Jumaat, Julai 12, 2013
YA ALLAH, AKU SANGAT MENCINTAINYA..
Assalamualaikum..
Pada suatu hari, ada seorang lelaki melalui
sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Dia tetiba
dikejutkan dengan suatu cahaya cukup bersilau terang terpancar dari sebuah
kubur, dan terus menjulang ke langit. Pandangan itu sungguh cantik tapi juga
merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Si lelaki terpegun seketika dan bertanya pada
diri apakah kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa?
Apakah ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa
kedudukannya di sisi Allah? Jika tidak, mengapa kuburnya bercahaya? Si lelaki
memberanikan diri dan mengambil sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang
bercahaya itu kerana ingin melawat kubur itu keesokan harinya.
Pada keesokannya, si lelaki itu datang menyelidik
kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Dibisik di hatinya, “Mesti allahyarham ini seorang tuan guru atau waliyullah atau alim
ulamak atau orang soleh yang terkenal…”
Si lelaki bertanya-tanya kepada orang kampung sekitar
dan mendapati kubur itu adalah milik seorang lelaki tua yang meninggalkan
seorang isteri di sebuah pondok di hujung kampung. Si lelaki tidak berputus asa
dan terus menyelidik serta melawat rumah si mati. Di sana si lelaki terjumpa
dengan isteri si mati dan diceritakannya perkara yang ajaib yang berlaku
semalam.
Mendengar cerita si lelaki, isteri si mati terasa
aneh, terkejut dan kehairanan. Suaminya cuma seorang petani kecil. Bukan orang yang kaya, bukan seorang ahli ibadah mahupun orang soleh. Juga
bukan seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang
terkenal seperti yang disangka si lelaki itu. Malah menurut isteri si mati, suaminya tidak
pandai membaca al-Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membacaal- Quran.
Si lelaki cukup hairan dengan penjelasan isteri
si mati. Apakah beliau bermimpi melihat cahaya di kubur itu? Takkanlah orang
yang tak baca Quran boleh bercahaya di kuburnya. Namun lelaki itu tetap tidak berputus asa. Si
lelaki inginkan mencari jawapan di sebalik cahaya di kubur itu dan bertanya
apakah perkara-perkara aneh yang si mati selalu lakukan dalam kehidupan
sehari-harinya.
Lalu isteri si mati menjawab. Suaminya akan
mengambil wuduk setiap malam sebelum tidur, dan bersendirian di dalam bilik.
Setelah seketika, isteri si mati baru sedar bahawa setiap malam suaminya
selepas mengambil wuduk akan mengambil al-Quran di atas rak, lalu dicium dan
dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
Isteri si mati turut berkata suaminya akan
duduk dan membelek al-Quran itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca.
Diraba-rabanya ayat-ayat Quran itu di atas Quran dengan tangannya, seolah-olah
sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Malah kata isteri
si mati, dia pernah dikejutkan tengah malam oleh rintihan dan desakan tangisan
suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tapi suamiku seorang yang buta al-Quran,” terang
isteri si mati.
Mendengar penjelasan isteri si mati, si lelaki
bertambah hairan. Lalu si lelaki bertanya, apakah yang dirintihkan dan
ditangiskan si mati. Isteri si mati menjawab:
“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimahMu.
Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”
“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca
kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat denganmu. Aku tidak dapat memahamimu.
Tapi aku sangat mengasihimu. Aku sangat mencintaimu.”
“Wahai Kalam Allah, janganlah engkau mendakwa aku, jangan engkau
menuduh aku di hadapan Tuhan di akhirat nanti.”
Malah, kata isteri si mati lagi, kadang-kadang
suaminya tidak tidur bersamanya kerana tertidur di dalam bilik itu
memeluk al-Quran dengan penuh erat.
Mendengar penjelasan isteri si mati, si lelaki
meminta izin untuk melihat al-Quran yang dimiliki suaminya.
Dibelek al-Quran itu, si lelaki terus bergenang
air mata. Melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya
kelihatan selalu dibelek berkali-kali cukup mengharukan. Dibisik di hati si
lelaki, “Aku pun tidak sampai begitu
membelek al-Quran.”
Si lelaki tidak dapat menahan air matanya apabila
benar melihat ada bekas-bekas air mata di halaman al-Quran milik si mati. Benarlah
apa yang diceritakan isteri si mati, suaminya sering menangis berjurai
air matanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
Di hati si lelaki, terus tersenyum kerana beliau
dah jumpa jawapan mengapa kubur itu bercahaya. Hati si mati telah bersatu
dengan roh al-Quran. Dia sangat mengasihi kalimah Tuhannya dengan sesungguhnya
dan perkara ini boleh dirasai si lelaki selepas membelek al-Quran milik si
mati. Sungguh mulia si mati ini. Ini bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh
jiwa dan raganya.
Aku sengaja menceritakan ini kerana bimbang kamu
merasai buku al-Quran teramat berat untuk dibuka di bulan Ramadan ini. Aku sangat
berharap cerita di atas dapat membuka hatimu, menguatkan jiwamu dan meringankan
tanganmu untuk mengangkat kalimah Allah mu untuk dibaca.
Jangan sesekali kamu terpedaya dengan bisikan
syaitan yang membisikkan perasaan malasmu untuk membaca Al-Quran. Syaitan
terkadang menanam perasaan tidak pandai membaca untuk menjauhkan kamu dari
Al-Quran. Sedangkan engkau membaca dengan mengeja satu-persatu diganjar pahala
dua kali ganda oleh Allah.
Lantaran itu, berusahalah mempelajarinya. Jangan
kamu merasa malu mempelajari Al-Quran, kerana tiada manusia dilahirkan dalam
keadaan alim. Marilah kita bersama-sama menghidupkan al-Quran di dalam masjid
kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita sepanjang bulan ramadhan, bulan
pengampunan ini.
Comments (4)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Post a new comment

Connected as (Logout)
Not displayed publicly.
Posting anonymously.
Dengan meninggalkan komen anda di sini, anda telah mendapat backlink percuma. Terima kasih kerana sudi memberi komen dan kritikan..
Comments by IntenseDebate
YA ALLAH, AKU SANGAT MENCINTAINYA..
2013-07-12T07:32:00+08:00
Unknown
santai
|
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
anna · 611 weeks ago
terharu anna baca..
chekgu anitt 55p · 611 weeks ago
salam ramadan..
raudzah · 611 weeks ago
chekgu anitt 55p · 611 weeks ago
selamat berpuasa..