Jumaat, Mei 31, 2013

TOLONG JANGAN BUNUH KAMI

0 comments

Assalamualaikum..

PG13
Entri ini untuk golongan yang berumur 13 tahun dan ke atas. Penonton yang berumur bawah 13 tahun perlu mendapatkan bimbingan ibu bapa atau penjaga. Entri ini mengandungi unsur-unsur ganas atau seram. Gambar-gambarnya mengandungi unsur2 kekejaman seperti pembunuhan, penderaan dan pencabulan. Kalau tak berani, jangan tengok yer. Lebih baik gi layan drama kat tv tu..hehe

egg

Khamis, Mei 30, 2013

ALATAN PELIK UNTUK CANTIK

6 comments

Assalamualaikum..

Bosan dengan hidung anda yang kembang seperti pelepah kelapa? Anda mahukan hidung yang lebih mancung dan terbentuk dengan cantik?

slimming nose
Sanggup ke nak pakai ni..?
Inilah pelurus hidung keluaran Jepun. Hanya klipkan ia ke dalam lubang hidung selama 20 minit sehari dan ia akan menaikkan tulang dan kontur hidung anda.  Hasilnya, hidung akan menjadi lebih tajam, berbentuk lurus, kurang bulat dan lebih anggun.

Rabu, Mei 29, 2013

RAMADHAN: 30 HARI MENCARI CINTA

0 comments

Assalamualaikum..

ramadhan
Bulan Ramadhan ialah bulan yang banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya Malam Lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Allah juga membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.

Jika Ramadhan tahun lalu kita lalai dan leka sehingga tanpa disedari Ramadhan telahpun berlalu dan kita ketinggalan merebut kelebihannya, maka pada tahun ini kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah. Maka janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.

WORDLESS WEDNESDAY: KANAK-KANAK SYRIA

0 comments

rabu tanpa kata

kanak-kanak syria

Selasa, Mei 28, 2013

MANGKUK, MADU DAN RAMBUT

0 comments

Assalamualaikum..

Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya, Abu Bakar r.a. dan Uthman r.a datang ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali, isterinya Sayidatina Fatimah r.a., puteri Rasulullah SAW menghidangkan mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik.

Semasa menghidangkannya, terdapat sehelai rambut di dalam salah sebuah mangkuk itu. Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya agar membuat suatu perbandingan terhadap ketiga-tiga benda tersebut – mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.