CA: Hanya Allah yang Maha Mengetahui bagaimana kamu, aku dan kita akan mati. Semoga 'husnul khatimah' adalah milik kita.
Isnin, Julai 01, 2013
DIA MATI BERKALI-KALI
GAMBAR
Chuck Lamb, 55, yang ditemui mati dalam keadaan tragis selepas kepalanya diketuk dengan tukul telah tersebar di dalam Internet beberapa tahun lalu. Kemudian, semakin
banyak gambar kematian pengaturcara komputer dari Ohio ini menular dengan pelbagai punca kematian yang berlainan.
Antaranya,
gambar Lamb ditemui mati digelek lori, terjatuh tangga akibat terpijak barang permainan, mati tergantung akibat tali leher tersangkut pada kipas dan terkelar
leher sendiri akibat menggaru leher sambil memegang pisau. Malah ada juga
gambar menunjukkan Lamb mati akibat terkena renjatan elektrik ketika mandi dan
mati dalam keadaan muka tersembam pada mangkuk sup ayam akibat selesema burung.
Lamb
bukannya menipu kematiannya, tetapi itu adalah hobi peliknya iaitu mengambil
gambar aksi kematian yang dilakonkan sendiri dan kebanyakannya berunsurkan
komedi. Hobi bapa kepada enam orang anak ini disokong kuat oleh isterinya,
Tonya, yang akan menyediakan darah palsu malah mengambil gambar aksi suaminya
lalu memuat-naik gambar tersebut dalam laman web mereka, www.deadbodyguy.com.
Ujar
Lamb, perbuatan menayangkan gambar cara kematiannya adalah sebagai satu cara
dia mengabadikan dirinya. Ia juga kerana dia mahu mencari peluang untuk
bergelar pelakon walaupun sekadar watak mayat.
Terangnya,
dia sedar fizikalnya bukanlah idaman para pengarah dengan kulit yang pucat,
kepala botak dan tiada bakat berlakon. Namun fikirnya, sesiapa sahaja boleh
melakonkan watak mayat kerana tidak bergerak.
Dalam 3 minggu sahaja, laman web miliknya ditonton seramai 300,000 pelayar
Internet di seluruh dunia dan dia mula dijemput menghadiri temubual radio,
televisyen dan surat khabar. Sekarang, lebih 50 juta telah melayari laman web
miliknya itu.
Malah,
cita-citanya turut tercapai apabila dia telah dipanggil berlakon sebagai
pelakon tambahan dalam beberapa buah drama dan filem. Nampaknya rezeki Lamb mula terserlah apabila dia 'mati'.
CA: Hanya Allah yang Maha Mengetahui bagaimana kamu, aku dan kita akan mati. Semoga 'husnul khatimah' adalah milik kita.
CA: Hanya Allah yang Maha Mengetahui bagaimana kamu, aku dan kita akan mati. Semoga 'husnul khatimah' adalah milik kita.
Comments (4)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Post a new comment

Connected as (Logout)
Not displayed publicly.
Posting anonymously.
Dengan meninggalkan komen anda di sini, anda telah mendapat backlink percuma. Terima kasih kerana sudi memberi komen dan kritikan..
Comments by IntenseDebate
DIA MATI BERKALI-KALI
2013-07-01T04:33:00+08:00
Unknown
santai
|
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
bunda · 613 weeks ago
macam2 hobi pelik2 orang sekarang...kadang tak masuk akal, bangga lah sangat..
chekgu anitt 55p · 612 weeks ago
dorang ni dh xder keje kot
tu yg blh tfikir nk wat bnde2 xmsk akal ni..
norahanum · 613 weeks ago
chekgu anitt 55p · 612 weeks ago
dan tgh cari cara2 yg sesuai tuk mati..hihi ;)