetengah tempat, orang ramai masih menghormati seorang guru dan menghargai mereka. Semasa di Johor, CA pernah menghantar seorang pelajar balik ke rumah kerana sakit. Masa tu sibuk dengan H1N1 dan pelajar yang disyaki demam akan dibawa terus ke hospital dan dihantar pulang. Pelajar tersebut demam dan CA yang bertugas pada minggu tu terpaksa menghantar dia pulang ke rumah.

Rumah pelajar tersebut sangat sederhana. Mungkin hanya mempunyai 2 bilik sahaja (hanya pemerhatian CA dr luar setelah melihat saiz rumah tersebut). CA perhatikan papan2 rumahnye yang agak uzur dan terdapat banyak lubang. Ibu pelajar tersebut bersungguh2 mengajak CA masuk ke rumahnya. Dia juga sgt berterima kasih kerana menghantar anaknya pulang. CA terpaksa menolak pelawaan tersebut kerana masih bertugas. Sebelum CA masuk ke kereta, masih sempat makcik tersebut memberi CA sesikat pisang sebagai tanda berterima kasih. 

Walaupun dia hidup dalam keadaan yang sangat sederhana, tetapi makcik tersebut mempunyai hati yang sangat besar..

"Nanti cikgu datang lagi yer" kata terakhir makcik tu..

2 comments :

  1. tahniah..kerana sudi mendidik. ;)


    jalan2 sini.. jenguk owner blog..follow n tak lupa tinggal jejak

    http://lolitafinola.blogspot.com
    salam ziarah

    BalasPadam