Assalamualaikum..
"Hati2 bawak kete..jangan laju sangat". Kata mama sambil melepaskan pelukkannya.
Itu lah kata-kata yang sering diucapkan oleh abah dan mama..saban minggu..semasa melihat CA bertolak balik ke Dabong. CA bertolak semasa orang masih enak dibuai mimpi. Jarak perjalanan yang jauh menyebabkan CA terpaksa bertolak awal ke sekolah. Dengan jarak 165km, CA tahu abah dan mama sangat bimbang tentang keselamatan CA dalam perjalanan. Ibubapa mana yang tidak bimbang melihat anak gadisnya drive sorang diri di pagi2 hari.
Alhamdulillah..sepanjang 3 tahun CA berulang-alik, belum ade kejadian buruk yang berlaku. Cuma pernah sekali kereta CA terbabas dan hilang kawalan semasa mengelak sebuah kereta yang masuk secara tiba2.Kerana tidak mampu berbuat ape2 kecuali menekan brek dan mengawal stereng, CA melaungkan azan. Subhanallah..kereta CA secara tiba2 membuat pusingan U dan berhenti betul2 di tepi gaung. Alhamdulillah..Allah menyelamatkan CA dari terjatuh ke dalam gaung tersebut..Macam dalam action film tapi pelakon dia,CA sorang jer..huhu
CA sangat yakin dan percaya, segala keselamatan dan kemudahan CA di sepanjang perjalanan adalah kerana keberkatan doa ibubapa CA. Mereka tidak pernah berhenti mendoakan keselamatan CA sebelum, semasa dan selepas perjalanan. Mereka bukan sahaja membekalkan CA dengan makanan (takut CA tak cukup makan kt sana) tetapi mereka juga membekalkan CA dengan doa di sepanjang perjalanan.
"Sampai nanti telepon tau". Pesan mama.
Memang CA akan telefon bila CA dah sampai ke sekolah. Kalau CA terlambat, pasti mama yang akan telefon.
Pernah sekali bila CA sampai ke sekolah, line tak ada dan CA tidak dapat menelefon mama. Dia yang cuba telefon CA pun tak dapat gak. Apalagi, mama terus telefon adik-beradik CA yang lain supaya cuba menefon CA. Bila masing-masing tak dapat, mama meminta mereka mencari no telefon sekolah (mama tak der no sekolah) dan hari tu riuh satu sekolah mencari CA..hehe
CA percaya, doa abah dan mama sentiasa mengiringi kami adik-beradik sejak kami belum lahir lagi. Kerana doa2 tersebutla kami berjaya di sini dan semoga kami juga berjaya dalam kehidupan selepas dunia ini..
"Setiap
pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tidak kira masih hidup atau telah tiada). Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buatmu.. (Hadith Rasulullah s.a.w)
Terima kasih Abah dan Mama..
hehehe....:P
BalasPadam