Jumaat, Julai 05, 2013
BEREHAT DALAM KUBUR NANTI YER..
Assalamualaikum..
Salam Jumaat..
Teringat
perbualan saya dengan seorang kakak suatu masa dahulu.
"Kak, saya letihlah kak. Dengan
dunia ni. Bila kita boleh rehat?"
"Sabar ya dik. Kita rehat dalam
kubur nanti ya."
Dan
hari ini kata-kata seorang sahabat membuat saya tersenyum lagi. Katanya, “Saya nak rehat. Dari dunia ni. Saya
rindukan alam semulajadi. Rindu bunyi unggas. Bunyi pantai."
"Awak, itulah cita-cita setiap
hati yang merindukanNya. Dunia ini bukan tempat kita pun sebenarnya. Ada
kampung yang lagi indah. Bercita-citalah untuk balik ke kampung ‘sana’
itu."
Sampai
suatu masa, kita memang akan merasa letih dengan dunia ini. Bukan jasad kita
yang letih sebenarnya, tetapi hati kitalah yang letih. Letih dengan kerenah-kerenah
dunia yang sering memujuk rayu dan menipu.
Namun,
sebelum berhasil untuk keluar daripada dunia itu, kita perlulah ‘bekerja’
terlebih dahulu.
Seperti
seorang yang bekerja makan gaji. Berpuluh-puluh tahun dia bekerja. Bukan dia
tidak mahu bersara, bahkan itulah cita-citanya yang paling utama. Iaitu mahu
berehat, kerana dia sebenarnya sudah malas, jemu dan penat sekali dengan
bekerja. Tetapi kenapa walaupun begitu, dia tetap juga bekerja? Kerana dia mahu
mengumpul harta untuk memastikan hidupnya senang selepas dia bersara nanti.
Begitulah
tamsilannya dengan kehidupan kita di dunia ini. Kita perlu bekerja keras untuk
mengumpul harta demi masa depan kita selepas kita ‘bersara’ dari kehidupan ini
nanti. Jadi walau letih dan penat bagaimana sekalipun kita rasa, kita tetap
harus ‘bekerja’.
Bekerja
untuk siapa? Bekerja untuk Allah. Bekerja demi memastikan cita-cita kita yang
paling utama itu akan tercapai jua suatu hari nanti. Cita-cita untuk berehat.
Bersara. Dan bertemu dengan Majikan kita itu. :’)
CA: Artikel ini adalah perkongsian dengan seorang teman. Semoga kubur kita adalah tempat rehat selesa sebelum dibangkitkan kelak oleh Allah SWT untuk dihisab.
Comments (2)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Post a new comment

Connected as (Logout)
Not displayed publicly.
Posting anonymously.
Dengan meninggalkan komen anda di sini, anda telah mendapat backlink percuma. Terima kasih kerana sudi memberi komen dan kritikan..
Comments by IntenseDebate
BEREHAT DALAM KUBUR NANTI YER..
2013-07-05T07:02:00+08:00
Unknown
renungan
|
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
AZRUL AZMI · 612 weeks ago
chekgu anitt 55p · 612 weeks ago
semoga kita ditempatkn di kubur yg mbolehkan kita 'berehat' dari dunia ini..